Tarbiyyah dan Dakwah

HALAQAH (QURANIC CIRCLE)

Photo0001

Halaqah adalah medan utama Tarbiyah Imaniyah dan Thaqafiyah, dan merupakan asas utama pembinaan peribadi seseorang muslim yang akan mewarnai seluruh urusan hidupnya bertepatan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.

1. Bilangan anggota dan kekerapan
  • Keahlian antara 5 hingga 10 orang
  • Seminggu sekali (setiap pertemuan antara 2 – 4 jam).
  • Halaqah wanita, sebaik-baik di waktu siang.
2. Panduan Perlaksanaan Halaqah
  • Memastikan peserta mempunyai bahan perbincangan.
  • Melakukan penyampaikan bahan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Memastikan peserta bersedia dengan membaca bahan perbincangan sebelum pertemuan dan menghafaz dalil-dalil.
  • Menyediakan soalan-soalan untuk peserta.
  • Menentukan tugasan kepada peserta untuk pertemuan akan datang.
  • Memantau perkembangan hafazan peserta.
3. Adab Halaqah
  • Bersedia di segi ruhi, aqli dan jasadi.
  • Serius dalam semua urusan dengan tidak mengabaikan kehangatan ukhuwah.
  • Bertanggungjawab menjaga keceriaan halaqah.
  • Bersedia dengan bahan-bahan yang akan dibincangkan dalam halaqah.
  • Memberi perhatian dalaam semua agenda halaqah.
  • Berfikiran terbuka dan bertukar pendapat.
  • Berdisplin dalam semua agenda halaqah.
  • Menghidupkan suasana halaqah dengan perbincangan bahan.
  • Menjauhi diri dari bersikap taasub.
  • Memberi teguran dengan hikmah.
  • Tidak mensia-siakan waktu pada perkara yang tidak bermanfaat.
  • Bersopan santun, memberi salam dan meminta izin ketika bercakap.
KATIBAH

taubat

1. Pengenalan

Qiam adalah medan tarbiyah ruhiyah, mabit bersama dan menghidupkan malam dengan beribadah.

2. Objektif Qiam
  1. Mengukuhkan hubungan dengan Allah dan mencintai Rasulullah saw, samada ruhi, fikri dan amali.
  2. Mencontohi kehidupan Rasulullah saw dan Salafus solih.
  3. Mengeratkan ukhuwah Islamiyah.
3. Adab-adab Qiam
  1. Tidak makan semasa tazkirah.
  2. Merasai Allah sentiasa memerhati.
  3. Tidak banyak ketawa dan bergurau.
  4. Segera berwudhuk sekiranya rasa mengantuk ketika mendengar tazkirah dan berzikir.
  5. Berwudhuk sebelum tidur dan memelihara adab tidur.
DAURAH

Photo0160

1. Pengenalan

Daurah adalah aktiviti dalaman (Indoor) dan menjadi medan intensif untuk peserta melalui pengisian bahan thaqafah dan pengalaman penting untuk menambah pengetahuan yang tidak dapat dilaksanakan di dalam Halaqah

2. Objektif
  1. Meningkatkan pengetahuan peserta.
  2. Meningkatkan produktiviti peserta dalam organisasi.
  3. Meningkatkan efektif dan kecemerlangan peserta
3. Adab Daurah
  • Bersedia di segi ruhi, aqli dan jasadi.
  • Serius dalam semua urusan dengan tidak mengabaikan kehangatan ukhuwah.
  • Bertanggungjawab menjaga keceriaan Daurah.
  • Bersedia dengan bahan-bahan yang akan dibincangkan dalam Daurah.
  • Memberi perhatian dalaam semua agenda Daurah.
  • Berfikiran terbuka dan bertukar pendapat.
  • Berdisplin dalam semua agenda Daurah.
  • Menghidupkan suasana Daurah dengan perbincangan bahan.
  • Tidak mensia-siakan waktu pada perkara yang tidak bermanfaat.
PERKHEMAHAN
khemah

1. Pengenalan

Perkhemahan adalah aktiviti luaran (outdoor) dengan bermalam dimana programnya disusun melalui latihan fizikal dan simulasi disiplin peserta dan bersedia menjadi pemimpin dalam masyarakat.

2. Objektif
  1. mengukuh ikatan persaudaraan Islam.
  2. melatih supaya bersabar dan berdisplin.
  3. mengukuhkan rasa thiqah sesama peserta.
  4. menghidupkan kehidupan Islami sepanjang program ini.
  5. menanamkan aspek persediaan jasmani, jiwa, akal dan agama.
  6. memperlihatkan contoh perlaksanaan secara praktikal di dalam aspek organisasi.
  7. tolong menolong di dalam semua aktiviti.
3. Adab Perkhemahan
  1. Sentiasa menghadir niat di jalan Allah.
  2. Taat dan thiqah kepada Pengarah dan AJK.
  3. Ta’athuf (saling bersimpati) tawadud(saling mencintai) tarahum(saling menyayangi) ta’aruf(saling berkenalan) tafahum(saling memahami) takaful (saling memikul beban) dan ta’awun(saling tolong menolong) sesama peserta.
  4. Berdisplin dan berakhlak Islami dalam semua hal.
  5. Memelihara adab safar.

REHLAH

DSC06515

1. Pengenalan

Rehlah adalah aktiviti yang diadakan diluar (outdoor) secara berkeluarga atau kolektif dengan penuh mahabbah dan kasih sayang.

2. Objektif Rehlah
  1. Mempraktik nilai-nilai Islam.
  2. Mengukuhkan taaruf dan ukhuwah antara peserta atau keluarga.
  3. Melatih untuk bekerjasama dan kesediaan untuk menanggung beban.
  4. Menanam nilai-nilai amal jamaie seperti disiplin, bersungguh-sungguh dan kasih sayang.
3. Adab Rehlah
  1. Niat ibadah kepada Allah.
  2. Sentiasa rasa di perhatikan oleh Allah.
  3. Terikat sepenuh dengan waktu dan tempat rehlah.
  4. Menjaga batasan-batasan syarak.
  5. Tidak bermewah-mewah.

RIADAH


IMG_1607

1. Pengenalan

Riadah adalah aktiviti kesihatan yang diadakan diluar (outdoor) secara berkeluarga atau kolektif dengan penuh mahabbah dan ukhuwwah.

2. Objektif Riadah
  1. Mempraktik nilai-nilai dan amalan kesihatan.
  2. Mengukuhkan taaruf dan ukhuwah antara peserta atau keluarga.
  3. Menanam nilai-nilai amal jamaie seperti disiplin, bersungguh-sungguh dan ukhuwwah.
3. Adab Riadah
  1. Niat ibadah kepada Allah.
  2. Sentiasa rasa diperhatikan oleh Allah.
  3. Terikat sepenuh dengan waktu dan tempat Riadah.
  4. Menjaga batasan-batasan syarak.
  5. Bersungguh-sungguh.