Thursday 17 February 2011

Resepi Penyembuh Penyakit Batin


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Hasan Al-Bashri seorang ulama’ terkemuka yang berasal dari Bashrah, Iraq menyaksikan seorang pemuda datang kepada seorang doktor yang menanyakan perkara berikut :

Wahai doktor, apakah tuan memiliki resepi atau ubat mujarab yang boleh menghapuskan dosa-dosa dan menyembuhkan penyakit hati?

Doktor itu menjawab : Ya!

Pemuda itu berkata lagi : Berikan pada saya resepi mujarab itu!

Doktor berkata : "Ambillah sepuluh bahan pelebur dosa itu :

SEPULUH BAHAN PELEBUR DOSA

PERTAMA :

Ambillah akar pohon rasa ‘fakir’ dan berhajat kepada Allah bersama dengan akar kerendahan hati yang tulus dan ikhlas kepada Allah.

KEDUA :

Jadikan ‘taubat’ sebagai campurannya.

KETIGA :

Lalu masukkan ia dalam wadah ‘ridha’ atas semua ketentuan dan takdir Allah.

KEEMPAT :

Campurkan dengan campuran ‘qana'ah’ rasa puas dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita.

KELIMA :

Masukkan dalam kuali ‘takwa’.

KEENAM :

Tuangkan ke dalamnya air ‘rasa malu’.

KETUJUH :

Lalu didihkanlah dengan api ‘cinta’.

KELAPAN :

Kemudian masukkan dalam adunan ‘syukur’.

KESEMBILAN :

Serta keringkan dengan kipasan ‘harap’.

KESEPULUH :

Lalu akhirnya minumlah dengan sendok ‘pujian’.

Jika engkau mampu melakukannya pastilah engkau mampu mencegah penyakit dan berbagai ujian samada di dunia mahupun akhirat" jelas doktor itu.

APABILA HILANG RASA FAKIR

Ramai orang yang melakukan dosa dan kesalahan terhadap Allah kerana dia merasa cukup dengan kemampuan dirinya dan seakan-akan tidak lagi memerlukan (rasa fakir) kepada sesiapapun, termasuk pada Yang Maha Kaya.

Dia beranggapan bahwa dirinya mampu melakukan semua perkara dengan :

a. Kekuatannya.
b. Kemampuannya.
c. Potensi dirinya.
d. Tenaga dirinya.


Dia merasa bahwa semua yang dia dapatkan adalah hasil dari :

1. Kekuatan fikirannya.
2. Kemampuan ilmunya.
3. Kejernihan pengiraannya.
4. Kematangan perhitungannya.


Inilah yang berlaku kepada Qarun yang angkuh dengan harta yang dimilikinya yang kemudiannya Allah turunkan azab kepadanya dengan ditelankannya dia oleh bumi yang tidak lagi suka pada :

a. Kecongkakannya.
b. Kesombongannya.
c. Keangkuhannya.


yang dipamerkannya sehingga membuatkan bumi merasa marah.

APABILA HILANG RASA RIDHA

Sumber dosa lainnya adalah kerana orang itu ‘tidak ridha’ dengan apa yang Allah tetapkan pada dirinya.

Sering kali dari bibirnya keluar keluhan dan bahkan kritikan kepada Allah kenapa Allah tidak memberikan yang "terbaik" :

Menurut pandangannya.
Menurut persepsinya.
Menurut pemikirannya.


Dia menyangka bahwa apa yang dia alami ketika ini :

Tidaklah sesuai bagi dirinya.
Tidak patut untuk dirinya.
Tidak layak untuk diterima.


Dia seakan-akan lebih tahu dari Allah Yang Maha Tahu yang mengetahui dengan terperinci semua perkara samada yang baik mahupun yang buruk bagi hambaNya.

Inilah yang berlaku kepada Qabil tatkala menuntut ayahnya agar dia dikahwinkan dengan adik kembarnya padahal Allah swt telah menentukan keputusan yang lain untuknya.

Lambat kembali kepada Allah merupakan penyebab lain dari tidak terhapusnya dosa-dosa yang kita lakukan.

BERTAUBATLAH!

Berlaku mendapan dosa kerana seringkali kita menunda ‘taubat’ yang sepatutnya kita lakukan dengan cepat.

Padahal Allah swt memerintahkan kita untuk segera merapatkan diri kepada Allah setelah beberapa lama kita telah menjauhinya.

Getarkanlah hati kita semua dengan kesesalan di atas semua kesalahan yang kita lakukan.
Mereka seakan-akan tidak tahu bahwa Allah swt sentiasa menerima taubat hambaNya dan Allah sangat senang dengan taubat mereka.

Ini sebagaimana firman Allah swt :

“Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima sedekah, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?” (QS At-Taubah : 104)


APABILA HILANG RASA SYUKUR

Rasa tidak puas dengan apa yang Allah berikan pada kita merupakan penyakit kronik yang melahirkan :

1. Buruk sangka kepada Allah.
2. Menyangkal kehendak Allah.
3. Menyalahkan Allah.


Rasa tidak puas dengan kurniaan Allah akan mengecilkan rasa ‘syukur’ kita kepadaNya dan bahkan satu ketika akan memadamkannya.

APABILA HILANG RASA QANA’AH

Lenyapnya rasa ‘qana'ah’ di atas segala kurniaanNya akan membuahkan ketamakan dan ketamakan akan melahirkan kezaliman-kezaliman manakala dari kezaliman akan memunculkan kerosakan-kerosakan yang akan menghancurkan susunan kehidupan.

SEMARAKKAN RASA TAKWA

Jika dalam diri kita telah ada rasa kefakiran, rasa ridha dan qana'ah dan taubat maka semangat ‘takwa’ kepada Allah hendaknya kita pupuk terus menerus dan kita bina dengan saksama.

Ini adalah kerana ketakwaan itu laksana sebuah tanaman yang jika dibina dengan sebaik-baiknya maka dia akan tumbuh subur dan indah dan jika kita biarkan maka ketakwaan itu akan segera layu dan lesu.
Ketakwaan boleh kita sirami dengan dengan :

a. Rasa takut kepada Allah.
b. Mengamalkan nilai-nilai Al-Qur’an.
c. Puas dengan apa yang ada.
d. Mempersiapkan diri sepenuhnya untuk perjalanan akhir kita iaitu kematian.


Jadikan ‘takwa’ terus menerus tumbuh, berkembang dan berterusan sampai maut datang menjelang.

KEKUATAN RASA MALU

Hendaknya kita merangsang ketakwaan kita sehingga kita merasa ‘malu’ untuk melanggar setiap perintah dan larangan Allah samada di khalayak ramai ataupun bersendirian.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-ya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS Ali Imran : 102)

HADIRKAN SEMANGAT CINTA

Ketakwaan kita akan semakin bermakna apabila yang menjadi pendorongnya adalah cinta’ (mahabbah) kepada Allah.

‘Cinta’ kepada Allah sepenuh jiwa dan hati yang tidak lagi membuatnya berfikir atau merasa rugi dalam melaksanakan perintah dan anjuranNya.

Semangat cinta yang membakar hatinya akan sentiasa menggerakkannya untuk sentiasa :

1. Dekat denganNya.
2. Merapatkan diri kepadaNya.
3. Giat berusaha untuk mencapai ridha dan kasihNya.
4. Meminum melalui cawan rahmatNya.


dalam setiap langkah-langkah hidup dan goresan sejarahnya.

Rasa cintanya yang menggelegak kepada Allah akan sentiasa membuatkan :

a. Hidupnya terasa benar-benar bermakna.
b. Langkahnya penuh pasti menuju Kekasihnya.
c. Cawan cintanya sentiasa dipenuhi dengan air mata takwa, ridha, qana’ah, taubat, syukur, tawakkal dan sabar.


