Pengenalan IKRAM UKE

Pertubuhan IKRAM United Kingdom & Eireland (IKRAMUKE) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.

MISI IKRAM

Beraspirasi untuk menjadi sebuah jamaah Islam yang mengarus perdanakan dakwah di UK & Eire,yang mendokong fikrah Islamiyyah sejagat melalui sistem tarbiyyah yang syumul, terancang dan berkesan, demi menghasilkan para du’at yang beriltizam dan berintizam, di mana sahaja mereka berada.

OBJEKTIF

Mendokong cita-cita dan aspirasi Islam.
Melaksanakan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat amnya dan pelajar-pelajar Malaysia khususnya.
Menggembeling tenaga pelajar-pelajar Malaysia dalam membentuk masyarakat pelajar yang cemerlang dan bertanggungjawab.
Mendokong konsep kesatuan berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
Memenuhi tuntutan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Logo IKRAM

Merangkumi dua bahagian: Sebuah huruf Arab atau Jawi iaitu “alif”; dan sebuah “glob” atau “dunia” di atas “alif”. Bila dicantumkan, kedua-dua bahagian ini boleh dilihat sebagai huruf Roman “i”. Maka kaedah seni yang digunakan menghasilkan pencantuman dan penindihan antara “alif” dengan “i”.

Lambang IKRAM ialah seperti berikut:

  • Huruf Arab “alif” dan huruf Roman “i” adalah permulaan bagi perkataan Ikram, Islam, Iman dan Ihsan serta juga beberapa perkataan yang membawa makna yang positif di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti Inovasi dan Integriti.
  • Dua warna yang digunakan ialah warna batu firus hijau kebiru-biruan atau torquoise (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua) bagi “alif” dan warna hijau bagi “glob”. Warna batu firus adalah warna segar kontemporari dan warna hijau adalah warna kesegaran sejagat.


LAGU IKRAM

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
Azam digenggam penuh tabah

Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan Syariah menjadi pegangan
Demi redha Allah Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne




ALLAH GHAYATUNA
Lagu oleh: Saff One

Dengan kalbu tenang
Kami mengorak langkah
Di Jalan Juang-Mu Allah
Demi Redha-Mu ya Allah
Dengan jiwa tabah
Mengharapkan barakah
Engkaulah puncak kasih
Yang kami dambakan
Lelah hilang Contoh dari Rasul-Mu
Kasihnya mengisi kalbu
Dalam perjalanan ini

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Bila panji Islam dijulang
Insan sejagat berlindung
Di bawah lembayung Arasy-Mu
Rahmah Yang Agung
Madah iman
Bergema seluruh alam
Mengubat rindu hamba-Nya
Pada Mu Yang Maha Esa

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allah Matlamat kami
Ar-Rasul contoh kami
Al-Quran panduan kami
Al-jihad jalan kami

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom, Arpah Abdul Wahab & SaffOne
Lagu oleh: SaffOne



PERLEMBAGAAN AHLI

Hak & Kewajipan Ahli

Ahli Biasa

  1. Ahli Biasa berhak mengambil bahagian dalam program dan kegiatan umum IKRAM.
  2. Ahli Biasa berhak menghadiri mesyuarat di peringkat Daerah.
  3. Ahli Biasa berhak untuk bersuara dan mengundi untuk semua pemilihan pada peringkat Daerah.

Ahli Aktif

Ahli Aktif mempunyai semua hak Ahli Biasa, dengan ditambah hak-hak berikut:
  1. Mengundi untuk semua pemilihan pada peringkat Negeri sebagaimana yang diperuntukkan;
  2. Dicalonkan dan dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa Daerah;
  3. Dicalonkan dan dipilih untuk mewakili Daerah ke Majlis Perwakilan Negeri.

Ahli Teras

Ahli Teras mempunyai semua hak Ahli Aktif, dengan ditambah hak-hak berikut:
  1. Mengundi untuk semua pemilihan pada peringkat Nasional sebagaimana yang diperuntukkan;
  2. Dicalonkan dan dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa Negeri, JawatanKuasa Pusat dan Dewan Perwakilan Nasional.
  3. Menghadiri dan bersuara dalam Perhimpunan Ahli Teras IKRAM.

Ahli Kehormat

  1. Tiap-tiap Ahli Kehormat berhak menghadiri Dewan Perwakilan Nasional dengan undangan Jawatankuasa Pusat dan bercakap dengan izin pengerusi tetapi tidak berhak mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam IKRAM.
KEWAJIPAN AHLI
  1. Setiap ahli bertanggungjawab memegang teguh kepada dasar dan aspirasi IKRAM, dan mematuhi perintah, peraturan dan disiplin IKRAM.
  2. Setiap ahli bertanggungjawab mengikuti program pembangunan ahli yang ditetapkan untuknya.
  3. Setiap ahli wajib membayar yuran keahlian IKRAM.