Salam,
Alhamdulillah, pada 4 - 5 Feb lepas, pihak IKRAM Sheffield telah mengadakan jaulah brothers ke Newcastle. Seramai 8 orang telah turut serta dalam jaulah kali ini.
Kami bertolak daripada Sheffield kira-kira jam 2 pm. Pada ketika itu, snow mula turun perlahan. Dalam perjalanan, snow mula turun dengan lebatnya. Perjalanan amat mencabar dengan snow lebat, visibility yang hanya beberapa meter serta jalan yang licin. Sepanjang perjalanan, kami juga menyaksikan beberapa kereta berpusing tergelincir dan kemalangan disebabkan jalan licin.
Kami tiba di newcastle kira2 jam 7 pm. Malam itu, kami menziarahi Pak cik Zuraidi dan keluarga. Kami bertaaruf dan berborak panjang mengenai pelbagai isu. Kami kemudiannya bermalam di rumah akh fadhil dan rakan2nya. Rumah beliau amat besar dan selesa. Terima kasih kami ucapkan atas layanan mesra yang diberikan
Keesokan paginya, kami keluar rumah pada jam 9 pagi dan melawat ke stadium Newcastle United iaitu St. James Park. Kami juga sempat membeli belah barangan Newcastle United di Megastore stadium. Kemudian, kami bergerak menuju ke pesisiran pantai. Suasana agak dingin dan salji mula mencair. Kemudian, kami berhenti di St. Mary's Light House.
Perjalanan diteruskan ke Tynemouth. Pemandangan di sana amat cantik dengan laut dan cliff yang tinggi. Kami lunch di Colman's fish and chips, yang merupakan restoran fish and chips tertua di UK, iaitu sejak 1926. Restoran ini juga amat terkenal di seluruh UK.
Kami bertolak balik ke Sheffield dan tiba kira2 jam 8 pm. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan kembali. Semoga ukhuwwah yang terbina sepanjang jaulah ini akan kekal berpanjangan. Insha Allah.
Menziarahi pak cik zuraidi
Kami di Stadium St. James Park atau nama terbarunya, Sports Direct@St. James Park =)
St. Mary's light house. Pemandangan semasa air surut.
Kami di Tynemouth
Lunch di Colman's fish and chips. Portion fish yang sangat banyak sehinggakan masing2 kekenyangan
No comments:
Post a Comment