Saturday, 14 April 2012

Laporan Program bersama Dr. Harlina di Sheffield

Program Bersama Dr Harlina Siraj:
 'Sejauh Mana Profesion Menyumbang Kepada Ummah?’ 

Alhamdulillah, pada 29 Mac 2012 bertempat di Gallery Room 4, University of Sheffield telah berlangsung program ‘Sejauh Mana Profesion Menyumbang Kepada Ummah?’. Program ini adalah bersempena dengan kunjungan Prof. Dr Harlina Halizah Siraj ke UK. Seramai 35 orang peserta telah hadir terdiri daripada masyarakat umum Sheffield. Para peserta mula hadir seawal jam 1.50 petang. Majlis dimulakan pada jam 2.15  petang dengan sesi ceramah yang bertajuk ‘Sejauh Mana Profesion Menyumbang Kepada Ummah?. Banyak input menarik telah dikongsikan oleh Dr. Har kepada peserta. Antaranya: 
  •  bagaimana untuk menyeimbangkan antara kerjaya,
  • keluarga dan dakwah pesanan sebagai seorang isteri, ibu doktor kepada masyarakat
  • tips-tips untuk terus kekal menyumbang kepada ummah. 
Di akhirnya, Dr. Har berpesan untuk tetap ikhlas dalam melakukan apa jua kerja kerana menurut beliau sangat ramai masyarakat kini yang membuat sesuatu kerana bersebab. Hal ini sangat mendukacitakan beliau kerana ia bukan sahaja tumbuh menular di peringkat dewasa malah turut melibatkan golongan remaja yang rata-rata mereka ialah pelajar. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab oleh para peserta. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, hanya sedikit sahaja peserta yang berpeluang menanyakan soalan. Sedikit cenderahati dari pihak penganjur telah disampaikan oleh Dr. Suriani Shamsudin sebagai tanda penghargaan. Majlis tamat kira-kira pada jam 4.15 petang dengan sesi bergambar untukk kenang-kenangan. 




Disediakan oleh,
Nurul Huda Ahmad Nawawi
Pengarah Program

Friday, 13 April 2012

Laporan pertandingan Rumahku OSEM!

Pada 24 Mac 2012, IKRAM Sheffield telah menganjurkan pertandingan ‘Rumahku OSEM’ yang merupakan pertandingan rumah tercantik disekitar Sheffield. Pertandingan disasarkan pada rakyat Malaysia yang tinggal di Sheffield. Sebanyak 8 buah rumah telah menyertai pertandingan ini dan seramai 3 orang juri telah dilantik untuk memberi markah pada rumah yang bertanding.

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk menggalakan sikap menjaga kebersihan, kebersihan rumah khususnya yang merupakan salah satu perkara yang dituntut dalam Islam.

Pemarkahan bagi setiap rumah telah berjalan dari jam 2 petang sehingga 5.30 petang. Rumah ‘Salsabila’ (14 Havelock Street) telah dinobatkan sebagai Rumah paling OSEM 2012 dengan purata markah 96/120.

Diharapkan pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha menanamkan unsur islami dalam diri muslim khususnya dan manusia umumnya di Sheffield.



Saturday, 18 February 2012

Program 50 Jiwa 1 Al Quran


Alhamdulillah, pada 5 Februari 2012 bertempat di MWHS telah berlangsung program ’50 Jiwa 1 Al-Quran’. Program ini adalah hasil kerjasama PMPMS, SMSA, IKRAM Sheffield dan Sekolah Melayu Sheffield (SMS).  Walaupun salji turun lebat pada hari sebelumnya,  namun kehadiran masih memberangsangkan. Seramai 35 orang wanita terdiri daripada ahli HELWA baru dan lama serta adik-adik Undergrad telah hadir memeriahkan majlis. 

Majlis dimulakan pada jam 2 petang dengan sesi pertama bacaan Al-Quran. Peserta mengundi nombor juz masing-masing dan perlu meneyelesaikannya sepanjang program.   Kemudian diikuti dengan solat asar secara berjemaah bersama MWHS pada jam 2.50 petang. Program diteruskan dengan tazkirah yang bertajuk ’Cara Berinteraksi dengan Al-Quran’. Perkongsian ini adalah untuk mengajak hadirin bersama-sama menyelami rahsia untuk memahami isi Al-Quran yang dipetik dari ‘Muqaddimah: Fi Zilal Quran’ tulisan Syed Qutub. Sesi bacaan kedua disambung semula kira-kira pada jam 3.45 petang. Sesudah selesai kesemua hadirin menyudahkan bacaan masing-masing, doa khatam Quran telah dibacakan oleh Puan Salmah Hj Mansor. Anak-anak juga turut disediakan aktivit-aktiviti menarik seperti mewarna, membuat origami dan bermacam lagi di kelas Tunas Taqwa yang telah dipantau beberapa orang pelajar Undergrad. Majlis disudahi dengan jamuan ringan. Hadirin dijamu dengan ‘roti canai Sheffield’ dan pelbagai juadah pot luck yang dibawa oleh para peserta.
 