TINGGIKAN RASA HARAP

Bagi para pencinta, yang di’harap’kannya bukan lagi dirinya tapi Zat yang dicintainya dan dia :

1. Larut dalam gelombang kasihNya.
2. Larut dalam rahmatNya.
3. Masuk dalam dakapan ridhaNya.


PUJIAN YANG TIADA BATAS

Akhirnya pujian yang setinggi-tingginya hendaklah diangkat kepada Zat yang memang berhak untuk itu.

Oleh yang demikian, ramuan kefakiran kepada Allah adalah :

Taubat + Ridha + Qana'ah + Takwa + Malu + Cinta + Syukur + Harap + Pujian kepada Allah.

Di mana ianya akan membersihkan dosa kita serta mencairkan kesalahan kita.

Yakinlah bahwa resepi ini, selain mampu menghapuskan dosa kita, ia juga akan menambah kesegaran keimanan kita serta menambah tenaga keislaman kita dan memantapkan akar ihsan kita.

Selamat mencuba dan insyaAllah kita akan merasai khasiatnya dengan hasil jiwa yang segar dan jernih serta dosa yang minima setiap hari.

Ya Allah, berilah kemudahan kepada kami untuk kami menggunakan ubat dan resepi dariMu yang cukup berkesan untuk menimbulkan rasa fakir dan bergantung kepadaMu, menghapuskan segala dosa-dosa kami, menambah kesegaran keimanan kami serta memantapkan hakikat ihsan kami terhadapMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad
IKRAM Malaysia

Tuesday 15 February 2011

Mengenali Peribadi Rasulullah SAW


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita meneliti sedikit sebanyak hadith-hadith yang berkaitan dengan diri peribadi Nabi Muhammad saw, semoga ianya bermanfaat untuk kita mengenali dengan lebih dekat dan seterusnya menjadikan baginda sebagai contoh tauladan dan ikutan kita sepanjang zaman hingga ke hari Kiamat.

CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH SAW

Hasan Bin Ali meriwayatkan :

"Saya pernah bertanya kepada bapa saudara saya, Hindun Ibnu Abi Halah (yang sangat pandai
menggambarkan sesuatu) tentang ciri-ciri fizikal Rasulullah saw. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat-sifat baginda yang mirip dengan sifat-sifat saya.

Hindun menjawab,

"Tubuh Rasulullah saw besar. Wajah beliau bersinar seperti bulan purnama. Bentuk tubuh beliau lebih tinggi daripada ukuran tubuh yang biasa serta lebih pendek daripada ukuran tubuh orang yang jangkung dan kerempeng.

Kepala beliau besar dan rambut beliau ikal. Apabila rambut beliau mulai memanjang, maka beliaupun menyisirnya. Jika tidak (disisir), maka rambut beliau ketika terurai, tidak pernah melebihi bahagian bawah daun telinga beliau.

Kulit beliau cerah, putih kemerah-merahan. Dahi beliau lebar, bulu mata beliau melengkung dan panjang; kedua bulu matanya hamper bersambung. Di antara kedua bulu mata tersebut, terdapat urat yang timbul ketika beliau marah.

Beliau memiliki hidung yang mancung dengan bahagian atas yang bercahaya sehingga orang yang tidak memerhatikan dengan cermat akan mengira bahwa hidung beliau bengkok.

Janggut beliau lebat dan kedua pipi beliau datar. Mulut beliau lebar, antara gigi dan gigi beliau yang lain berjarak, dada beliau berbulu halus. Leher beliau jenjang dan indah.

Bentuk tubuh beliau bagus dan gemuk yang ideal. Perut beliau sama rata dengan dada. Dada beliau lebar. Tubuh antara dua bahu beliau juga lebar. Persendian tubuh beliau besar, sementara bahagian tubuh yang tidak berbulu nampak bercahaya. Di antara bahagian dada dan pusat beliau, terdapat bulu nipis yg nampak seperti garisan. Tetapi, kedua puting susu dan perut beliau tidak berbulu.

Tangan, bahu dan dada bahagian atas beliau berbulu nipis. Tangan beliau panjang, tapak tangan dan tapak kaki beliau tebal dan jari jemari beliau panjang. Di tengah-tengah tapak kaki beliau tidak menyentuh tanah. Kedua tapak kaki beliau halus sehingga airpun tidak melekat – air yang mengenainya langsung akan hilang, tanpa meninggalkan bekas.

Ketika berjalan, tubuh beliau bergoyang. Beliau berjalan dengan tenang dan dengan langkah yang lebar. Ketika beliau berjalan seakan-akan beliau sedang menuruni tanah yg landai.

Ketika menoleh, beliau menoleh (berbalik) dengan seluruh badan beliau. Beliau sering menundukkan pandangan – beliau lebih sering memandangke bawah daripada mendongak ke atas.

Beliau selalu melihat sesuatu dengan penuh perhatian. Ketika berjalan bersama para sahabat, beliau selalu membiarkan mereka berjalan di depan, dan setiap kali bertemu dengan seseorang, beliau selalu mengucapkan salam terlebih dahulu." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad, Baihaqi dan Ibnu Adi)

TANDA KENABIAN RASULULLAH SAW

Jabir Bin Samurah ra meriwayatkan :

"Saya melihat tanda kenabian di antara kedua bahu Rasulullah saw iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati." (HR Tirmizi, Muslim dan Ahmad)

KERAPIAN RAMBUT RASULULLAH SAW

Abdullah Bin Mughaffal meriwayatkan :

"Rasulullah saw melarang kami untuk merapikan rambut dgn berlebihan, kecuali hanya sesekali." (HR Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad)

UBAN RASULULLAH SAW

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasulullah saw (HR Tirmizi dan Ahmad)

Ibnu Abbas meriwayatkan :

"Abu Bakar berkata kepada Rasulullah saw,

'Wahai Rasulullah, anda telah beruban.' Maka beliau berkata dengan bersabda, 'Yang membuatku beruban adalah surah Hud, Al Waqiah, Al Mursalaat, An Naba' dan At Takwir." (HR Tirmizi, Ibnu Saad dan Hakim)

RASULULLAH SAW BERCELAK

Jabir Bin Abdulllah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda :

"Hendaklah kamu (memakai celak) dengan menggunakan batu celak (al – itsmid) ketika hendak tidur, sebab hal itu dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata)." (HR Tirmizi dan Ibnu Adi)

PAKAIAN RASULULLAH SAW

Ummu Salamah meriwayatkan :

"Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah pakaian gamis." (HR Tirmizi dan Abu Dawud)

BENTUK SELIPAR RASULULLAH SAW

Qatadah meriwayatkan :

"Saya bertanya kpd Anas Bin Malik, 'Bagaimana bentuk selipar Rasulullah saw.? 'Anas Bin Malik menjawab, 'Sepasang selipar beliau menggunakan dua buah Qibal." (HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Qibal adalah pelana selipar, iaitu batas depan selipar berupa tali yg diletakkan di antara dua jari kaki.

