Thursday, 12 May 2011
Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian...
"Self-Motivation in Islamic Ways" dan Solat Hajat anjuran KUSheff
3 weeks till final exam? belum start study lagi.? masih mencari momentum untuk study.? jom kita sediakan mental dan spiritual dalam usaha menghadapi exam akan datang dengan menghadiri sebuah program anjuran Kelab UMNO Sheffield (KUSheff).
Ayuh kita persiapkan mental dengan mendengar ceramah "Self-Motivation in Islamic Ways" dan persiapkan spiritual dengan solat hajat. Di samping itu, kita akan adakan juga solat hajat untuk kesihatan saudara Aizwan.
Juga tidak ketinggalan untuk pelajar-pelajar postgrad yang sedang sibuk menyiapkan kajian penyelidikan, anda juga tidak lari dari tekanan. Jadi, ayuh bebaskan seketika tekanan anda itu dengan sedikit pengisian rohani yang akan dikongsi pada hari tersebut, insyaAllah.
Tarikh: 7 May 2011 (Sabtu)
Tajuk ceramah: "Motivation in Islamic Ways"
Penceramah: Ir. Roesli
Tempat: Muslim Welfare House of Sheffield
Masa: 11.00am - 2.00pm
*lunch will be provided
ATURCARA MAJLIS
1100 - 1300 : ceramah "Self-Motivation in Islamic Ways"
1315 - 1400 : solat zohor + solat hajat
1400 : makan tengahari dan bersurai
Ayuh kita persiapkan mental dengan mendengar ceramah "Self-Motivation in Islamic Ways" dan persiapkan spiritual dengan solat hajat. Di samping itu, kita akan adakan juga solat hajat untuk kesihatan saudara Aizwan.
Juga tidak ketinggalan untuk pelajar-pelajar postgrad yang sedang sibuk menyiapkan kajian penyelidikan, anda juga tidak lari dari tekanan. Jadi, ayuh bebaskan seketika tekanan anda itu dengan sedikit pengisian rohani yang akan dikongsi pada hari tersebut, insyaAllah.
Tarikh: 7 May 2011 (Sabtu)
Tajuk ceramah: "Motivation in Islamic Ways"
Penceramah: Ir. Roesli
Tempat: Muslim Welfare House of Sheffield
Masa: 11.00am - 2.00pm
*lunch will be provided
ATURCARA MAJLIS
1100 - 1300 : ceramah "Self-Motivation in Islamic Ways"
1315 - 1400 : solat zohor + solat hajat
1400 : makan tengahari dan bersurai
Monday, 2 May 2011
Malam bina Iman dan Taqwa(Mabit) dan Iftar, sister Sheffield
Assalamualaikum wbt.
28/4/2011, Khamis: Alhamdulillah pada 28 dan 29 April yg lalu, sisters Sheffield telah mengadakan Malam bina Iman dan Taqwa(Mabit) dan Iftar yg bertempat di Muslim Welfare House of Sheffield(MWHS).
Jumlah sisters yang menghadiri program ini adalah seramai 25 orang. Tujuan program Mabit dan Iftar ini diadakan adalah untuk membina muwassofat sahihul Ibadah dalam diri dan melahirkan jiwa-jiwa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah.
Objektif qiam itu sendiri adalah untuk mengukuhkan hubungan dengan Allah dan mencintai Rasulullah saw, samada ruhi,fikri dan amali serta mengeratkan ukhuwah Islamiyah antara satu sama lain.
28 April 2011, Khamis: Kami berkumpul di MWHS pada pukul 8.30pm dan bersedia utk berbuka puasa. Sejurus selepas azan maghrib, kami berjemaah bersama dan seterusnya menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh setiap kumpulan usrah.
Pada pukul 9.45pm, telah diadakan sesi tazkirah yang disampaikan oleh tetamu istimewa kami dari Birmingham, Dr Ilfita. Tazkirah tersebut berkisar tentang inner worship and outer worship yang sangat berkait rapat dengan proses pembersihan hati. Alhamdulillah, semua sisters memberi respon yang sangat bagus.
