Thursday, 10 March 2011

Palestine talk in Sheffield - "The victim potrayed as the villian"

Wednesday, March 9, 2011
Palestine week - Sheffied (last leg of the Palestine Tour UK Eire)
Sila lawati Misi Kasih Palestin Blog - http://mkpalestin.blogspot.com/

Bersama akh Azam (mas'ul IKRAM Manchester) dan akh Rashdan (jzkk kerana tumpang bilik beliau 2 malam semasa di manchester. Keduanya adalah pelajar PhD dalam bidang Aerospace engineering (asset penting negara dan umat Islam) ketika menghantar saya di Piccadily station, Manchester menuju Sheffield

Sesi perkongsian dgn penggerak IKRAM Sheffiled di Sheffield islamic Centre



Cenderahati untuk kak Zu (zaujah) dari akhawat IKRAM UK Eire

Akh Yusuf menyampaikan talk tentang MKP (Misi Kasih Palestin) dan projek bantuan di khemah pelarian Lebanon

talk on Palestine - The victim potrayed as the villian'


Suasana dalam dewan Student centre, Univ of Sheffield

Cenderahati dari MKP

Bergambar ramai bersama warga pelajar Malaysia di sheffield selepas Palestine talk "The victim potrayed as the villian"


Bergambar kenangan bersama akh Yusuf (MKP Sheffield) di samping East Midland train
yang akan dinaiki menuju kota London

Di temani akh Yusuf dan akh Lukman di train station sheffield menuju London

Bersama Presiden Pertubuhan IKRAM UK Eire di Airport Heathrow, London JZKK pada akh Azim yang hadiahkan beg beliau utk isi coklat yang beratnya 7.5 kg! lalu beliau pun pulang ke london dan Cardiff dgn beg plastic aje...

Selamat tinggal bumi Inggeris buat masa ini.
kalau ada 'sumur di ladang bolih daku menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang bolih kita bertemu lagi
mengecap kemanisan ukhuwah dalam iman dan amal"

Dari bumi Inggeris, perjanjian Balfour di tanda tangani pada tahun 1917 setelah tewasnya khilafah uthmaniyah di Beersheba (palestin) dan Damsyik (Syria). Bibit penaklukan dan penjarahan ke atas bumi Palestin oleh zionis Israel dilancarkan dari House of Commons, London. dari sini juga perjuangan untuk membebaskan bumi palestin terus disemarakkan oleh pencinta al-Aqsa.

Assalamualaikum,

Tepat jam 2 ptg waktu Malaysia, pesawat Etihad mendarat di lapangan terbang KLIA. JZKK kepada semua ikhwah dan akhawat UK Eire yang telah menerima kedatangan saya dengan sambutan yang amat mengharukan. Jika adalah orang yang paling banyak belajar dari pengalaman sengkat ini. maka sayalah orangnya. Saya belajar tentang kecekalan, komitmen dan kesungguhan yang menakjubkan di kalangan ikhwah akhawat dan warga Malaysia yang gigih membela masjid al-Aqsa dan bumi Palestin yang terjajah. Semuga Allah merahmati kehidupan mereka dan kita semua di jalan juang yang masih panjang dan getir ini.

Semuga bertemu di lain pentas dan kesempatan, di manapun di bumi Allah ini. ameen ya Rabb

Akhukum fillah
Dr hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
Ali Lembagan pemegang Amanah Aqsa Syarif
Posted by Dr Hafidzi Mohd Noor at 7:11 PM

No comments:

Post a Comment