SERBAN RASULULLAH SAW

Ibnu Umar meriwayatkan :

"Ketika Rasulullah S.A.W. mengenakan serban, beliau menghulurkan serban itu di antara kedua bahu beliau." (HR Tirmizi dan Abu Syaikh)

BATASAN MEMAKAI KAIN SARUNG SEPERTI RASULULLAH SAW

Huzaifah Bin Al Yaman meriwayatkan :

"Rasulullah saw memegang urat betisku atau betis beliau, lalu berkata, 'Inilah batas engkau mengenakan kain sarungmu. Jika engkau enggan (menggunakan kain sarung sebatas betis), maka janganlah kain sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu!'" (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa'i dan Ahmad)

CARA RASULULLAH SAW BARING

Abdullah Bin Zaid meriwayatkan :

"Ia (Abdullah) melihat Rasulullah saw tidur terlentang di dalam masjid dan meletakkan salah satu kaki beliau di atas kaki yg lain." (HR Tirmizi, Bukhari dan Muslim)

CARA RASULULLAH SAW MAKAN

Ka'ab Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah S.A.W. makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Selesai makan, beliau menjilat ketiga-tiganya." (HR Tirmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

GELAS MINUM RASULULLAH SAW

Tsabit meriwayatkan :

"Anas Bin Malik mengeluarkan sebuah gelas yang terbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya berkata, ` Wahai Tsabit, ini adalah gelas Rasulullah S.A.W." (HR Tirmizi, Bukhari dan Ahmad)

CARA RASULULLAH SAW MINUM

Abdullah Bin Amr Ibnul Ash meriwayatkan :

"Saya terkadang melihat Rasulullah minum dalam keadaan berdiri dan terkadang dalam keadaan
duduk." (HR Tirmizi dan Ahmad)

Anas Bin Malik meriwayatkan : "Rasulullah saw menarik nafas (menjeda) tiga kali saat minum dari sebuah wadah. Beliau bersabda, `Hal ini lebih menyehatkan dan memuaskan." (HR Tirmizi, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

RASULULLAH SAW SENTIASA MENGGUNAKAN MINYAK WANGI

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah saw memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya beliau mengharumkan diri." (HR Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Sa'ad)

CARA RASULULLAH SAW BERBICARA

Hasan Bin Ali meriwayatkan :

"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kpdnya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana cara
Rasulullah saw berbicara!'

Ia berkata,

`Rasulullah adalah seorang yamg nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.

Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuatkan beliau marah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, beliau selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak jempol kiri.

Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliau menundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi beliau nampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)

CARA RASULULLAH SAW BERGURAU

Hasan Al Bashri meriwayatkan :

"Seorang perempuan yg sudah tua mendatangi Rasulullah saw seraya berkata, `Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk syurga.'

Beliau menjawab,

`Wahai Ummu Fulan! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yg sudah tua.'

Mendengar hal itu, perempuan itu segera bergegas sambil menangis. Maka Rasulullah berkata,

`Beritahukan kepada perempuan itu bahwa ia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.

Allah swt berfirman, `Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung; lalu kami jadikan mereka perawan-perawan yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya.' (QS Al Waqiah 35 -37)" (HR Tirmizi dan Thabrani)

CARA RASULULLAH SAW TIDUR

Aisyah meriwayatkan :

"Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah saw selalu menyatukan kedua tapak tangan beliau seraya membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas, kemudian beliau meniup kedua tapak tangan beliau. Setelah itu, dengan kedua tapak tangan itu, beliau mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah, sehingga bahagian depan tubuh beliau. Hal itu beliau lakukan tiga kali." (HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i)

TEMPAT TIDUR RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Sungguh, tempat tidur Rasulullah saw terbuat dari kulit binatang yang dijejali sabut." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

AKHLAK RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah saw berusaha untuk membalas kezaliman yang beliau terima, selama hal itu tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah dilanggar, maka beliaulah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika beliau dihadapkan kepada dua pilihan, maka beliau akan memilih yang paling mudah selama (hal yg lebih mudah itu) tidak menyebabkan dosa." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

KEHIDUPAN RASULULLAH SAW

Aisyah meriwayatkan :

"Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak menyalakan api (memasak makanan) selama sebulan penuh. Kami hanya makan kurma dan air." (HR Tirmizi, Ahmad, Ibnu Sa'ad dan Ibnu Hibban)

KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Qasim Bin Muhammad meriwayatkan bahwa Aisyah berkata :

"Saya melihat Rasulullah saw pada hari kewafatan beliau. Di sisi beliau, terdapat sebuah bejana yang berisi air. Beliau memasukkan tangan ke bejana itu, kemudian mengusap wajah dengan air, lalu berdoa, 'Ya Allah, bantulah aku mengatasi sakratulmaut." (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Sa'ad)

WARISAN RASULULLAH SAW

Amr Bin Harith meriwayatkan :

"Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkan sesuatu sebagai harta warisan selain sebilah pedang, seekor baghal dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah." (HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad dan Ahmad)

BERMIMPI MELIHAT RASULULLAH SAW


Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaithan tidak dapat menyerupaiku." (HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Ya Allah, tempatkanlah Nabi Muhammad saw di tempat yang tinggi di SyurgaMu di samping mendapat kelebihanMu. Angkatkanlah baginda ke makam yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Kurniakanlah Syafaat NabiMu kepada kami di akhirat nanti dan kami juga mengharapkan untuk dapat minum di Telaga Al Kauthar yang diberikan kepada hambaMu yang mulia Muhammad Al Mustofa saw.

Ameen Ya Rabbal Alameen
Wan Ahmad
IKRAM Malaysia

Imam Hasan Al Banna - Peribadi Pendakwah Unggul


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekelian,

Tepat 12 Februari 2011, rakyat Mesir bergembira merayakan kejatuhan salah seorang dari pemerintah yang dikategorikan dalam “Mulkan Jabriyyan” iaitu penguasa yang memaksakan kehendak mereka yang bertentangan dengan hukum Allah yang Maha Adil.

Namun, tahukah kita, 62 tahun yang lepas iaitu pada tanggal 12 Februari 1949 adalah hari di mana Imam Hasan Al Banna menemui Tuhannya di bumi yang sama, bergelimang darah serta syahid di atas jalan yang ia lalui untuk menegakkan syariat Allah dan menghancurkan sembahan selainNya.

Nama "Hasan Al-Banna" sentiasa melekat dengan jamaah Al-Ikhwan Al-Muslimun kerana beliau adalah pengasas dan menjadi Mursyid `Am pertama jamaah tersebut.

DAKWAH TAUHID

Imam Hasan Al Banna menemui syahadahnya di atas jalan penegakan syariat Islam. Beliau bersemayam dalam sanubari orang-orang yang beriman. Beliau menemui syahadahnya di atas jalan penghancuran patung-patung yang menjadi tuhan manusia. Mereka tunduk pada sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allah.

Patung yang menjadi sembahan manusia itu tidak terbuat dari batu, kayu atau selainnya sebagaimana sembahan orang-orang Arab jahiliyah masa lalu sebagai perantara untuk mendekatkan diri dan berhubungan dengan tuhan mereka.

Namun sembahan di sini wujud dalam bentuk manusia iaitu jasad yang didiami oleh jiwa yang sakit dan dihancurkan oleh hawa nafsunya. Itulah jiwa-jiwa yang :
  • Dikuasai oleh seburuk-buruk makna kehidupan.
  • Menjadi tempat hukum bagi naluri yang sangat rendah.
  • Ditimpa fitnah harta dan kekuasaan.
  • Terpedaya oleh apa yang diberi oleh Allah berupa kemampuan dan kekuatan.
  • Lupa kepada apa yang diturunkan oleh Allah.
  • Sakit dan menyakitkan bagi orang lain.
  • Sesat dan menyesatkan.
  • Binasa dan membinasakan mereka yang mengikuti jalannya.
PENYERU KEPADA ALLAH

Imam Hasan Al Banna tidak menemui syahadahnya dalam sebuah peperangan yang dahsyat kerana beliau hanyalah sebuah peribadi yang kerdil kecuali di saat menggenggam pedang kebenaran. Ia bukan pula sebuah peribadi yang mudah memerangi orang lain atau memperlakukan penganiayaan kepada mereka. Namun beliau sebenarnya adalah seorang penyeru kepada Allah iaitu :
  • Mengajak manusia dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik.
  • Menyeru manusia kepada kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Imam Hasan Al Banna menyeru manusia agar mereka memahami dengan baik bahwa agama mereka adalah sumber :
  • Kekuatan.
  • Kemuliaan.
  • Kehormatan.
Ia memberikan kefahaman bahwa ideologi ini mesti disertai dengan pengabdiaan dan penyerahan yang tulus.

