Oleh: Dr. Ameer Bassam
Allah swt telah mengutuskan rasulullah saw sebagai rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah:
“Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. (Al-Anbiya’: 107)
Rahmat ini semakin jelas dengan penurunan manhaj rabbani yang membawa kebahagiaan kepada orang yang mengikutinya dan mendatangkan bencana kepada orang menjauhinya. Firman Allah:
“lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Taha: 123-124)
Tunjang manhaj ini ialah al-Qur’an. Firman Allah:
“dan kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu”. (An-Nahl: 89)
Kaum muslimin mengetahui tugas al-Quran dan misi Rasulullah saw. Oleh itu mereka sering bertanya kepada nabi saw tentang urusan kehidupan. Soalan-soalan mereka tidak terbatas soal ibadah seperti solat dan puasa sahaja, bahkan soalan-soalan mereka menyeluruh segenap bidang kehidupan, kerana mereka mengetahui bahawa Islam dating untuk menjadi manhaj (system) hidup. Oleh sebab itu di al-Quran sering diulang lafaz : “Dan mereka bertanya kepadamu” dalam pelbagai tempat dan situasi; di dalam soal harta dan ekonomi:
“Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan”. (Al-Baqarah: 215)
Dalam soal kemasyarakatan:
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim”. (Al-Baqarah: 220)
Di dalam soal undang-undang dan syariat:
“Mereka meminta fatwa kepadamu tentang kalalah (seseorang mati yang tidak meninggalkan ayah dan anak)”. (An-Nisa’: 176)
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[136]”. (Al-Baqarah: 176)
Di dalam soal ilmu dan falak:
“Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit”. (Al-Baqarah: 189)
Di dalam soal hubungan suami isteri khasnya:
“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh”. (Al-Baqarah: 222)
Demikianlah umat Islam mengetahui bahawa agama mereka syumul dan menyeluruh, Kitab mereka membawa manhaj yang lengkap-melengkapi dan rasul mereka adalah sumber rujukan utama kepada manhaj ini.
Di atas asas ini rasulullah saw mendirikan sebuah Negara Islam yang pertama, bahkan menukar nama Yatsrib kepada Madinah.
Tatkala Rasulullah telah wafat, para sahabat selepasnya telah berjalan di atas manhaj yang sama, di mana sahabat lebih sibuk melantik Khalifah Abu Bakar daripada menguruskan pengebumian Rasulullah saw. Ini kerana mereka mengetahui bahawa kewajipan Islan yang utama dan tuntutan waktu ialah memberi bai’ah kepada pemerintah muslim yang akan menguruskan soal umat Islam dan berhukum dengan syariat Allah.
Tatkala umat Islam memilih calendar, mereka telah memilih hari Hijrah dan mereka tidak memilih hari kelahiran Rasulullah saw, tidak hari perutusannya dan tidak hari badar al-Kubra, malah mereka memilih hari Hijrah..atau yang lebih tepat ialah hari ketibaan Rasulullah di Madinah. Ini kerana pada hari ini telah sempurna natijah perjuangan Rasulullah dan para sahabat dengan terbina sebuah Negara Islam pertama yang menjalankan hukum berdasarkan manhaj Allah. Inilah yang menjadi matlamat manhaj dan tujuan yang diimpikan.
Umat Islam berhukum dengan syariat Allah dan kesetian mereka hanya kepada pemerintah yang melaksanakan syariat Allah di kalangan mereka sehingga di penghujung pemerintahan kahlifah Othmaniah. Sepanjang 1300 tahun mereka menjadikan Islam sebagai sumber perundangan atau syariat dan tempat kesetiaan. Penyimpangan segelintir pemerintah di sepanjang sejarah adalah hanya dari kesempurnaan islam bukan dari keseluruhan Islam. Namun ulama dan para hakim sebagai barisan yang menjadi benteng kepada umat supaya tidak menyimpang daripada ajaran Islam.
Sepanjang kurun-kurun ini umat Islam telah mendirikan tamadun yang gemilang dan maju dalam pelbagai bidang sains dan ilmu kemanusiaan. Manusia hidup dengan penuh keamanan, kedamaian dan keriangan.
Sumber kepada tamadun ini ialah para cendikiawan dan sarjana dalam pelbagai bidang dan ilmu. Mereka telah meninggalkan pelbagai karya dan buku yang menjadikan punca secara langsung kepada kebangkitan Eropah. Bahkan punca dan tonggak kepada kebangkitan dan kemajuan ilmu pada zaman moden.
