Monday, 1 August 2011

Perutusan Ramadhan 1432H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah,

Segala puji pujian bagi Allah yang telah memanjangkan usia kita dan memberikan peluang untuk menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan Al Mubarak buat tahun ini. Bergembiralah para mukmin yang senantiasa menitipkan doa mereka “Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadhan” yang bermaksud “Ya Allah berkatilah kami di bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.”

Sesungguhnya bulan ramadhan membawa sejuta rahmat bagi umat Islam. Didalamnya terdapat banyak keistimewaan dan kelebihan tidak terhitung banyaknya, Ia satu anugerahkan dari AlKhaliq kepada umat nabi Muhammad SAW. Dalam Bulan ini ditutup pintu pintu neraka, dibukakan pintu pintu syurga dan dibelenggu Iblis dan Syaitan yang sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada pencipta. Membaca Alquran didalam bulan ini diberikan ganjaran 10 pahala pada setiap hurufnya, setiap amalan sunat diberi pahala wajib manakala setiap amalan wajib di ganjari 70 kali ganda pahala.

Ibadah Puasa amat berbeza dan unik sekali berbanding dengan Ibadah rukun islam yang lain. Jika dalam Ibadah dan rukun Islam lain, umat islam dituntut melakukan sesuatu dari segi perbuatan dan tindakan, maka dengan ibadah puasa pula kita dituntut untuk tidak melakukan atau dalam erti kata lain menahan diri dari melakukan sesuatu yang membatalkan puasa, yakni Menahan dari makan dan minum serta menahan dari hawa nafsu dan pancaindera daripada melakukan kemaksiatan dan dosa. Semua ini dapat dilakukan tanpa perlu mengeluarkan tenaga dan wang ringgit berbanding ibadah seperti solat, zakat, haji dan lain2.

Ramadhan Bulan Al Quran

Didalam Bulan Ramadhan jugalah diturunkan Alquran yang merupakan Mukjizat bagi rasul dan juga sebagai bukti kepada kebenaran risalah yang disampaikan, Malangnya dewasa ini Alquran hanya dilagukan dan menjadi hiasan2 indah di gerobok2 serta dinding2 rumah sedangkan umat Islam terus hanyut tanpa tujuan dan pegangan walaupun ia terang2 sudah ditunjukkan didalam Alquran..

Bagi masyarakat pelajar dan ahli Ilmuan , seharusnya anda mengetahui antara faktor yang mencetuskan perkembangan Ilmu dan tamadun dalam islam adalah bermula dengan pengkajian Ilmu Alquran dan Hadith . Semuanya bermula dengan perkembangan dan perbincangan mengenai kalam kalam Allah yang akhirnya melahirkan cabang2 ilmu baru seperti usul fiqh , sains, mathematik, astronomi, falsafah, politik, muzik dan lain lain lagi. Sesungguhnya Ilmu2 ini dikembangkan oleh para ulama’ yang menguasai ilmu Alquran dan Alhadith sepertimana Ibnu Sina yang merupakan seorang hafiz sejak umur belasan tahun.

Semua ini adalah hasil daripada motivasi dari Alquran (Iqra’) yang akhirnya menyaksikan satu sumbangan yang besar kepada umat manusia terutamanya ketika zaman zaman kegelapan eropah yang pada ketikanya juga adalah zaman kegemilangan Ilmu yang dipelopori oleh orang2 islam. Ini sebenarnya hanyalah sebahagian daripada Mukjizat2 tersirat boleh kita dapat melalui Alquran.

Sesungguhnya khazanah dan kekayaan Alquran tidak pernah habis jika dikaji, sebaliknya semakin di kaji semakin terasa semakin kerdilnya kita sebagai manusia .Alquran tidak pernah menjemukan pengkajinya, baik bagi mereka yang mengkajinya dari sudut bahasanya, maksudnya, hukum hakam didalamnya, susun atur ayatnya, ritmanya semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran, baik secara tersurat dan tersirat.