Ia menyerukan bahwa Islam adalah agama yang mengandungi nilai-nilai keadilan, kebebasan dan persamaan hak. Ia menyeru semua itu ketika :
  • Kaum muslimin ditimpa kezaliman.
  • Perbuatan dosa dan maksiat menyebar di tengah-tengah mereka.
  • Kebebasan mereka hilang.
  • Negara mereka runtuh nilai-nilai akhlak dan keagamaannya.
  • Kaum muslimin bersifat angkuh dan sombong terhadap sesama mereka.
  • Golongan yang kuat menganiaya golongan yang lemah.
  • Para hakim menghukum sesuai dengan kehednak mereka sendiri.
Pada hari di mana dakwah ini menyebar ke negara-negara Islam yang lain, muncul dengan dengan cahaya gemerlapannya di setiap tempat, ketika itulah orang yang zalim yang hidup di tengah kezalimannya merasakan kegelapan akan segera terjadi.

Mereka mengira pembunuhan yang mereka lakukan tehadap Imam Hasan Al Banna akan menghapuskan gerakan yang dibina oleh beliau, namun pemimpin agung itupun kembali kepada Tuhannya dengan penuh ridha dan diridhaiNya, meraih tempatnya bersama dengan para anbiya’ dan shiddiqin. Musuh-musuh itu menjual kegelisahan mereka dengan murka dan laknat Allah di dunia dan akhirat.

SERUAN ALLAH TIDAK MATI

Inilah peribadi Imam Hasan Al Banna, “Syahidul Islam” yang :

  • Memperbaharui agama ini dalam akal manusia.
  • Menghidupkannya dalam jiwa dan hati mereka.
  • Membangunkannya dari tidur lelapnya.
  • Menyedarkannya dari kelalaiannya.
  • Memotivasi mereka untuk membela dan mempertahankan kemuliaan dan kemerdekaan mereka.
Namun, orang yang zalim telah membunuhnya. Mereka mengira mereka mampu melumpuhkan dakwah ini dengan membunuhnya. Mereka tidak tahu bahwa dakwah ini adalah dakwah Allah, bukan dakwah individu.

Allah mengajarkan kepada mereka bahwa dakwah ini diikat olehNya, bukan oleh para pendakwah yang menyeu kepadanya. Adapun yang diperolehi oleh setiap individu dari dakwah ini adalah bahwa Allah akan memuliakan mereka yang bekerja di dalamnya dan mereka yang meninggalkan dakwah ini telah menjauhkan kebaikan dari dirinya sendiri tanpa sedikitpun mampu mendatangkan mudharat bagi dakwah ini.

Apabila kematian Nabi Muhammad, Rasululllah saw, iamya tidak membawa petaka sedikitpun bagi dakwah ini apalagi kematian seorang yang bernama Hasan Al Banna. Namun adakah orang-orang yang zalim itu memahami hakikat itu semua?

Tidakkah mereka memahami firman Allah swt :

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun dan Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS Ali Imran : 144)

Sesungguhnya dakwah Islam bukanlah dakwah individu bahkan ia adalah :
  • Seruan Allah kepada kebaikan.
  • Panggilan Allah kepada kebahagiaan sejati.
  • Jemputan ke arah perbaikan manusia.
Cahaya Allah yang diturunkanNya ke muka bumi untuk menerobos kegelapan jahiliyah dan kezaliman serta membersihkannya dari keangkuhan dan kerusakan.

LOMPATAN SEJARAH

Sekalipun Imam Al-Banna hanya mampu menyusuri kehidupan di dunia ini tidak lebih dari 42 tahun, namun di masa hayatnya banyak memberi sumbangan dan telah menghasilkan prestasi yang begitu besar sehingga berlaku suatu lompatan sejarah terutamanya :

  • Melakukan perubahan kehidupan umat menuju Islam.
  • Mengembangkan dakwah Islam sehingga lebih menyinar.
Banyak perubahan-perubahan yang telah dilakukan olehnya walaupun semasa hayat beliau, umat Islam dalam keadaan yang begitu parah dan menyedihkan iaitu:
  • Kemunduran dalam banyak segi.
  • Tidak ada kekuatan samada dalaman atau luaran.
  • Kejahilan merata-rata.
  • Penjajahan Barat ke atas bumi Islam.
REFLEKSI USIA KEHIDUPANNYA

Usia 42 tahun, kalau diukur dari perjalanan sejarah merupakan ukuran waktu yang singkat dan merupakan usia yang belum mampu memberikan apa-apa hasil meskipun umur sejarah tidak boleh diukur berdasarkan tahun dan hari, namun dapat juga diukur dari banyaknya peristiwa yang memberi kesan kepada perubahan keadaan dan situasi.

Inilah yang sentiasa melekat pada peribadi Hasan Al-Banna di mana beliau banyak memberikan pengaruh dalam perubahan sejarah dan merupakan salah seorang dari orang yang memberi sumbangan dalam melakukan pembaikan dan perubahan dalam tubuh umat Islam. Meskipun umur beliau secara relatifnya pendek namun beliau termasuk orang yang mampu membina sejarah gemilang.

Setiap orang pasti memiliki faktor yang boleh dinilai dalam kemampuannya memberikan sumbangan serta saham dalam pembentukan karakter dan jati dirinya dan menentukan berbagai hakikat yang dipilihnya.

Bagi mereka yang meneliti ruang lingkup kehidupan Imam Al-Banna, nescaya ia akan menemui suatu permulaan yang baik dan berakhir juga dengan baik seperti dalam satu ungkapan yang masyhur :

"Pengakhiran yang baik mesti diawali dengan permulaan yang baik".

Imam Al-Banna semasa mudanya hidup di bawah naungan dan lingkungan yang bersih dan suci. Rumah di mana beliau menjalani kehidupannya juga merupakan rumah yang dicelup dengan celupan Islam yang jernih.

Ayahnya bernama Syaikh Ahmad Abdul Rahman Al-Banna adalah seorang imam masjid di kampungnya dan seorang tukang baiki jam. Namun di sisi lain, ayah Imam al-Banna adalah seorang peribadi yang mencintai ilmu dan buku sehingga ia begitu tekun menuntut ilmu dan membaca buku dan sebahagian waktunya banyak dihabiskan untuk membaca dan menulis di mana beliau juga banyak menulis kitab, di antaranya adalah :
  • "Badai'ul Musnad fi Jam'i wa Tartiibi Musnad As-Syafi'i".
  • "Al-Fathu Ar-Rabbani fi Tartiibi Musnad Ahmad As-Syaibani".
  • "Bulughul Amani min Asrari Al-Fathu Ar-Rabbani".
Komitmen dengan Islam dan manhaj rabbani sangat memerlukan asas yang kuat pada lingkungan yang menggerakkannya agar dapat tumbuh dan besar seperti asas tersebut dan jika tidak ada lingkungan yang mendukungnya maka akan menjadi pudar dan berkemungkinan mati sejak awal kehidupannya.

Allah telah memberikan nikmat yang besar kepada Imam Al-Banna dengan lingkungan yang baik ini.

Ayahnya melaksanakan beberapa tugas yang penting seperti :
  • Memberi tarbiyah sejak awal dengan baik.
  • Menumbuhkan kecintaan terhadap Islam kepada anaknya sejak awal lagi.
  • Sentiasa memelihara bacaan dan hafalan Al-Qur'an.
Usaha-usaha tersebut telah membantu pemuda tersebut dalam mengisi waktu dan tenaga ke arah berfikir dan berdakwah di mana pada ketika suasana penghayatan Islam telah mulai pudar oleh gaya hidup yang bebas dan suasana politik yang merosakkan, ia nampak seperti sesuatu yang asing bahkan pelik dan mungkin tidak dapat diterima akal apabila melihat seorang pemuda yang begitu besar komitmennya terhadap ajaran Islam sehingga terserlah dalam mengisi waktu kehidupannya di samping menunaikan ibadah solat dengan penuh disiplin.

Sejak dari awal lagi kita dapat lihat bahwa Imam Al-Banna telah menentukan jalan dan karakter hidupnya iaitu jalan hidup yang beliau jalani dalam kehidupannya sebagai peribadi yang unik serta komited terhadap Islam dan manhaj rabbani dan interaksi dengan orang lain secara baik dan sesuai dengan ajaran Islam.

