Saturday 14 April 2012

Laporan Program bersama Dr. Harlina di Sheffield

Program Bersama Dr Harlina Siraj:
 'Sejauh Mana Profesion Menyumbang Kepada Ummah?’ 

Alhamdulillah, pada 29 Mac 2012 bertempat di Gallery Room 4, University of Sheffield telah berlangsung program ‘Sejauh Mana Profesion Menyumbang Kepada Ummah?’. Program ini adalah bersempena dengan kunjungan Prof. Dr Harlina Halizah Siraj ke UK. Seramai 35 orang peserta telah hadir terdiri daripada masyarakat umum Sheffield. Para peserta mula hadir seawal jam 1.50 petang. Majlis dimulakan pada jam 2.15  petang dengan sesi ceramah yang bertajuk ‘Sejauh Mana Profesion Menyumbang Kepada Ummah?. Banyak input menarik telah dikongsikan oleh Dr. Har kepada peserta. Antaranya: 
  •  bagaimana untuk menyeimbangkan antara kerjaya,
  • keluarga dan dakwah pesanan sebagai seorang isteri, ibu doktor kepada masyarakat
  • tips-tips untuk terus kekal menyumbang kepada ummah. 
Di akhirnya, Dr. Har berpesan untuk tetap ikhlas dalam melakukan apa jua kerja kerana menurut beliau sangat ramai masyarakat kini yang membuat sesuatu kerana bersebab. Hal ini sangat mendukacitakan beliau kerana ia bukan sahaja tumbuh menular di peringkat dewasa malah turut melibatkan golongan remaja yang rata-rata mereka ialah pelajar. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab oleh para peserta. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, hanya sedikit sahaja peserta yang berpeluang menanyakan soalan. Sedikit cenderahati dari pihak penganjur telah disampaikan oleh Dr. Suriani Shamsudin sebagai tanda penghargaan. Majlis tamat kira-kira pada jam 4.15 petang dengan sesi bergambar untukk kenang-kenangan. 




Disediakan oleh,
Nurul Huda Ahmad Nawawi
Pengarah Program

Friday 13 April 2012

Laporan pertandingan Rumahku OSEM!

Pada 24 Mac 2012, IKRAM Sheffield telah menganjurkan pertandingan ‘Rumahku OSEM’ yang merupakan pertandingan rumah tercantik disekitar Sheffield. Pertandingan disasarkan pada rakyat Malaysia yang tinggal di Sheffield. Sebanyak 8 buah rumah telah menyertai pertandingan ini dan seramai 3 orang juri telah dilantik untuk memberi markah pada rumah yang bertanding.

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk menggalakan sikap menjaga kebersihan, kebersihan rumah khususnya yang merupakan salah satu perkara yang dituntut dalam Islam.

Pemarkahan bagi setiap rumah telah berjalan dari jam 2 petang sehingga 5.30 petang. Rumah ‘Salsabila’ (14 Havelock Street) telah dinobatkan sebagai Rumah paling OSEM 2012 dengan purata markah 96/120.

Diharapkan pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha menanamkan unsur islami dalam diri muslim khususnya dan manusia umumnya di Sheffield.