Sumber ini tidak boleh diabaikan. Negara mesti memeliharanya dan kerajaan mesti menyakini kepentingannya. Justeru, para khalifah muslimin sangat mengambil berat soal ilmu dan tamadun. Kerana dari keduanya lahir tujuan-tujuan Islam dan hukum-hukum. Perhatian yang diberikan ini membawa kepada kemunculan para ulama’dan sarjana ini.
Oleh sebab itu, kita dapati mereka yang menceduk dalam bidang perubatan dan cabangnya dan membangunkan perpustakaan perubatan Islam bahkan dunia dengan pelbagai buku dan karya, antaranya seperti “Adawiyyah al-bayan Fima yasta’malahu al-Insan” oleh Ibn Jazlah. Tidak kurang juga antara yang terawal meneroka peranan “Al-Mufarradah” oleh Ibn al-Jazar. Kitab “Al-Damwiyyah” oleh Ibn Nafis. Tentang Az-Zahrawi yang merupakan bapa kecederaan dan pembedahan, tiada siapa yang menafikan kehebatannya.
Begitu juga ilmu farmasi dan koleksi perubatan, kita dapati Ibn Sahjun, Ibn Al-Baitar yang meninggalkan sebuah karya “Al-Mufti fi al-Adawiyyah al-Mufarradah”. Terakhir ialah dunia tumbuhan yang juga telah muncul sarjana tumbuhan yang hebat. Juga kita telah mengetahui tentang kegemilangan dalam bidang Falak dan matematik yang dipelopori oleh Ibn al-Majdi dan al-Khawarizmi.
Kita tidak boleh meninggalkan banyak ilmu-ilmu kemanusiaan yang telah mendatangkan kebaikan kepada semua manusia. Al-Idrisi terkenal dalam bidang geografi yang telah menghasilkan kitab yang istimewa “Nuzhah al-musytaq fi Ikhtiraq al-afaq”. Begitu juga al-Biruni di dalam bidang sejarah dan Ibn Khaldun dalam bidang sosiologi.
Semua ilmu-ilmu ini digunakan oleh umat Islam untuk memberi manfaat kepada manusia dan meningkatkan kualiti hidup mereka berteraskan ajaran Islam yang bersifat universal. Mereka tidak kedekut mengajarkan kepada orang lain seperti mana yang dilakukan oleh Negara-negara yang dinamakan dunia pertama di mana mereka mengecapi ketamadunan yang membahagiakan dan Bandar-bandar Islam yang gemerlapan.
Kota-kota yang maju dan jalan-jalan yang luas dan bersih, rumah-rumah yang mewah, pendidikan yang percuma, penekanan tentang kesihatan dan sebagainya antara bentuk ketamadunan. Semua ini berlaku di kora-kota Islam pada waktu di Eropah masih diselubungi kejahilan, kegelapan, tahyul, dan kemunduran.
Bagi mereka yang ingin mengetahui sejauh mana pencapaian umat islam dalam kemajuan dan ketamadunan, elok membaca tentang keadaan kota-kota Islam seperti Qordova, Baghdad, Damsyik dan sebagainya, supaya mengetahui apakah yang telah dilakukan oleh tamadun Islam terhadap penduduknya dari sudut kemuliaan dan kemewahan. Namun tamadun Islam mula menunjukkan petanda keruntuhan dan kemunduran umat Islam pada akhir pemerintahan Uthmani yang bukan disebabkan oleh Islam, tetapi kerana mereka jauh dari ajaran Islam. Pada masa yang sama masyarakat barat telah mengambil manfaat dari tamadun Islam dengan memindahkan tamadun kepada mereka hasil dari hubungan mereka dengan umat Islam semasa perang Salib yang berpanjangan selama dua ratus tahun. Tamadun bepindah kepada mereka juga melalui Andalus, iaitu Sepanyol dan Portugal sekarang.
Barat telah mengambil kesempatan dari kelalaian umat Islam dengan mencetuskan perang Salib yang baru bermula dengan penaklukan Peranchis ke atas Mesir pada tahun 1798. Tempoh penaklukan tentera hanya bertahan selama tiga tahun sahaja, kerana ruh Islam dan semangat jihad masih tertanam di dalam jiwa umat Islam. Tentera penjajah Peranchis akhirnya keluar meninggalkan Mesir. Namun bermulalah bibit-bibit konspirasi yang lebih dalam dan serius, iaitu menjauhkan umat Islam dari agama mereka melalui serangan budaya, penjajahan dan secular, dan menjauhkan Islam dari lapangan dengan menggunakan talibarut dan pemimpin boneka di kalangan mereka yang menanamkan budaya dan pemikiran secular, meluaskan kejahilan umat tentang agama dan ulama yang tenggelam dengan hawa nafsu yang telah memperdaya mereka.