Beliau begitu terkesan dengan hadits Nabi saw dan begitu kuat berpegang teguh dengannya iaitu seperti sabda Nabi saw :

"Jagalah lima perkara sebelum datang lima perkara...... di antaranya adalah "masa mudamu sebelum datang masa tuamu".

Begitu juga dengan hadits Nabi saw yang lainnya : "Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah pada saat tidak ada naungan kecuali naungannya....... di antaranya adalah "seorang pemuda yang taat beribadah kepada Allah". 

Maka dari sini kita faham bahwa kehidupan Imam Al-Banna adalah Islam dan tidak ada yang lain dalam diri dan hidupnya kecuali Islam.

Perkara ini cukup jelas tergambar dalam beberapa lembaga atau badan Islam di mana sejak kecil lagi beliau melibatkan diri di dalamnya seperti "Jam'iyyah As-Suluk wal Akhlak" dan "Jam'iyyah An-Nahyu Al Munkar" dan selain itu beliau juga memiliki hubungan yang erat dengan “Tariqat Sufiyah Al Hashafiyah” yang pada ketika itu tersebar luas di berbagai pelosok daerah dan kota di Mesir.

Adapun di antara faktor lain yang membantunya untuk tetap berada di atas jalan kebenaran adalah kerana beliau begitu banyak beribadah dan taat kepada Allah sejak zaman mudanya lagi di mana beliau sering melakukan puasa sunnah khususnya puasa sunnah yang berhubungan dengan hari-hari kebesaran Islam dan lebih banyak lagi beliau melakukan puasa sunnah hari Isnin dan Khamis pada setiap minggunya dalam usaha meneladani sunnah Nabi saw sebagaimana beliau juga sangat bersemangat melakukan puasa sunnah bulan Rajab dan Sya'ban.

Kebanyakan dari kita mungkin merasa asing dalam melakukan ketaatan seperti itu atau merasa berat melakukannya terutama di zaman kita sekarang ini.

Dalam melaksanakan amal-amal ketaatan, Imam Al-Banna juga tidak sunyi dari menghadapi kesulitan dan kesukaran terutama dalam suasana yang tidak begitu kondusif yang dialami pada masa itu iaitu :

  • Wujudnya gerakan "Kristianisasi" yang terancang.
  • Penjajahan yang meluas dan meresap dengan cepat di tengah kehidupan masyarakat Mesir ketika itu.
Faktor-faktor di atas memberi saham yang besar dalam menjauhkan umat dari Islam apalagi untuk dapat memberikan komitmen dengan ibadah dan ketaatan.

Namun Imam Al-Banna hidup melawan arus di mana beliau berada dalam semangat Islam yang tinggi serta berpegang teguh dengan ketaatan dan ibadah kepada Allah swt sekalipun umat ketika itu sedang dikelilingi oleh arus globalisasi dan penghakisan jati diri Islam sehingga mengakibatkan sikap tidak endahnya umat terhadap Islam dan jauhnya umat, terutama para pemudanya dari kehidupan beragama.

Ini ditambah pula dengan begitu banyak munculnya seruan dan propaganda asing terhadap dunia Islam seperti liberalisma dan komunisma serta gerakan kristianisasi yang mengajak untuk menjauhkan umat dari Islam dan menjalani gaya hidup moden seperti mereka.

Walaubagaimanapun Imam Al-Banna tetap berpegang teguh dan yakin dengan keislamannya bahkan merasa bangga dengannya.

Pada ketika berdirinya Universiti Kaherah, Darul Ulum merupakan salah satu bahagian dari kuliah yang ada di dalamnya yang menyediakan ilmu-ilmu terkini ditambah pula dengan ilmu-ilmu syariah dan pengetahuan tradisional yang telah masyhur di Universiti Al-Azhar sebelumnya.

Pada ketika itu pula, Imam Al-Banna mendaftarkan diri untuk memasuki kuliah di Darul Ulum. Walaubagaimanapun beliau tidak merasa cukup dengan ilmu yang diperolehi di kuliah tersebut sehingga beliau mencarinya di tempat lain sebagai tambahan seperti beliau sentiasa hadir mengikuti majlis ilmu pimpinan Syaikh Rasyid Ridha di mana beliau cukup terkesan dengan tafsirnya yang terkenal iaitu "Al-Manar".

Namun perkara tersebut tidak menghalang dirinya dari mendapatkan nilai yang begitu baik dan cemerlang sehingga beliau berhasil menamatkan kuliahnya dengan keputusan yang cemerlang dan beliau merupakan angkatan pertama kuliah tersebut.

Lalu setelah itu beliau dilantik sebagai guru di Madrasah Ibtida’iyah di salah satu sekolah yang terletak di daerah Ismailiyah iaitu pada tahun 1927.

Di kota tersebut, Imam Al-Banna tidak hanya menumpukan pada profesyennya sebagai guru Madrasah Ibtida’iyah, namun beliau juga menjadi pendakwah yang pada ketika itu masjid-masjid di sana kebanyakannya kosong dari para pemuda sehingga sukar untuk melihat adanya anak-anak muda yang solat di masjid bahkan ramai juga yang sudah tersasar sehingga ada yang asyik dengan minuman arak yang memabukkan.

\Maka dari situ nampaklah beliau sebagai seorang pemuda ahli ibadah, taat kepada Allah dan sebagai pendakwah yang mengajak umat untuk kembali pada Islam yang bersih.

Di kota Ismailiyah pula Imam Al-Banna banyak melakukan interaksi dengan badan-badan Islam dan beliau tampil sebagai pendakwah dengan berbagai wasilah yang dimiliki dan berkeliling ke berbagai tempat dan desa.

Beliau pergi sebagai pendakwah dan membawa khabar gembira tentang agama Islam. Beliau menyeru dan mengajak manusia yang berada tempat-tempat perkumpulan mereka, dan di antara tempat perkumpulan yang sering beliau datangi adalah "café" atau kedai kopi.

Di sana beliau memberikan kuliah pendek keagamaan, terutama pada petang hari sehingga dengan kuliah yang beliau sampaikan telah menarik perhatian sebahagian besar masyarakat pengunjung "café" sehingga menjadikan pemilik "café " tersebut berlumba-lumba mengundang Imam Al-Banna untuk memberikan kuliah petang di "café-café" milik mereka.

Akhirnya di kota Ismailiyah dengan taufik dari Allah dan dengan keberkatan di atas usaha gigih serta keikhlasannya, Imam Al-Banna mampu mendatangkan cahaya dakwah dan memberikan pengaruh yang sangat besar hingga saat ini iaitu dengan berdirinya Gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun yang dipimpin secara langsung oleh Imam Al-Banna padahal ketika itu umur beliau masih sangat muda. Pemuda ahli ibadah, itulah yang telah mampu mendirikan gerakan dakwah Islam terbesar di dunia ketika ini.

PERIBADI ISTIMEWA

Imam Al-Banna memiliki banyak keistimewaan dalam keperibadiannya :
  • Peribadi yang sempurna dan seimbang.
  • Pemuda aktivis.
  • Seorang khatib yang hebat.
  • Memiliki perasaan yang lembut.
  • Mudah berkomunikasi dengan semua orang samada orang awam, petani dan buruh.
  • Seorang cendekiawan yang memiliki ilmu.
  • Mampu berinteraksi dengan para cendekiawan lainnya.
Ketika berada di tengah umat manusia, ramai yang takjub kepadanya samada dari kalangan cendekiawan, hartawan, orang awam, petani, buruh serta yang lainnya. Ini semua bersesuaian dengan jalan dakwahnya yang berdasarkan kepada pembentukan umat, dakwah dan individu yang seimbang dalam berbagai sisinya.

Selain itu, Imam Al-Banna juga memiliki suatu karakter yang mampu memberikan pengaruh kepada orang yang ada di sekitarnya. Perkara ini kembali kepada asas yang beliau miliki iaitu kedekatan diri kepada Allah.

