Sunday 17 July 2011

Penurunan wahyu... Kasar dan unfair..?


Suatu ketika bersama dgn U.Solehan beliau secara tiba-tiba mengungkapkan satu isu di mana kebanyakan kita hanya didedahkan dgn aspek kelembutan sikap nabi, kami sepakat mungkin ini hasil pengaruh sufi dalam pembawaan Islam di tanahair.

Ungkapan ini mengingatkan ana akan kata- kata sang murabbi di mana ketika beliau mengupas senario penurunan wahyu. Cuba kita bayangkan bagaimana Rasulullah yang innocent digertak, dipaksa, ditakutkan malah disuruh membaca sesuatu yang dia tak dpt baca( buta huruf dan tak diberi naskhah utk dibaca).

Hasilnya Rasulullah berlari keluar, di perjalanan muncul lagi Jibril dgn rupa bentuk asal menyebabkan Rasulullah sampai ke rumah dalam keadaan menggigil ketakutan minta diselimuti.

Dari senario ini dpt kita faham bahawa peristiwa besar penurunan wahyu dan perlantikan kerasulan bukan suatu majlis yang indah, gilang gemilang, sambutan dan puji-pujian tetapi seolah-olah Jibril diutuskan semata-mata utk membuli atau membantai Nabi. Kalau mengikut akal yang cetek tentu kita kata tindakan Allah ini kasar dan unfair...?

Tetapi itulah drama cinta kasih Allah terhadap habibnya, itulah tarbiyah fitriyah yang dilalui habibullah yang mengemban tugas berat yang akhirnya mendapat kurniaan yang mulia di sisi Allah( dibawa bertemunya).

Peristiwa ini menyaksikan juga bagaimana seorang semulia Khadijah memandang tindakan Allah ini dgn positif dgn memberi semangat dan mengatakan peristiwa ini adalah anugerah, bukan untuk mempersiakan Rasulullah.

Kalau dilihat secara bashirah peritiwa inilah yg membuatkan nabi sentiasa alert dan tak pernah lalai dari menunaikan amanah Allah dengan sepenuh pengorbanan, walhal boleh sahaja Allah utuskan Jibril dalam rupa yang cantik, lembut dan sopan (cth hadis 2 riwayat Omar).

Itulah perbezaan diantara sunnah arahan dan sunnah ta`alim atau perbezaan di antara mengajar dan mengarah. Bagitu juga seperti yg kita faham dalam konsep targhib dan tarhib (galakan dan amaran).

Banyak hadis menceritakan penurunan wahyu kpd nabi begitu berat sehinggakan keluar peluh dikening Nabi walaupun di musim sejuk

Rasulullah terus ditarbiyah oleh Allah yg menegur secara direct di dalam Al-Quran (spt `Abasa dll), ada juga di kalangan sahabat-sahabat yg ditegur oleh Allah secara direct di dalam Al-Quran( al-Anfal, al-Hujuraat dll). Adakah ini bertujuan memalukan Rasulullah dan sahabat dihadapan semua umatnya? tentulah tidak sama sekali melainkan ianya satu pengajaran yang perlu dititik beratkan.

Sekali lagi mcm kasar dan unfair..?

Proses ini melahirkan jiwa Rasul yang kental sebagai pemimpin sehingga ke tahap menghukum sahabat yang beralasan untuk keluar berjihad. Ini merupakan sunnah yang menjadi indicator kepada tahap dakwah dan tarbiyah kita.

U.Solehan berkata lagi, Rasulullah juga seorang manusia, mempunyai perasaan tertekan, cemas, kecewa dsb. Malah suatu ketika beliau pulang ke rumah mendapati isterinya sdg membina tembok, tanpa bercakap banyak (nasihat) disepaknya tembok tersebut. Menurut beliau lagi betapa kerasnya Rasulullah bila pulang ke rumah mendapati isterinya tidak memasak maka beliau terus berpuasa tanpa memikirkan perasaan isterinya yg mungkin juga lapar dan perlukan bantuan utk masak bersama.

Malah Rasulullah pernah memukul Ukkasyah secara sengaja(kisah ukashah menuntut balas). Malah sahabat seringkali kita dapati bertelagah (berbeza pendapat) sehingga berperang, adakah ini membolehkan kita menghukum mereka ini kurang ukhuwwah.

Kasar dan unfair..?

Suatu ketika seorg murabbi menceritakan 15 tahun yg lalu ketika beliau melalui proses tarbiyah, sesiapa yg gagal hadir usrah maka hukumannya berjalan kaki 30 kilometer pergi menyentuh tembok di tebing sungai NIL dan kembali mengambil masa hampir 12jam perjalanan.