Bermula perundangan Peranchis mengambil alih perundangan Islam di pelbagai mahkamah. Kemudian al-Khodawi Ismail telah meminta ‘Rifa’ah al-Tohtawi’ menterjemahkan agama Peranchis supaya menjadi perlembagaan Negara. Konspirasi telah terlaksana dengan sempurna setelah keluarnya salah seorang syikh al-Azhar dari kesepakatan ulama dengan sebab ada penentangan dalam membicarakan kesyumulan Islam di dalam buku yang dikarangnya, iaitu “Usul al-Hukmi fi al-Islam”. Semua ulama pada ketika itu telah mengesahkan kesalahannya.
Bermula penghantaran pelajar-pelajar Mesir ke universiri-universiti di Peranchis seperti “As-Surbun dan sebagainya”, untuk belajar di sana dan memperolehi ijazah doctor falsafah. Di sana akal mereka dipenuhi dengan pemikiran yang beracun, bercampur aduk dan mengelirukan tentang Islam. Umpamanya, sejarah Islam diringkaskan hanya mengenai perang Ali dan Muawiyah r.a, jihad para khalifah yang terkenal seperti Harun ar-Rasyid ditukar kepada kehidupan yang penuh dengan keseronokan, kemewahan dan hiburan.
Dari university as-Surbun muncul Taha Hussin yang telah menyerang sendi dan tonggak Islam dan mendustakan kejelasan al-Quran, dan melalui pemikiran barat muncul Ahmad Lotfi yang mengajak supaya menentang Islam kerana kononnya Islam menjadi punca perpecahan.
Sistem pendidikan yang dijalankan hanya mengajar Islam yang terputus dari Islam yang sebenar sehingga ramai yang menyangka Islam dating hanya terbatas di surau yang kecil, atau hanya tertumpu dalam majlis zikir, atau memenuhi perut dengan makanan.
Di celah-celah kelemahan jiwa dan penyimpangan ilmu ini mula tercetus suara-suara mereka yang cintakan Islam dan memahami hakikat manhajnya yang rabbani dan tabiat syariatnya yang terbaik. Mereka menyeru dan melaunkan bahawa Islam adalah satu system hidup yang menyeluruh. Pelopor kepada usaha ini ialah Jamaluddin al-Afghani dan muridnya Muhammad Abduh. Selepas mereka muncul pula Rasyid Redha yang melengkapkan perjalanan ini.
Kemudian muncul Hassal al-Banna yang menyakini bahawa kemuliaan umat Islam hanya apabila berpegung teguh dengan agama mereka dan kemiskinan, kerendahan dan kehinaan di kalangan umat Islam hanya dapat dirawat dengan Islam sementara itu tamadun barat yang membawa gambaran yang palu pasti akan terbongkar, kerana tidak di asaskan di atas manhaj rabbani yang benar.
Imam Hassan al-Banna terus berusaha menyeru tentang kepentingan berhukum dengan syariat Islam, mendidik dan mentarbiyyah umat dengan Islam supaya generasi baru yang keluar akan beriman dengan Islam sebagai akidah, akhlak, ilmu dan amal.
Justeru, oleh kerana seruan ini dan dakwah ini akan menggagalkan konspirasi penjajah untuk melenyapkan Islam di muka bumi, akan membangkitkan kesedaran dan mencungkil kekuatan rakyat, maknanya memerdekakan umat Islam dari kuasa luar, maka timbul satu keputusan untuk membunuh Hassan al-Banna kemudian revolusi tentera yang diikuti di dunia Arab yang bertujuan untuk menyumbat pendakwah-pendakwah Islam di dalam penjara dan memberi kuasa kepada system sosialis memerangi dakwah Isam yang syumul dan lengkap. Negara yang melaksanakan revolusi tentera ialah Mesir, Syiria, Libya, Tunisia dan lain-lain yang ke semua menggunakan system yang sama, iaitu menghumbankan para pendakwah Islam ke dalam penjara-penjara dan memerangi cara hidup Islam dan menyempitkan pemikiran Islam yang syumul.