Kita juga boleh temui bahwa dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimun dan anggota Ikhwan itu sendiri telah terpengaruh dengan peribadi Imam Al-Banna; karakternya yang baik, ikhlas dan taatnya kepada Allah yang kesemuanya bersumber pada cahaya kenabian.

Sebagaimana beliau juga memiliki peribadi yang mantap dan lemah lembut, sentiasa menaruh perhatian dan menolong orang-orang yang dizalimi dan dalam sejarahnya telah banyak disaksikan bahwa usaha dan kerja Al-Ikhwan di berbagai tempat, daerah dan negara sentiasa membela hak-hak umat Islam yang dirampas.

Oleh kerana itu, kita mesti mampu mengambil pelajaran dari perjalanan peribadi pemuda yang berhimpun di dalamnya jiwa yang memiliki nilai-nilai mulia dan agung serta bagaimana jiwa tersebut mampu :
  • Membangun generasi yang berpegang teguh pada Islam.
  • Tidak menyimpang dari jalan Allah.
  • Menepati dan menunaikan amanah yang dipikulnya dengan semampu mungkin.
Meskipun demikian, ujian dan dugaan yang dihadapinya sentiasa datang silih berganti dalam rangka untuk lebih menetapkan keteguhannya pada jalan Allah dan agama Islam serta berusaha untuk meninggikan kalimat (agama) Allah dan meneladani sunnah Nabi saw.

Begitulah sekelumit kisah sebuah peribadi yang unggul yang mesti kita contohi kerana beliau juga telah mencontohi peribadi Nabi kita Muhammad saw yang merupakan sebaik-baik makhluk dan memiliki akhlak yang paling terpuji.

Ya Allah, berilah balasan yang sebaik-baiknya kepada insan yang telah mengorbankan segala-galanya untuk dakwah di jalanMu. Kurniakanlah ganjaran yang besar di atas jasa-jasanya dan alirkan pahala terus menerus kepadanya selama mana kami masih membaca Al Ma'thuraat yang merupakan doa-doa ma'thur dari NabiMu saw yang telah dikumpulkan semula oleh beliau.

Ameen Ya Rabbal Alameen
Wan Ahmad
IKRAM Malaysia

Iftar Brothers

10/2/2011 Khamis - Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala, Iftar pihak brothers telah berjaya dilaksanakan bertempat di MWHS pada 10/2/2011 Khamis pada jam 7.30pm.

Program ini turut dihadiri oleh Dr. Latiff dan anak-anaknya. Program ini telah dimulakan dengan sesi taaruf dan jemputan dari pihak Dr Latiff menjemput brothers yang ada untuk menhadiri kenduri dan majlis akad nikah anaknya Aiman. Selain itu pengisian program ialah Solat Isyak, Tazkeerah - Sifat Ibadurrahman oleh Sdr Ahmad Fikri, dan makan malam bersama.

Kehadiran adalah di sekitar 15 orang.

Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah Taala.

Sekian.

Keajaiban Usia Muda


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Usia muda menyimpan sejuta keajaiban dan tentunya sejuta keajaiban itu tidak dimiliki oleh fasa-fasa sebelumnya mahupun sesudahnya.

ANTARA KEKUATAN DAN KEMAHUAN

Usia muda adalah sebuah fasa dalam kehidupan manusia, yang mana dalam diri seorang pemuda terkumpul dua kekuatan penting dalam hidup. Kedua kekuatan tersebut adalah ;
  • ‘Al-Quwwah’ (Kekuatan).
  • ‘Al-Iradah’ (Kemahuan).
Anak yang masih kecil misalnya, ia memiliki kemahuan, tapi belum diberikan kekuatan fizikal untuk merealisasikan keinginannya itu.

Sebaliknya orang yang sudah uzur, kemahuan ada tapi kekuatan fizikal sudah tidak lagi menyebelahinya.

Oleh sebab itu, hanya dalam diri orang muda lah terkumpul dua perkara penting tersebut.

Jika seorang remaja mampu menyalurkan kekuatan dan keinginannya pada perkara-perkara yang positif, maka sungguh sesuatu yang luar biasa akan berlaku kepada dirinya.

Potensi yang dimilikinya akan benar-benar terserlah sehingga ia akan menjadi sebuah peribadi yang produktif dalam berbagai bidang yang digelutinya dalam kehidupan.

Oleh yang demikian, sayang seribu kali sayang jika masa muda ini berlalu begitu sahaja tanpa ada sesuatupun yang boleh dipersembahkan untuk kehidupan di dalamnya sehingga tanpa terasa, masa tua perlahan-lahan datang menjelang meskipun tanpa diundang, namun belum ada karya atau belum ada persembahan yang bererti dalam kehidupan yang telah dijalaninya selama ini.

Walaupun ia ingin masa muda kembali berulang agar ia dapat berbuat lebih baik dan lebih banyak, namun semua itu hanyalah mimpi belaka kerana masa muda yang hanya sekali bagi setiap orang tidak akan kembali lagi.

Fakta inilah yang terkandung di dalam firman Allah swt :

"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (QS Ar-Rum : 54)

Keadaan lemah itu adalah masa kecil, kemudian keadaan kuat adalah masa muda sedangkan keadaan lemah setelah itu adalah masa tua.

Jadi jelaslah disini di mana kita dapat memahami, bahwa masa muda ini adalah masa yang istimewa.

Masa yang mesti kita manfaatkan dengan baik untuk mengumpulkan tenaga hidup. Masa yang mesti kita gunakan dengan produktif dan bukan masa untuk bersantai-santai serta bermalas-malas kerana kita mesti ingat, setelah masa ini berlalu, maka kekuatan itu tidak akan kita dapati lagi sebagaimana yang kita dapati di masa itu.

KEKAGUMAN ALLAH KEPADA PEMUDA
  • Wahai anak muda…
  • Wahai anak remaja…
  • Wahai insan yang kekuatan dan kemahuan berpadu dalam jiwanya…
Pernahkah kau merasa bahwa Allah mengkagumimu?

Ini adalah perkara yang sering luput dari kita kerana betapa nikmatnya melewati masa muda sehingga kadang-kadang sampai terlupa bahwa Allah swt sedang mengkagumi kita, para pemuda.

Seandainya perkara ini benar-benar kita fahami, tentu kita akan termotivasi untuk sentiasa berusaha mempersembahkan yang terbaik dalam kehidupan sejak belia lagi.

Mari kita simak sebuah hadits berikut :

"Allah swt berfirman : "Wahai pemuda yang mampu mengendalikan nafsunya dan menggunakan waktu mudanya untukKu, kamu di sisiKu adalah umpama para malaikatKu." (Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Lihatlah kekaguman Allah kepada para pemuda semua!

Renungilah kalimat pujian dari Tuhan untuk para pemuda sekalian iaitu mereka adalah seperti malaikat di sisiNya.

Malaikat yang doa-doanya sentiasa didengar oleh Allah. Malaikat yang sentiasa melaksanakan apa yang Allah perintahkan.

Tapi semua itu ada syaratnya iaitu apabila para pemuda :
  • Mampu mengendalikan nafsu mereka.
  • Mampu menggunakan masa muda ini dengan baik untuk mencari ridha Allah.
Itu sahaja syaratnya dan jika ianya dapat dipenuhi, bermakna para pemuda adalah laksana para malaikat Allah di dunia.

PENDUDUK SYURGA JUGA MUDA!

Tahukah kita bagaimana keadaan manusia di syurga nanti?

Kalau tentang keadaan mereka yang diselimuti dengan warna-warni kenikmatan, itu sudah pasti dan tidak perlu diragukan lagi kerana syurga adalah istana kenikmatan.

Tapi maksud keadaan mereka disini ialah bagaimana keadaan fizikal mereka?