Jesteru,saudara yang dirahmati Allah, marilah kita marilah kita sama2 berinteraksi dengan Alquran. Semuanya masih belum terlewat. Jadikanlah Ramadhan ini satu detik permulaan untuk kita menjadikan Alquran sebagai teman rapat kita dalam menjalani aktiviti seharian, baik ketika tidur dan jaga , ketika makan, ketika bermain , ketika belajar atau bekerja dan ketika lapang mahupun sibuk . Berazamlah untuk malazimi Alquran dan mengkhatamkannya sekurang2 nya sekali atau dua kali dalam bulan yang mulia ini, dan berazamlah untuk menguasai pembacaannya dengan baik serta, berazamlah untuk memahami isi kandungannya..

Sesungguhnya dustalah mereka yang mengatakan ‘kami beriman” sedangkan lidah mereka tidak pula basah dengan ayat2 Quran, telinga mereka kurang sekali mendengar alunan ayat ayat Alquran manakala jiwa2 tidak pernah ada kecintaan terhadap Alquran.

Ramadhan Bulan Doa

Kita juga sering mendengar bahawa antara doa yang paling mustajab adalah doa2 orang yang berpuasa terutama ketika berbuka dan ketika bersahur. Maka janganlah melepaskan peluang ini untuk sama sama memohon kepada Allah supaya memberikan kejayaan dan keselamatan untuk kita baik didunia dan akhirat. Doakan juga untuk kedua Ibu dan ayah kita, keluarga kita serta orang2 mukmin sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meniggalkan kita. Kirimkanlah doa untuk saudara2 kita yang sedang berjuang menegakkan agama Allah, dimana jua mereka berada, dan semoga Allah menetapkan iman dan perjuangan mereka dan memberikan kekuatan untuk mereka menghadapi musuh islam dan musuh-musuh kita.

Sesungguhnya doa adalah senjata Orang 2 mukmin, dan ia menjadi lambang pergantungan dan interaksi yang rapat seorang hamba dengan penciptanya. Berdoalah, dan berinteraksilah dengan Allah walaupun dalam sekecil kecil hal, walaupun kerana sekecil kecil musibah ,apatah lagi kerana nikmat yang kita terima.

Ramadhan Bulan Tarbiyah

Bulan Ramadhan juga terkenal sebagai bulan tarbiyah, ia ibarat madrasah yang bakal melatih para pelajarnya untuk bersedia menempuh sebelas bulan seterusnya yang sangat mencabar. Umat islam seoalah2 mendapat kekuatan baru dalam bulan ini. Kita akan melihat saf saf ketika solat subuh akan bertambah daripada kebiasaannya, masjid2 dimakmurkan dengan jumlahkehadiran yang ramai untuk solat Tarawikh dan program2 di TV dipenuhi dengaan acara acara ibadah seperti tadarrus, tazkirah dan sebagainya. Maka dalam mood yang sangat kondusif beserta dengan ganjaran dan tawaran yang dijanjikan oleh Allah ini sama samalah kita melatih diri kita untuk memperbaiki ibadah kita sebaik mungkin iaitu dengan memperbaiki solat kita, bacaan Quran kita, disiplin kita dalam ibadah, akhlak kita, semua ini saya kira secara lumrahnya akan lebih mudah kita lakukan pada bulan ini. Semoga ..semua amalan baik yang kita lakukan ini akan memberi impak yang berpanjangan dan semoga Allah memberikan kita istiqamah dalam amal kita selepas berlalunya bulan ini.

Bulan Sedeqah dan Kebajikan

Dalam keadaan kita berpuasa, kita dituntut untuk menyelami kesengsaraan saudara saudara kita yang sentiasa hidup dalam kesusahan, dalam kelaparan dan dalam kemiskinan. Ketika ini , ramai saudara saudara kita di Palestin contohnya, sedang mengalami kesusahan, hidup dalam pelarian, dinafikan hak untuk hidup dalam tanah air mereka,dan tidak kurang jumlahnya yang menjadi anak yatim serta janda . Sebagai pelarian,mereka tidak mendapat pekerjaan, tidak berpeluang memiliki tempat kediaman dan tidak pula mendapat hak kebajikan sepenuhnya daripada negara yang ditumpangi selain bergantung kepada bantuan dari orang ramai. Ini belum ditambah dengan derita akibat pencerobohan dan kekejaman yang dilakukan oleh pihak zionis dan sebagainya. Maka pada bulan ini kita dituntut untuk menghayati kesengsaraan mereka. Sebagai seorang muslim, seharusnya persaudaraan kita tidak mengenal batas geografi dan bangsa. Demikianlah satu contoh yang mungkin juga ada juga sebahagian daripada kita ada juga yang mengalamai nasib yang sama, yang sentiasa memerlukan bantuan daripada kita seperti anak2 yatim, orang2 miskin , muallaf dan sebagainya. Maka bagi mereka yang berkemampuan maka digalakkan bersedeqah mengikut kemampuan kerana pada bulan Ramadhan juga Rasulullah menjadi orang yang paling pemurah, baginda bersedeqah ibarat angin yang lalu. Walaubagaimanapun, apa yang penting adalah kekerapan kita melakukannya walaupun dengan jumlah yang sedikit. Insyaallah akan terbit rasa tanggungjawab dan melatih jiwa kita untuk berkorban dan memberi manfaat kepada orang lain.