Disediakan oleh,
Nurul Huda Ahmad Nawawi
Biro Kerohanian dan Agama HELWA,
PMPMS 2011/2012.
 

Monday, 6 February 2012

Jaulah Brothers ke Newcastle

Salam,

Alhamdulillah, pada 4 - 5 Feb lepas, pihak IKRAM Sheffield telah mengadakan jaulah brothers ke Newcastle. Seramai 8 orang telah turut serta dalam jaulah kali ini. 

Kami bertolak daripada Sheffield kira-kira jam 2 pm. Pada ketika itu, snow mula turun perlahan. Dalam perjalanan, snow mula turun dengan lebatnya. Perjalanan amat mencabar dengan snow lebat, visibility yang hanya beberapa meter serta jalan yang licin. Sepanjang perjalanan, kami juga menyaksikan beberapa kereta berpusing tergelincir dan kemalangan disebabkan jalan licin. 

Kami tiba di newcastle kira2 jam 7 pm. Malam itu, kami menziarahi Pak cik Zuraidi dan keluarga. Kami bertaaruf dan berborak panjang mengenai pelbagai isu. Kami kemudiannya bermalam di rumah akh fadhil dan rakan2nya. Rumah beliau amat besar dan selesa. Terima kasih kami ucapkan atas layanan mesra yang diberikan

Keesokan paginya, kami keluar rumah pada jam 9 pagi dan melawat ke stadium Newcastle United iaitu St. James Park. Kami juga sempat membeli belah barangan Newcastle United di Megastore stadium. Kemudian, kami bergerak menuju ke pesisiran pantai. Suasana agak dingin dan salji mula mencair. Kemudian, kami berhenti di St. Mary's Light House.

Perjalanan diteruskan ke Tynemouth. Pemandangan di sana amat cantik dengan laut dan cliff yang tinggi. Kami lunch di Colman's fish and chips, yang merupakan restoran fish and chips tertua di UK, iaitu sejak 1926. Restoran ini juga amat terkenal di seluruh UK.

Kami bertolak balik ke Sheffield dan tiba kira2 jam 8 pm. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan kembali. Semoga ukhuwwah yang terbina sepanjang jaulah ini akan kekal berpanjangan. Insha Allah.

 Menziarahi pak cik zuraidi 

 Kami di Stadium St. James Park atau nama terbarunya, Sports Direct@St. James Park =)

 
St. Mary's light house. Pemandangan semasa air surut. 

 Kami di Tynemouth

Lunch di Colman's fish and chips. Portion fish yang sangat banyak sehinggakan masing2 kekenyangan

Sunday, 15 January 2012

Arab Spring : Iktibar, Peranan dan Tuntutan Terhadap Individu Muslim



Salam,

Pada 4 Jan yang lalu, pihak IKRAM Sheffield telah menganjurkan program bertajuk, "Arab Spring: Iktibar, Peranan dan Tuntutan Terhadap Individu Muslim" yang disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed. Program ini diadakan di Muslim Welfare House Sheffield (MWHS) dari jam 7.45 - 9.30 pm. Kira-kira 40 orang telah hadir dalam program ini.

Prof. Abdul Latiff memulakan ceramah beliau dengan menegaskan akan kepentingan mengambil tahu hal ehwal umat Islam lain dan diikuti dengan kronologi kebangkitan arab spring. Ibrah daripada peristiwa penting ini serta peranan yang boleh dimainkan oleh individu muslim dikupas dengan teliti oleh Prof. Abdul Latiff. 

Pihak IKRAM Sheffield mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Abdul Latiff dan para hadirin yang sudi meluangkan masa dalam program ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat.

Sekian, terima kasih

Friday, 6 January 2012

abuzorief: Agnostic

abuzorief: Agnostic: Saya dijemput makan malam bersama dengan Trust committee Muslim Welfare House Sheffield (MWHS) dan pihak pengurusan MWHS dengan penggerak...

abuzorief: Kualiti hidup golongan sedikit?...

abuzorief: Kualiti hidup golongan sedikit?...: Tidakkah kamu perhatikan para pemuka Bani Israil setelah Musa wafat, ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka, "Angkatlah seorang r...

Umrah Musim Bunga & Panas 2012

Assalamualaikum wbt,

InshaAllah, UMRAH & ZIARAH 2012 kembali lagi, khas untuk anda oleh IKRAM UKE. Bagi sesiapa yang berminat, ayuh jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Mari tunaikan umrah di Baitullah disamping menziarahi kota Madinah dan kawasan di sekitarnya.

Maklumat lanjut seperti yang tertera di bawah dan boleh mendaftar di http://umrah.ikramuke.org/


Wallahu’lam

IKRAM Travel & Tours
IKRAM UK & Ireland

Tinta Perjalanan: Membina Keupayaan Murabbi

Tinta Perjalanan: Membina Keupayaan Murabbi: Proses pentarbiyahan yang dilakukan oleh Rasulullah saw memberi perhatian kepada tiga (3) aspek penting iaitu : PERTAMA : MENYUCIKAN JIWA ...