  • Apakah ada yang tua dan ada yang muda? 
  • Adakah semuanya tua?
  • Apakah muda semuanya? 
Mari kita semak keterangan dari Rasulullah saw berikut :

Dari Muaz bin Jabal, bahwasanya Nabi saw bersabda : "Para ahli syurga akan memasuki syurga dalam keadaan (bersih) tanpa bulu rambut dan janggut dengan raut mata seperti memakai celak, umpama orang yang usianya masih tiga puluh tahun." (HR Tirmizi)

Dalam Al-Qur'an, Allah swt menjelaskan tentang para pendamping yang akan diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa kelak di syurga di mana mereka adalah gadis-gadis remaja yang usia dan kecantikannya sama.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan. (Iaitu) kebun-kebun dan buah anggur serta gadis-gadis remaja yang sebaya." (QS An-Naba' : 33)

Makna sebenar dari perkataan "Kawaa'ib" disini diterjemahkan dengan istilah gadis-gadis remaja adalah, wanita yang memiliki payudara besar. Hal yang sama juga adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Sayyid Qutb dalam tafsirnya ‘Fi Dzilalil Qur'an’.

Tentunya Allah menjadikan penduduk syurga dalam keadaan muda ini bukanlah tanpa tujuan dan bukan pula secara kebetulan.

Syurga adalah puncak kenikmatan dan masa muda adalah puncak keindahan usia dan dengan yang demikian, kenikmatan dan keindahan syurga akan semakin terasa.

MALAIKAT HADIR DENGAN BENTUK SEORANG PEMUDA

Suatu ketika, Abdullah bin Mas'ud pernah menyampaikan : "Jibril pernah datang menemui Nabi saw dalam bentuk seorang pemuda." (Syarah Musnad Abi Hanifah)

Ada satu perkara yang menarik dari riwayat singkat Ibnu Mas’ud di atas iaitu kehadiran Malaikat Jibril dalam rupa seorang pemuda ketika menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw.
  
Hal ini mengisyaratkan kepada kita bahwasanya masa muda adalah masa yang tepat :
  1. Untuk menuntut ilmu. 
  2. Untuk membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan.  
Begitu pula ketika para malaikat bertamu ke rumah Nabi Ibrahim alaihis salam tatkala hendak memberitahu khabar gembira akan lahirnya anak keturunan baginda sebagai penerus baginda.  
  
Mereka datang dalam rupa paras pemuda dan begitu juga mereka lakukan ketika bertamu ke rumah Nabi Lut alaihis salam ketika hendak menghukum kaumnya yang melakukan kemungkaran.
  
SEMUANYA MASIH MUDA
  
Sebagaimana masa muda adalah masa pertemuan dalam jiwa seorang manusia antara kekuatan dan keinginan, maka pada ketika itulah amanah kehidupan diberikan, dimulai dari :
  1. Amanah nubuwwah (bagi para Nabi).
  2. Amanah ilmu.
  3. Amanah kebijaksanaan dan kearifan.
  4. Amanah tanggungjawab syari'at. 
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahwasanya ia berkata : "Tidaklah Allah mengutus Nabi melainkan ia dalam keadaan muda, dan tidaklah seorang 'alim itu diberi ilmu melainkan ia dalam keadaan muda juga."

Kemudian ia membaca ayat;

"Mereka berkata: "Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini, namanya Ibrahim." (QS Al-Anbiya' : 60)

Ayat di atas berkenaan dengan kisah Nabi Ibrahim as, bahwa ia masih dalam keadaan muda ketika diutus menjadi Nabi. Al-Qur'an sendiri menyebutnya dengan panggilan "fatan" yang ertinya pemuda.

Lalu Allah memberikan hikmah kepada Yahya bin Zakariya dengan berkata :

"Dan Kami berikan kepadanya hikmah semasa ia masih kanak-kanak." (QS Maryam : 12)

Adapun tentang pemuda Al Kahfi, Allah swt berfirman :

"(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada Kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi Kami petunjuk yang lurus dalam urusan Kami (ini)." (QS Al-Kahfi :10)

Mereka para Ashabul Kahfi ketika melarikan diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman adalah para pemuda dan Al-Qur'an mengulangi penyebutannya dengan sebutan yang sama (pemuda) pada ayat berikutnya.

"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk." (QS Al-Kahfi : 13)

Anas bin Malik ra berkata :

"Rasulullah saw dipeluk sedangkan di kepala dan janggutnya hanya ada dua puluh helai rambut putih." Ini ertinya bahwa Rasulullah saw ketika itu masih muda. 

Seterusnya kita boleh menyimak sejarah lebih lanjut bahwa Rasulullah saw memilih Usamah bin Zaid pada saat usianya masih muda belia (dalam beberapa riwayat disebutkan, bahwa usianya ketika itu masih tujuh belas tahun) untuk pemimpin pasukan yang di dalamnya ada semua sahabat Anshar dan Muhajirin yang lebih berusia.
  
Mari kita susuri dengan lebih mendalam seorang yang muda belia seperti Usamah bin Zaid yang berumur 17 atau 18 tahun ketika memimpin pasukan Muslimin untuk menghadapi pasukan elit Romawi.

Bukankah kemampuan panglima perang itu sangat kompleks di mana bukan hanya strategi dan ilmu ketenteraan yang diperlukan tapi juga meliputi :
  • Kepimpinan.
  • Psikologi massa.
  • Situasi politik.
  • Kekuatan logistik.
  • Kemampuan komunikasi.
  • Kemantapan perundingan.
  • Kewibawaan.
di mana semua kemampuan di atas seharusnya setaraf dengan kemampuan mana-mana panglima perang lain.

Apakah bentuk latihan, olahan berfikir, perasaan dan keterampilan yang telah dipelajari oleh Usamah dalam usia yang begitu muda?

MASAALAH YANG MENGHANTUI PEMUDA DAN PENYELESAIANNYA

Jika dibandingkan dengan pemuda di zaman para sahabat dahulu, lalu apakah yang sebenarnya berlaku kepada pemuda di zaman kita sekarang ini?

Secara minimanya ada empat faktor yang menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara :
  1. Hilangnya Tarbiyah Islamiyah yang shahih sebagaimana Rasulullah saw laksanakan kepada para sahabat.
  2. Berlakunya krisis keteladanan di kalangan pemuda.
  3. Merasa rendah diri serta kurang percaya atau tidak yakin kepada kemampuan diri.
  4. Arus media informasi yang begitu kuat dan cenderung kepada bersifat negatif.
Agar pemuda kembali memiliki kemuliaan sebagai agen perubah menuju kebaikan umat, berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang perlu diambil dengan segera :
  • Pelajarilah agamamu.
  • Tegakkan tauhid dalam hati dan hapuskan unsur syirik.
  • Bangunkan amal yang soleh dan bukan bid’ah.
  • Tinggalkan maksiat.
  • Tautkan hati dengan masjid.
  • Bersiaplah untuk sebuah persaingan dalam kehidupan.
  • Selektif dalam berkawan dan mengambil teman rapat.
  • Elakkan pergaulan bebas sesama lawan jenis.
  • Peka terhadap zamanmu.
  • Fahami zaman di mana engkau berada saat ini.
  • Milikilah fizikal yang sihat dan kuat.
  • Aturlah waktumu secara bermanfaat.
Selain itu, perlu juga ditekankan di sini berkenaan masalah ilmu kerana di sana kita dapati berlakunya kebangkitan Islam dari kalangan pemudanya, namun kurang ilmu sehingga yang menonjol adalah semangat semata-mata, namun kadang-kadang memberi kesan negatif.

Ada satu kalimat yang sungguh indah iaitu :
 
“Hajatush Shahwah Al Islamiyyah Ila ‘Ilmi Syar’iah” (Pentingnya kebangkitan Islam terhadap ilmu syar’ie). 
 
sehingga perubahan atau kebangkitan itu berada pada jalan yang benar sesuai dengan syariat Islam sebagaimana Rasulullah saw dan para sahabatnya dulu merubah wajah dunia.
 
Betapa ramai orang tua yang ingin kembali ke masa mudanya untuk memperbaiki kekurangannya namun waktu yang telah ditentukan itu telahpun berlalu.
 