Ana bertanya, “kenapa skrg tidak berlaku? ” Ana dapati masalah yang dihadapi oleh J kita selama ini salah satunya adalah kita tidak sampai mempraktikkan hukuman kpd pesalah2 tanzim secara tanzimi. Jawapannya krn masalah ukhuwwah, kalau mantap ukhuwwahnya makin dihukum makin dia merasai akan kemanisannya, mengiktiraf kesalahan dan kembali bertaubat tetapi dalam keadaan kita hari ini mungkin bila dihukum dia akan terasa hati, senyap dan lari.

Kita kena letak mindset (spt mindset yg telah Allah letakkan kpd Rasulullah) yang kita sedang berperang (dengan nafsu, kafir) . Sang murabbi berkata lagi cuba bayangkan senario bagaimana Thoriq bin Ziyad membakar kapal bila melihat tentera muslim yang agak ragu-ragu bila menghadapi jurang yang bahaya. Adakah dia bertindak secara lembut hati?

Hanya org yang lepak (tak bekerja) atau bekerja secara sambil lewa (tak fokus, tak bertanggung jawab) shj yg tak kan bergeser atau berselisih faham. Hanya dengan merasai bhw kita sedang berada di medan peperangan maka kita takkan lengah, diam , slow, memikirkan hal peribadi sendiri sahaja, melayan keletihan dll.

Kita belum dikira penggerak atau penyumbang kepada pasukan , jika kita hanya sekadar menyarung jersi dan masuk lompat-lompat dan senyap dalam padang.

Setiap org perlu berperanan dan kuatkan posisi masing, kena sentiasa minta bola dan passing kepada org lain( tak boleh simpan) malah kena jerit sebab sentiasa merasa cemas dan perlu bergegas.

Gol keeper bukan sekadar menjaga gawang malah beliau membantu ketua pasukan mengatur kedudukan, dalam keadaan ini coach akan sentiasa memberi kritikan demi kritikan takkan ada pujian walaupun kita dah sumbangkan satu goal (sbb belum kejayaan sebenar).

Ini adalah merupakan method dalam semua sukan, pertandingan dan peperangan. Begitu juga tarbiyah dan dakwah. Sahabat- sahabat sentiasa mengkritik di antara satu sama lain (bukan mencari salah) sehingga Omar dikritik kerana makan hidangan dua jenis lauk (sebab dah tak ada benda lain nak kritik) sdgkan Rasulullah hanya makan satu jenis lauk.

Tetapi dalam masyarakat melayu “jaga penjuru sendiri, jgn jaga tepi kain orang”.

Kenapa timbul kata2 ini? Kerana sikap negatif dan pengurusan perasaan yg tinggi spt mudah terasa hati- ckp kena berlapik, bahasa berbelit, ayat kena panjang natijahnya mesej tak sampai dan masalah tak selesai. Orang yg menegur pulak memendam rasa dan membawanya sekian lama, bila dah tak mampu.. statik, diam dan quit.

Siapa yang rugi? Adakah ini sikap tanggungjawab kita terhadap amanah dakwah? Akhirnya semua menolak mas`uliyah kerana merasakan siapa yg jadi mas`ul maka semua tanggung jawab diletak di atas bahunya seorang. Sebab itu Allah mengkritik Rasulullah sehingga mesejnya sampai ke umat ini.

Kalau direnung kembali kes dakwaan Ali ra. terhadap yahudi yg mencuri baju besinya, sepatutnya Mahkamah terus mempercayai dan membela beliau(sahabat Rasulullah), tetapi konsep membela dalam Islam perlu benar dan berasas tidak boleh hanya kerana kawan baik dan taasub. Bagi melayu sudahlah tak dpt terima kritikan malah mudah pula membela rakannya tanpa asas dan fakta yg teliti.

Jadi dalam tarbiyah kita kena jelas pkr ini semua, perlu dididik dari skrg agar mendapat faham yg benar, jelas dan tepat kerana ia akan mempengaruhi tindakan kita bila menjadi pimpinan nanti.

Dakwah kita tidak sama keadaannya dgn gerakan sufi yg tidak bergaduh atau berselisih pendapat dgn ahli yg sama syeikh kerana semua pendapat, tindakan dan arahan hanya drpd syeikh. Semua orang tak perlu kritik, memberi pendapat dan semua pkr baru akan activate bila datangnya syeikh....

wallahu`lam.

al-fqir ila rabbihi
Abu Hafs

No comments:

Post a Comment