Tuesday 5 April 2011

Aktiviti barbeque usrah gabungan brothers


27/3/2011, Ahad - Alhamdulillah pihak brothers telah mengadakan program BBQ pada 27/3/2011 Ahad pada pukul 1.30pm sehingga 5.30pm bertempat di Pendarosa Park, Sheffield. Program ini telah dihadiri seramai 15 orang. 

Memandangkan musim sejuk sudah berlalu dan musim luruh sudah menjelang, IKRAM Sheffield mengambil inisiatif untuk membuat barbeque. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara ikhwah di Sheffield yang sebelum ini sangat jarang melakukan aktiviti selain pengisian.

Berbekalkan kambing seberat 8kg dan 10 peha ayam, sesi membakar dimulakan dengan bantuan pakar, akhi Luqman. Walaupun cuaca agak sejuk tapi masing-masing masih tegar menanti makanan, mungkin masing-masing terasa kehangatan ukhuwah antara ikhwah.


Sementara menunggu kambing siap dibakar, akhi Luqman sempat memberi tazkirah mengenai ujian yang Allah berikan dalam bentuk kemewahan yang mungkin akan membuat kita lupa dengan tujuan hidup di dunia. Contoh yang diberikan ialah sahabat nabi sendiri iaitu Kaab bin Malik. Beliau juga sempat unutk memberikan perbandingan bagaimana orang kafir sendiri kadang kala lebih dekat dengan tuhan berbanding umat Islam sendiri.

Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara ikhwah dan mendorong kami untuk terus tsabat dalam jalan dakwah.

Sekian,

Pengarah program, Sdr. Ahmad Fikri Baharan

Majlis bacaan Yaasin, solat hajat beserta solat jenazah ghaib


24/3/2011, Khamis - Majlis bacaan Yassin, solat hajat dan solat Jenazah ghaib telah diadakan pada 24/3/2011 bermula pada pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Program ini telah diadakan di Muslim Welfare House of Sheffield, 10-12, Severn Road, Sheffield, S10 2SU, UK. Seramai 50 orang warga pelajar di Sheffield telah hadir.

Berikutan beberapa musibah dan ujian yang melanda ikhwah Sheffield, IKRAM Sheffield menjalankan majlis bacaan yaasin supaya diringankan ujian yang melanda.

Aizwan Aziz yang kini berada di tahun 3 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah disahkan menghidapi Erwing Sarcoma dan telah dijadualkan untuk menerima rawatan chemotherapy. Perkara ini adalah satu ujian dan boleh menggugat kosentrasi dan ketenangan hidup sebagai seorang pelajar.

Syafiq Zulkiflee yang mengabil kursus yang sama bersama Aizwan turut menerima ujian apabila urat kaki yang pernah putus dulu kini putus semula setelah dia tersepak wayar di rumahnya. Perkara ini membantutkan proses penyembuhan dan memerlukan dia menjalani pembedahan kedua yang dijadualkan pada April 2011.

Berikutan kematian beberapa orang seperti abang ipar pelajar Sheffield yang bekerja di London, datuk kepada sdri. Raudah pelajar PHD Sheffield dan ibu mertua Dr Al-Hady Leeds, solat jenazah ghaib yang diimami oleh akh Najib turut dijalankan. Semoga mereka dapat memasuki syurga.
Selepas habis ketiga-tiga acara, akh Roesli Hassan memberi tazkirah selama 30 minit mengenai ujian dalam hidup dan kaitannya dengan keimanan manusia. 
Program diakhiri dengan jamuan ringan iaitu pizza dan air teh. Semoga program ini dapat meningkatkan iman kita dan orang yang hadir.

Sekian,

Pengarah Program, Sdr. Ahmad Fikri Baharan

Sunday 3 April 2011

Misi Kasih Palestin Sheffield


7/3/2011, Isnin - Alhamdulillah program MKP telah berjaya dilaksanakan pada 7/3/2011 hari Isnin bertempat di Students Union Auditorium, The University of Sheffield dengan kehadiran para peserta seramai 94 orang.

Program dimulakan dengan bacaan al-quran dan doa. Selepas itu akhi Yusuf Johari memberikan perkongsian tentang projek Misi Kasih Palestin kepada hadirin. Memandangkan ada pelajar yang baru datang ke UK dan mungkin tidak tahu langsung tentang fungsi MKP ini, Yusuf Johari menerangkan tentang apa yang telah dicapai iaitu kutipan sebanyak £16 000 dan memberikan sasaran baru MKP bagi sesi ini, £20 000. Beliau juga berkongsi pengalaman pasukan MKP selama 5 hari di Beirut. Bermula dari Lapangan terbang Manchester, kem pelarian Palestin hingga ke kursus intensif Palestin bersama Az-Zaytouna Consultation and Studies.  

Selepas itu, acara kemuncak yang dinantikan oleh semua yang hadir, ceramah dari Dr Hafidzi tentang isu Palestin. Beliau menceritakan tentang sejarah sebenar kewujudan Negara haram Israel dan kesan penubuhan negara haram itu kepada penduduk asal Palestin. Tidakl dilupakan, beliau juga memberi harapan yang Palestin ini akan mampu dibuka semula dan apa yang patut dilakukan oleh rakyat Malaysia, hadirin khususnya. Ternyata ceramah dari orang yang ahli memang mampu untuk memberi kesedaran terhadap yang hadir dan memberi gambaran sebenar tentang isu Palestin ini.

Di sini disertakan tentatif program;

07.30 pm Hadirin mengambil tempat
07.45 pm Bacaan Quran dan Doa
07.50 pm Ucapan Pengarah program
08.00 pm Perkongsian bersama wakil MKP (Yusuf Johari)
08.40 pm Tayangan video
09.00 pm Perkongsian bersama Dr Hafidzi
10.15 pm Penyampaian cederahati
10.30 pm Bersurai

Semoga usaha kecil ini mampu menyumbang dalam pembebasan Palestin.

Sekian,

Pengarah program, Sdr. Ahmad Fikri Baharan