Seterusnya, pada pukul 10.45 pm, kami bersiap sedia utk solat isyak berjemaah. Qiam diadakan sejurus selepas solat isyak.
Semua bersiap untuk tidur tepat jam 12 malam.
29 April 2011, Jumaat: Kami solat subuh secara berjemaah pada pukul 4.45am. Setelah itu, kami membaca Al-mathurat beramai-ramai. Untuk mengelakkan semua orang mengantuk, satu movie pendek (Fatenah) telah disediakan . Movie ini berkisar tentang seorang muslimah yang tinggal di Al-Shate’ refugee camp di Gaza. Walaupun ada sedikit masalah dengan teknikal, movie ini berjaya ditayangkan.
Setelah 45 minit, kami berkongsi input yang kami dapat pelajari daripada movie tersebut dan Alhamdulillah, masing-masing memberi input yang sangat bagus dan memberi kesedaran kepada semua tentang isu palestin yang perlu kita ambil perhatian setiap masa.
Seterusnya, kami bersiap-siap utk beriadah di Weston park. Beberapa aktiviti telah diadakan dan masing-masing sangat bersemangat walaupun cuaca pagi yang sangat sejuk. Aktiviti-aktiviti yang diadakan merapatkan lagi ukuhuwah antara kami. Setelah penat bermain, kami disajikan dengan sarapan pagi yang sangat best, nasi lemak dah sedikit kuih-muih.
Lebih kurang jam 8.30 am, semua bersiap untuk pulang. Alhamdulillah, program Mabit dan Iftar ini memberi semangat untuk kami terus beramal dan memberi kesedaran tentang manisnya berukhuwah kerana Allah. Jutaan terima kasih juga ditujukan untuk semua yang menjayakan program ini.
Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan insyaAllah.
Wassalam.
Nor Amirah Ngah,Sheffield.
Tuesday, 5 April 2011
Aktiviti barbeque usrah gabungan brothers
27/3/2011, Ahad - Alhamdulillah pihak brothers telah mengadakan program BBQ pada 27/3/2011 Ahad pada pukul 1.30pm sehingga 5.30pm bertempat di Pendarosa Park, Sheffield. Program ini telah dihadiri seramai 15 orang.
Memandangkan musim sejuk sudah berlalu dan musim luruh sudah menjelang, IKRAM Sheffield mengambil inisiatif untuk membuat barbeque. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara ikhwah di Sheffield yang sebelum ini sangat jarang melakukan aktiviti selain pengisian.
Berbekalkan kambing seberat 8kg dan 10 peha ayam, sesi membakar dimulakan dengan bantuan pakar, akhi Luqman. Walaupun cuaca agak sejuk tapi masing-masing masih tegar menanti makanan, mungkin masing-masing terasa kehangatan ukhuwah antara ikhwah.
Sementara menunggu kambing siap dibakar, akhi Luqman sempat memberi tazkirah mengenai ujian yang Allah berikan dalam bentuk kemewahan yang mungkin akan membuat kita lupa dengan tujuan hidup di dunia. Contoh yang diberikan ialah sahabat nabi sendiri iaitu Kaab bin Malik. Beliau juga sempat unutk memberikan perbandingan bagaimana orang kafir sendiri kadang kala lebih dekat dengan tuhan berbanding umat Islam sendiri.
Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara ikhwah dan mendorong kami untuk terus tsabat dalam jalan dakwah.
Sekian,
Pengarah program, Sdr. Ahmad Fikri Baharan
Majlis bacaan Yaasin, solat hajat beserta solat jenazah ghaib
24/3/2011, Khamis - Majlis bacaan Yassin, solat hajat dan solat Jenazah ghaib telah diadakan pada 24/3/2011 bermula pada pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Program ini telah diadakan di Muslim Welfare House of Sheffield, 10-12, Severn Road, Sheffield, S10 2SU, UK. Seramai 50 orang warga pelajar di Sheffield telah hadir.