Maka wahai para pemuda, berubahlah dari sekarang sebelum kita menyesal di kemudian hari dan mulailah sekarang juga…!
 
“Barangsiapa yang Allah kehendaki petunjuk (hidayah), Allah lapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang Allah kehendaki untuk tersesat, Allah jadikan dadanya sesak lagi sempit, seakan dia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” (QS Al An’am : 125)
 
Ya Allah, kurniakanlah kebaikan dan keterampilan kepada pemuda yang berada pada zaman kami sebagaimana pemuda yang hidup di zaman Rasulullah saw. Kuatkanlah iman dan kemahuan mereka sehingga mereka mampu menghadapi badai ujian serta mengembalikan semula nilai-nilai kebaikan dalam diri mereka.
 
Ameen Ya Rabbal Alameen
 
Wan Ahmad
IKRAM Malaysia

Monday 14 February 2011

Mengapa Anda Menyambut Hari Kekasih?


Kenyataan Media

Bismillahirrahmanirrahim…

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai pemudi-pemudi serata dunia, termasuklah mereka di negara kita. Ada antara mereka yang menghabiskan wang dan masa semata-mata untuk membeli hadiah-hadiah mahal atau temu janji lumayan bersama kekasih mereka.

Sebenarnya ramai di kalangan pemuda-pemudi keliru atau tidak tahu asal-usul di sebalik Valentine’s Day.

Sejarah Valetine’s Day

Valentine’s Day atau nama lainnya, Festival of Love (Hari Kekasih) mempunyai terlalu banyak versi sejarahnya, tiada satu pun yang mempunyai bukti yang sahih. Secara ringkasnya, gelaran “Valentine” merupakan darjat penghormatan yang diberikan kepada paderi Kristian yang ‘syahid’ semasa era Kristian mula-mula diperkenalkan kepada bangsa Roman. Manakala tarikh 14 Februari pula dipilih sebagai tarikh untuk memperingati mereka.

Sumber sejarah penting berkaitan Valentine’s Day merupakan buku “Legenda Aurea,” yang merupakan kompilasi cerita-cerita kisah hidup paderi atau saint yang ditulis sekitar tahun 1260. Apa yang menariknya adalah, tiada sebarang dokumetasi yang mengaitkan para Valentines dengan kisah-kisah yang berbaur romantis! Tetapi hakikatnya, cerita-cerita dalam “Legenda Aurea” juga boleh dipertikai kebenarannya, malah penuh dengan cerita-cerita mitos yang tidak masuk akal.

Signikasi perayaan Valentine’s Day terus menjadi tanda tanya sehingga pada tahun 1969, tarikh 14 Februari dipadamkan dari tarikh-tarikh senarai perayaan “Roman Calender of Saints” oleh Pope Paul VI. Namun begitu, ramai masih mengamalkan sambutan Valentine’s Day selepas peristiwa itu. Lama-kelamaan, perayaan Valentine’s Day menjadi hari perayaan di mana pasangan kekasih melahirkan perasaan cinta masing-masing melalui pemberian hadiah dan kad ucapan. Amalan ini terus menjadi popular hingga ke hari ini.

Pandangan Islam terhadap Valentine’s Day

Pada tahun 2005, Majlis Fatwa Kebangsaan (Malaysia) telah mengemukakan fatwa bahawa sambutan Hari Kekasih bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Hakikatnya, Islam adalah agama yang penuh dengan kasih sayang. Dengan rahmat Allah manusia diciptakan, dengan rahmat Allah kita hidup dengan pelbagai nikmat dunia, dengan rahmat Allah kita mendapat Islam dan iman, serta dengan kasih sayang Allah kita bersaudara!

Firman Allah swt:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah keapada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Surah Al-Hujurat, 49: 10)

Islam sebagai agama fitrah, meraikan sifat-sifat manusiawi yang ada pada setiap orang. Islam membenarkan kita berkasih sayang dan menyambut upacara-upacara yang merapatkan ukhuwwah, tetapi perlu mengikut cara dan keadaan yang diberkati Allah swt, tidak boleh kita terikut-ikut budaya songsang Barat.

Hadis Nabi saw: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” (Riwayat Abu Daud)

Mengapa anda menyambut Valentine’s Day?

Jadi sekarang, saya ingin bertanya kepada para pemuda-pemudi Islam, mengapa anda ingin menyambut Valetine’s Day? Barangkali, seperti ditulis di awal artikel ini, mungkin ramai antara kita yang keliru dan tidak tahu asal usul Hari Kekasih. Kemungkinan kita menjadi mangsa keadaan di mana majority media massa bertubi-tubi menanamkan amalan songsang Barat? Statistik semasa membuktikan bahaw seks bebas, buang bayi dan pelbagai lagi masalah social makin meruncing. Apabila umat Islam jauh dari ajarannya dan terpedaya dengan gaya hidup hedonisma Barat, keruntuhan akhlak masa depan sesebuah negara itu pasti!

Sama-sama kita perbaiki diri dan serulah orang lain!

IKRAM UKE yakin bahawa para pelajar muslim Malaysia di bumi United Kingdom dan Ireland merupakan golongan yang cerdik pandai, yang terbaik dari ribuan pemuda-pemudi Islam di tanahair. Kita adalah harapan dan masa depan negara, maka janganlah sia-siakan masa kita dengan perkara yang tidak bermanfaat malah bertentangan dengan ajaran Islam seperti menyambut Valentine’s Day ini.

Salam kasih sayang,

Maktab Prasiswazah,
IKRAM (UK/Ireland)

Rahmatan lil 'alamin

Sunday 6 February 2011

Kateebah with MAB

5/2/2011 Saturday, Alhamdulillah MAB Kateebah has been done and successfully organised at MWHS. This programme was started after Isya' prayer 7.15pm.

There was special talk by Dr Amin Belhaj with title - Da'wah illallah, other programmes such as reading Al mathurat, Solat Tahajjud & Witr, Doa to Egyptian for uprising in Egypt and light supper among members and audiences.

This programme was attended around 30 peoples (10 ppls from IKRAMUKE Sheffield) among members and audience and adjourned at 11.00pm.

jzkk

Ushering in the Era of Democracy in Egypt

Media Statement
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Ushering in the Era of Democracy in Egypt
31 January 2011CE / 26 Safar 1432H

Like other citizens of the world who uphold truth, justice, and the freedom to choose political leaderships, members of IKRAM (an Islamic NGO) are monitoring the situation in Egypt with great concern.

Egyptian authorities, while having to deal responsibly to the popular uprising, must be sensitive to the ultimate demand of the Egyptian people regardless of social standing, group affiliation or religious belief. The Egyptian masses want and deserve a fundamental regime change. After three decades of repressive rule, Mubarak must admit defeat and failure. Thus it is time for him to leave the presidency.

Islam respects the basic human rights of all men. Egyptians deserve the right to self-determination. And no power on earth has any right over the sovereignty of Egypt which strives to be a democratic state where the Egyptian people would be able to choose freely, without fear, the leader and the government of their choice.

IKRAM also urges the present regime to release the imprisoned fighters of freedom and democracy, whose only wrong was to see their country be purged of a dictator and a draconian regime whose days are over.

It is the era for profound political change in the Middle East. Just a few weeks ago, it was Tunisia. It is now Egypt. The dominos may fall in other repressive Arab countries too.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
President
IKRAM

sources: http://www.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=118:ushering-in-the-era-of-democracy-ikram&catid=3:terkini&Itemid=65

Tindakan Mufti Mesir Mengecewakan : Minda Tajdid

Tindakan Mufti Mesir Mengecewakan : Minda Tajdid

catatan engr.: Islam dan perubahan... adakah ia terrorism?

catatan engr.: Islam dan perubahan... adakah ia terrorism?: "Sorotan peristiwa Menyorot kembali peristiwa kebangkitan rakyat Tunisia dan terbaru di Mesir dan akan merebak lagi laungan dan pekikan rak..."