Showing posts with label Aktiviti IKRAM Sheffield 2011. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti IKRAM Sheffield 2011. Show all posts

Saturday, 18 February 2012

Program 50 Jiwa 1 Al Quran


Alhamdulillah, pada 5 Februari 2012 bertempat di MWHS telah berlangsung program ’50 Jiwa 1 Al-Quran’. Program ini adalah hasil kerjasama PMPMS, SMSA, IKRAM Sheffield dan Sekolah Melayu Sheffield (SMS).  Walaupun salji turun lebat pada hari sebelumnya,  namun kehadiran masih memberangsangkan. Seramai 35 orang wanita terdiri daripada ahli HELWA baru dan lama serta adik-adik Undergrad telah hadir memeriahkan majlis. 

Majlis dimulakan pada jam 2 petang dengan sesi pertama bacaan Al-Quran. Peserta mengundi nombor juz masing-masing dan perlu meneyelesaikannya sepanjang program.   Kemudian diikuti dengan solat asar secara berjemaah bersama MWHS pada jam 2.50 petang. Program diteruskan dengan tazkirah yang bertajuk ’Cara Berinteraksi dengan Al-Quran’. Perkongsian ini adalah untuk mengajak hadirin bersama-sama menyelami rahsia untuk memahami isi Al-Quran yang dipetik dari ‘Muqaddimah: Fi Zilal Quran’ tulisan Syed Qutub. Sesi bacaan kedua disambung semula kira-kira pada jam 3.45 petang. Sesudah selesai kesemua hadirin menyudahkan bacaan masing-masing, doa khatam Quran telah dibacakan oleh Puan Salmah Hj Mansor. Anak-anak juga turut disediakan aktivit-aktiviti menarik seperti mewarna, membuat origami dan bermacam lagi di kelas Tunas Taqwa yang telah dipantau beberapa orang pelajar Undergrad. Majlis disudahi dengan jamuan ringan. Hadirin dijamu dengan ‘roti canai Sheffield’ dan pelbagai juadah pot luck yang dibawa oleh para peserta.
 


Disediakan oleh,
Nurul Huda Ahmad Nawawi
Biro Kerohanian dan Agama HELWA,
PMPMS 2011/2012.
 

Monday, 6 February 2012

Jaulah Brothers ke Newcastle

Salam,

Alhamdulillah, pada 4 - 5 Feb lepas, pihak IKRAM Sheffield telah mengadakan jaulah brothers ke Newcastle. Seramai 8 orang telah turut serta dalam jaulah kali ini. 

Kami bertolak daripada Sheffield kira-kira jam 2 pm. Pada ketika itu, snow mula turun perlahan. Dalam perjalanan, snow mula turun dengan lebatnya. Perjalanan amat mencabar dengan snow lebat, visibility yang hanya beberapa meter serta jalan yang licin. Sepanjang perjalanan, kami juga menyaksikan beberapa kereta berpusing tergelincir dan kemalangan disebabkan jalan licin. 

Kami tiba di newcastle kira2 jam 7 pm. Malam itu, kami menziarahi Pak cik Zuraidi dan keluarga. Kami bertaaruf dan berborak panjang mengenai pelbagai isu. Kami kemudiannya bermalam di rumah akh fadhil dan rakan2nya. Rumah beliau amat besar dan selesa. Terima kasih kami ucapkan atas layanan mesra yang diberikan

Keesokan paginya, kami keluar rumah pada jam 9 pagi dan melawat ke stadium Newcastle United iaitu St. James Park. Kami juga sempat membeli belah barangan Newcastle United di Megastore stadium. Kemudian, kami bergerak menuju ke pesisiran pantai. Suasana agak dingin dan salji mula mencair. Kemudian, kami berhenti di St. Mary's Light House.

Perjalanan diteruskan ke Tynemouth. Pemandangan di sana amat cantik dengan laut dan cliff yang tinggi. Kami lunch di Colman's fish and chips, yang merupakan restoran fish and chips tertua di UK, iaitu sejak 1926. Restoran ini juga amat terkenal di seluruh UK.

Kami bertolak balik ke Sheffield dan tiba kira2 jam 8 pm. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan kembali. Semoga ukhuwwah yang terbina sepanjang jaulah ini akan kekal berpanjangan. Insha Allah.

 Menziarahi pak cik zuraidi 

 Kami di Stadium St. James Park atau nama terbarunya, Sports Direct@St. James Park =)

 
St. Mary's light house. Pemandangan semasa air surut. 

 Kami di Tynemouth

Lunch di Colman's fish and chips. Portion fish yang sangat banyak sehinggakan masing2 kekenyangan

Saturday, 29 October 2011

Tetamu, PSU Agung IKRAM Malaysia ke Sheffield


28/10/2011, Jumaat - Alhamdulillah warga IKRAM Sheffield menerima tetamu Tn. Hj. Mohamad Yaakub Idris, Pen. S/U Agung IKRAM Malaysia.

Semoga tautan ukhuwwah mengukuhkan lagi Dakwah dan Tarbiyah dibumi ini.

Ukhuwwah teras kegemilangan,
IKRAM Sheffield

Wednesday, 12 October 2011

Trip to Doncaster and Factory Outlet


Pada 9/10, seramai 48 orang termasuk 43 pelajar baru telah menyertai 'Trip to Doncaster and Factory Outlet'. Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam. Antara motif utama jaulah tersebut diadakan ialah:

1) Untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar baru lantas merapatkan ukhuwah
2) Menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi UK
3) Membeli-belah untuk keperluan dan persiapan musim sejuk

Pihak Ikram juga berterima kasih dengan semua peserta dan juga kepada pihak bas yang memberikan mutu perkhidmatan yang baik.

Sekian

Dilaporkan oleh:
Ahmed Zolkepli

Friday, 19 August 2011

Majlis perpisahan Sdr. Mohd Najib Yassin


Hadiah IKRAM Sheffield kepada akh najib semasa supper perpisahan (back for good) beliau di restoran Manu Salwa pada 18/8/2011 Khamis.

IKRAM Sheffield mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan akh najib dalam menggerakkan dakwah dan tarbiyah di Sheffield dan UK.

Semoga kita bertemu lagi di masa hadapan

Friday, 20 May 2011

Rehlah dan Riadah Keluarga, IKRAM Sheffield

14/5/2011, Sabtu - Alhamdulillah , dipanjatkan kesyukuran kepada Allah swt , dengan rahmat dan izin NYA, rehlah dan riadah keluarga IKRAM Sheffield telah berlangsung pada hari sabtu (14/5-2011), 10.00am di Clumber Park, Worksop dengan jayanya walaupun cuaca pada awal paginya hujan gerimis tetapi berakhir dgn cuaca yg agak baik disebelah petang.








Rehlah ini bermula dari jam 10 pagi dan berakhir lewat 5.30 petang.


Rehlah ini bertujuan merapatkan ukhwah antara ahli keluarga ikram Sheffield dan rakan-rakan postgrad di Sheffield. Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah berbasikal dan BBQ...





InsyaAllah dengan adanya program-program seperti ini semoga ukhwah antara ahli ikram Sheffield dan rakan-rakan postgrad di Sheffield dapat dieratkan.

Wassalam dari...
Pengarah Program
Mohd Najib Yasin

Monday, 2 May 2011

Malam bina Iman dan Taqwa(Mabit) dan Iftar, sister Sheffield


Assalamualaikum wbt.
28/4/2011, Khamis: Alhamdulillah pada 28 dan 29 April yg lalu, sisters Sheffield telah mengadakan Malam bina Iman dan Taqwa(Mabit) dan Iftar yg bertempat di Muslim Welfare House of Sheffield(MWHS).

Jumlah sisters yang menghadiri program ini adalah seramai 25 orang. Tujuan program Mabit dan Iftar ini diadakan adalah untuk membina muwassofat sahihul Ibadah dalam diri dan melahirkan jiwa-jiwa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah.

Objektif qiam itu sendiri adalah untuk mengukuhkan hubungan dengan Allah dan mencintai Rasulullah saw, samada ruhi,fikri dan amali serta mengeratkan ukhuwah Islamiyah antara satu sama lain.

28 April 2011, Khamis: Kami berkumpul di MWHS pada pukul 8.30pm dan bersedia utk berbuka puasa. Sejurus selepas azan maghrib, kami berjemaah bersama dan seterusnya menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh setiap kumpulan usrah.

Pada pukul 9.45pm, telah diadakan sesi tazkirah yang disampaikan oleh tetamu istimewa kami dari Birmingham, Dr Ilfita. Tazkirah tersebut berkisar tentang inner worship and outer worship yang sangat berkait rapat dengan proses pembersihan hati. Alhamdulillah, semua sisters memberi respon yang sangat bagus.

Seterusnya, pada pukul 10.45 pm, kami bersiap sedia utk solat isyak berjemaah. Qiam diadakan sejurus selepas solat isyak.

Semua bersiap untuk tidur tepat jam 12 malam.

29 April 2011, Jumaat: Kami solat subuh secara berjemaah pada pukul 4.45am. Setelah itu, kami membaca Al-mathurat beramai-ramai. Untuk mengelakkan semua orang mengantuk, satu movie pendek (Fatenah) telah disediakan . Movie ini berkisar tentang seorang muslimah yang tinggal di Al-Shate’ refugee camp di Gaza. Walaupun ada sedikit masalah dengan teknikal, movie ini berjaya ditayangkan.

Setelah 45 minit, kami berkongsi input yang kami dapat pelajari daripada movie tersebut dan Alhamdulillah, masing-masing memberi input yang sangat bagus dan memberi kesedaran kepada semua tentang isu palestin yang perlu kita ambil perhatian setiap masa.

Seterusnya, kami bersiap-siap utk beriadah di Weston park. Beberapa aktiviti telah diadakan dan masing-masing sangat bersemangat walaupun cuaca pagi yang sangat sejuk. Aktiviti-aktiviti yang diadakan merapatkan lagi ukuhuwah antara kami. Setelah penat bermain, kami disajikan dengan sarapan pagi yang sangat best, nasi lemak dah sedikit kuih-muih.

Lebih kurang jam 8.30 am, semua bersiap untuk pulang. Alhamdulillah, program Mabit dan Iftar ini memberi semangat untuk kami terus beramal dan memberi kesedaran tentang manisnya berukhuwah kerana Allah. Jutaan terima kasih juga ditujukan untuk semua yang menjayakan program ini.

Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan insyaAllah.

Wassalam.
Nor Amirah Ngah,Sheffield.