Berikutan beberapa musibah dan ujian yang melanda ikhwah Sheffield, IKRAM Sheffield menjalankan majlis bacaan yaasin supaya diringankan ujian yang melanda.
Aizwan Aziz yang kini berada di tahun 3 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah disahkan menghidapi Erwing Sarcoma dan telah dijadualkan untuk menerima rawatan chemotherapy. Perkara ini adalah satu ujian dan boleh menggugat kosentrasi dan ketenangan hidup sebagai seorang pelajar.
Syafiq Zulkiflee yang mengabil kursus yang sama bersama Aizwan turut menerima ujian apabila urat kaki yang pernah putus dulu kini putus semula setelah dia tersepak wayar di rumahnya. Perkara ini membantutkan proses penyembuhan dan memerlukan dia menjalani pembedahan kedua yang dijadualkan pada April 2011.
Berikutan kematian beberapa orang seperti abang ipar pelajar Sheffield yang bekerja di London, datuk kepada sdri. Raudah pelajar PHD Sheffield dan ibu mertua Dr Al-Hady Leeds, solat jenazah ghaib yang diimami oleh akh Najib turut dijalankan. Semoga mereka dapat memasuki syurga.
Selepas habis ketiga-tiga acara, akh Roesli Hassan memberi tazkirah selama 30 minit mengenai ujian dalam hidup dan kaitannya dengan keimanan manusia.
Program diakhiri dengan jamuan ringan iaitu pizza dan air teh. Semoga program ini dapat meningkatkan iman kita dan orang yang hadir.
Sekian,
Pengarah Program, Sdr. Ahmad Fikri Baharan
Sunday, 3 April 2011
Misi Kasih Palestin Sheffield
7/3/2011, Isnin - Alhamdulillah program MKP telah berjaya dilaksanakan pada 7/3/2011 hari Isnin bertempat di Students Union Auditorium, The University of Sheffield dengan kehadiran para peserta seramai 94 orang.
Program dimulakan dengan bacaan al-quran dan doa. Selepas itu akhi Yusuf Johari memberikan perkongsian tentang projek Misi Kasih Palestin kepada hadirin. Memandangkan ada pelajar yang baru datang ke UK dan mungkin tidak tahu langsung tentang fungsi MKP ini, Yusuf Johari menerangkan tentang apa yang telah dicapai iaitu kutipan sebanyak £16 000 dan memberikan sasaran baru MKP bagi sesi ini, £20 000. Beliau juga berkongsi pengalaman pasukan MKP selama 5 hari di Beirut. Bermula dari Lapangan terbang Manchester, kem pelarian Palestin hingga ke kursus intensif Palestin bersama Az-Zaytouna Consultation and Studies.
Selepas itu, acara kemuncak yang dinantikan oleh semua yang hadir, ceramah dari Dr Hafidzi tentang isu Palestin. Beliau menceritakan tentang sejarah sebenar kewujudan Negara haram Israel dan kesan penubuhan negara haram itu kepada penduduk asal Palestin. Tidakl dilupakan, beliau juga memberi harapan yang Palestin ini akan mampu dibuka semula dan apa yang patut dilakukan oleh rakyat Malaysia, hadirin khususnya. Ternyata ceramah dari orang yang ahli memang mampu untuk memberi kesedaran terhadap yang hadir dan memberi gambaran sebenar tentang isu Palestin ini.
Di sini disertakan tentatif program;
07.30 pm Hadirin mengambil tempat
07.45 pm Bacaan Quran dan Doa
07.50 pm Ucapan Pengarah program
08.00 pm Perkongsian bersama wakil MKP (Yusuf Johari)
08.40 pm Tayangan video
09.00 pm Perkongsian bersama Dr Hafidzi
10.15 pm Penyampaian cederahati
10.30 pm Bersurai
Semoga usaha kecil ini mampu menyumbang dalam pembebasan Palestin.
Sekian,
Pengarah program, Sdr. Ahmad Fikri Baharan
Subscribe to:
Posts (Atom)