Di Mesir, selepas tumbangnya pemerintahan Jamal Abdul Nasir, ramai anggota Ikhwan telah keluar dari penjara dan bermula terkibar panji dakwah Islam dengan kesumulan, keadilan dan kesederhanaan.
Justeru Ikhwan telah menyertai pilihanraya parlimen dan negeri dengan memperkenalkan slogannya setiap kali menyertai pilihanraya, iaitu “Islam adalah jalan penyelesaian”.
Ramai yang berkata-kata dan sering bertanya apakah maksud slogan ini? Adakah ia sekadar slogan kosong tanpa maksud tersirat, atau cetusan nurani yang didokong oleh orang-orang yang benar-benar beriman? Atau sekadar kebijakan siasah oleh Ikhwan sendiri?
Oleh sebab itu saya ingin menghuraikan maksud Islam adalah jalan penyelesaian dan kenapa Islam adalah jalan penyelesaian yang bertitik tolak dari akal, rasional, pengalaman dan sejarah sehingga meresap keyakinan bagi mereka yang ragu dan menambah pengetahuan bagi mereka yang inginkan pengetahuan, sehingga tertegak hujjah ke atas mereka yang menolak dan menentang slogan ini dengan niat atau sebaliknya.
Bagaimana mencapai kejayaan?
Bagi mencapai kejayaan mana-mana agenda luaran dan dalaman, ekonomi dan pembaikan mestilah terkandung tiga rukun ini iaitu:
1. Manhaj yang sejahtera dan jalan yang betul
2. Pimpinan yang sedar, ikhlas dan berilmu
3. Individu yang sesuai dan salih untuk menegakkan manhaj ini di bawah kelolaan pimpinan.
Oleh itu kejayaan mana-mana manhaj perubahan mestilah mengandungi tiga rukun asasi dan jika tiada salah satu pasti akan hilang keupayaan untuk melakukan perubahan. Sekalipun Berjaya di peringkat permulaan namun akan berakhir dengan kegagalan. Oleh itu manhaj Islam rabbani telah menumpukan kepada tiga rukun ini di dalam merubah manusia dan menegakkan urusan dunia dengan agama. Oleh sebab itu muncul moto setengah aktivis perubahan “Marilah kita perbaiki dunia dengan agama”, kerana hanya dengan agama dan hanya dengan Islam sahaja tercapai tiga rukun ini.
Di dalam manhaj Islam mampu melahirkan pimpinan yang memiliki sifat dan keistimewaan yang tertentu yang tidak terdapat melainkan melalui manhaj rabbani yang unggul ini.
Di dalam manhja Islam mendidik masyarakat dengan didikan yang menjadikannya selari dengan syariat dan agama dan menepati undang-undang Islam.
Manhaj yang syumul, sempurna, lengkap dan fleksible ini menjadikannya sesuai bagi semua zaman dan sesuai dengan semua tempat.
Inilah rahsia keagungan dan keunggulan system Islam. Ianya rukun yang saling lengkap melengkapi yang tidak mungkin mengambil sebahagian dan menolak sebahagian. Tidak mungkin akan tenggelam di alam dunia seperti yang berlaku kepada system manusia.
Oleh sebab itu, manusia mestilah melaksanakan Islam sepenuhnya sehingga terjelma kejayaan dan tercapai perubahan dan pengislahan. Islam tidak diminta merubah dan membaiki masalah-masalah yang juz’I atau sebahagian dan membiarkan suasana yang tidak Islam dan bukan dari manhajnya.
Justeru, kita dapati ada orang yang bertanya, apakah Islam menyelesaikan maslaah penempatan, pengangkutan, jenayah, kemiskinan, kanak-kanak, dadah atau sebagainya? Kita katakan bahawa masalah ini berpunca dari system ciptaan manusia, dan ketika anda menghendaki penyelesaian ari islam bagi suasana yang belum Islam dan suasana system yang belum Islam, maka anda sebenarnya belum mahukan perubahan dan pembaikan.
Oleh itu, laksanakanlah Islam scara menyeluruh dan sempurna, tentu kita akan dapati seperti suatu masa dahulu suatu tamadun yang gemilang dan masyarakat yang tiada masalah. Firman Allah:
“Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka”. (Al-Maidah: 66)
“lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka”. (Taha: 123)
Ini tidak menafikan peranan para pendakwah dan pengislah ke atas agama mereka yang berusa bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan sedaya mungkin kerana memenuhi tanggungjawab kepada Allah Tuhan semesata alam.
Nota: Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=73882&SecID=360