Selain daripada itu kita juga digalakkan untuk menjamu orang2 yang berpuasa kerana disana terdapat ganjaran yang menyamai pahala puasa orang yang kita raikan itu

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga .” (HR. Tirmidzi, shahih)

Ramadhan melahirkan hamba dan insan yang berqualiti

Bulan Ramadhan juga juga dikenali sebagai bulan sabar dan bulan Taqwa. Firman Allah “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa.” [Al Baqarah :183].

Dalam hadis yang lain pula Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: bersabda Rasulullah s.a.w.: Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan; ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketiga2 kriteria iaitu Sabar, Taqwa dan nilaian pahala puasa disisi Allah ini jelas menunjukkan bahawa Puasa dinilai dari sudut Qualiti dan ianya tentutnya berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Secara tidak langsung ini mendorong kita untuk memastikan puasa kita sentiasa selamat daripada perkara2 yang mengurangkan pahala puasa disamping berusaha mempertingkatkan qualiti ibadah kita dengan panduan Ilmu dan iman.

“Barang sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penghisaban (keikhlasan), nescaya diampuni segala dosanya yang telah lalu” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Malam terbaik daripada seribu bulan

Demikian juga, Sesungguhnya Allah mengetahui umat nabi Muhammad tidak akan mampu menyamai kuantiti ibadah umat2 nabi yang terdahulu kerana usianya yang singkat Jesteru, dengan sifat pengasihnya , Allah memberikan tawaran untuk kita merebut malam al Qadar, satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sungguhpun kita sering diingatkan untuk merebutnya dalam antara 10 malam2 terakhir, sebenarnya anugerah ini tidak mungkin menemui mereka yang beribadah dengan sambil lewa. Sudah tentulah calon calon pilihan Allah adalah mereka yang berqualiti amalannya. Jesteru burulah Malam qadar ini daripada saat ini, panjatkanlah doa, pohonlah keampunan, semoga kita sama2 diberikan oleh Allah dengan anugerah yang tidak ternilai harganya ini. Seterusnya ..hidupkanlah malam2 dalam bulan Ramadhan dengan solat tarawikh , tadarus, dan hidupkanlah ia dengan Qiyamulail.

Ikhawni Fillah , Saudara2 ku yang dirahmati Allah sekalian,

Demikianlah sebahagian daripada kelebihan-kelebihan Ramadhan buat renungan kita bersama. Tidak tergambar betapa pemurah dan kasih nya Allah kepada hambanya, sekarang terpulanglah kepada kita untuk membalasnya.

Bagi pihak IKRAM UK & Eire kami mengucapkan selamat menjalani Ibadah puasa kepada seluruh umat Islam khasnya kepada masyarakat2 pelajar dan rakyat Malaysia di UK dan Eire.

Semoga kita dikurniakan peringkat puasa khususul khusus, yang puasanya sentiasa mengingati Allah dari segi zahir dan batinnya lalu beroleh ketaqwaan. Rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali ini. Anggaplah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir kita sebelum dipanggil menghadap Rabbul Jalil pada bila bila masa. Sesungguhnya Amat beruntunglah bagi mereka yang menggunakan peluang ini , sebaliknya amat rugilah bagi mereka yang mensia siakannya

Wallahualam

Azman Ali

Presiden IKRAM UK & EIRE sessi 2011/12

No comments:

Post a Comment