Sunday, 3 April 2011
Misi Kasih Palestin Sheffield
7/3/2011, Isnin - Alhamdulillah program MKP telah berjaya dilaksanakan pada 7/3/2011 hari Isnin bertempat di Students Union Auditorium, The University of Sheffield dengan kehadiran para peserta seramai 94 orang.
Program dimulakan dengan bacaan al-quran dan doa. Selepas itu akhi Yusuf Johari memberikan perkongsian tentang projek Misi Kasih Palestin kepada hadirin. Memandangkan ada pelajar yang baru datang ke UK dan mungkin tidak tahu langsung tentang fungsi MKP ini, Yusuf Johari menerangkan tentang apa yang telah dicapai iaitu kutipan sebanyak £16 000 dan memberikan sasaran baru MKP bagi sesi ini, £20 000. Beliau juga berkongsi pengalaman pasukan MKP selama 5 hari di Beirut. Bermula dari Lapangan terbang Manchester, kem pelarian Palestin hingga ke kursus intensif Palestin bersama Az-Zaytouna Consultation and Studies.
Selepas itu, acara kemuncak yang dinantikan oleh semua yang hadir, ceramah dari Dr Hafidzi tentang isu Palestin. Beliau menceritakan tentang sejarah sebenar kewujudan Negara haram Israel dan kesan penubuhan negara haram itu kepada penduduk asal Palestin. Tidakl dilupakan, beliau juga memberi harapan yang Palestin ini akan mampu dibuka semula dan apa yang patut dilakukan oleh rakyat Malaysia, hadirin khususnya. Ternyata ceramah dari orang yang ahli memang mampu untuk memberi kesedaran terhadap yang hadir dan memberi gambaran sebenar tentang isu Palestin ini.
Di sini disertakan tentatif program;
07.30 pm Hadirin mengambil tempat
07.45 pm Bacaan Quran dan Doa
07.50 pm Ucapan Pengarah program
08.00 pm Perkongsian bersama wakil MKP (Yusuf Johari)
08.40 pm Tayangan video
09.00 pm Perkongsian bersama Dr Hafidzi
10.15 pm Penyampaian cederahati
10.30 pm Bersurai
Semoga usaha kecil ini mampu menyumbang dalam pembebasan Palestin.
Sekian,
Pengarah program, Sdr. Ahmad Fikri Baharan
Labels:
Aktiviti IKRAM Sheffield 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment