Tuesday, 5 April 2011

Majlis bacaan Yaasin, solat hajat beserta solat jenazah ghaib


24/3/2011, Khamis - Majlis bacaan Yassin, solat hajat dan solat Jenazah ghaib telah diadakan pada 24/3/2011 bermula pada pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Program ini telah diadakan di Muslim Welfare House of Sheffield, 10-12, Severn Road, Sheffield, S10 2SU, UK. Seramai 50 orang warga pelajar di Sheffield telah hadir.

Berikutan beberapa musibah dan ujian yang melanda ikhwah Sheffield, IKRAM Sheffield menjalankan majlis bacaan yaasin supaya diringankan ujian yang melanda.

Aizwan Aziz yang kini berada di tahun 3 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah disahkan menghidapi Erwing Sarcoma dan telah dijadualkan untuk menerima rawatan chemotherapy. Perkara ini adalah satu ujian dan boleh menggugat kosentrasi dan ketenangan hidup sebagai seorang pelajar.

Syafiq Zulkiflee yang mengabil kursus yang sama bersama Aizwan turut menerima ujian apabila urat kaki yang pernah putus dulu kini putus semula setelah dia tersepak wayar di rumahnya. Perkara ini membantutkan proses penyembuhan dan memerlukan dia menjalani pembedahan kedua yang dijadualkan pada April 2011.

Berikutan kematian beberapa orang seperti abang ipar pelajar Sheffield yang bekerja di London, datuk kepada sdri. Raudah pelajar PHD Sheffield dan ibu mertua Dr Al-Hady Leeds, solat jenazah ghaib yang diimami oleh akh Najib turut dijalankan. Semoga mereka dapat memasuki syurga.
Selepas habis ketiga-tiga acara, akh Roesli Hassan memberi tazkirah selama 30 minit mengenai ujian dalam hidup dan kaitannya dengan keimanan manusia. 
Program diakhiri dengan jamuan ringan iaitu pizza dan air teh. Semoga program ini dapat meningkatkan iman kita dan orang yang hadir.

Sekian,

Pengarah Program, Sdr. Ahmad Fikri Baharan

No comments:

Post a Comment