Saturday 18 February 2012

Program 50 Jiwa 1 Al Quran


Alhamdulillah, pada 5 Februari 2012 bertempat di MWHS telah berlangsung program ’50 Jiwa 1 Al-Quran’. Program ini adalah hasil kerjasama PMPMS, SMSA, IKRAM Sheffield dan Sekolah Melayu Sheffield (SMS).  Walaupun salji turun lebat pada hari sebelumnya,  namun kehadiran masih memberangsangkan. Seramai 35 orang wanita terdiri daripada ahli HELWA baru dan lama serta adik-adik Undergrad telah hadir memeriahkan majlis. 

Majlis dimulakan pada jam 2 petang dengan sesi pertama bacaan Al-Quran. Peserta mengundi nombor juz masing-masing dan perlu meneyelesaikannya sepanjang program.   Kemudian diikuti dengan solat asar secara berjemaah bersama MWHS pada jam 2.50 petang. Program diteruskan dengan tazkirah yang bertajuk ’Cara Berinteraksi dengan Al-Quran’. Perkongsian ini adalah untuk mengajak hadirin bersama-sama menyelami rahsia untuk memahami isi Al-Quran yang dipetik dari ‘Muqaddimah: Fi Zilal Quran’ tulisan Syed Qutub. Sesi bacaan kedua disambung semula kira-kira pada jam 3.45 petang. Sesudah selesai kesemua hadirin menyudahkan bacaan masing-masing, doa khatam Quran telah dibacakan oleh Puan Salmah Hj Mansor. Anak-anak juga turut disediakan aktivit-aktiviti menarik seperti mewarna, membuat origami dan bermacam lagi di kelas Tunas Taqwa yang telah dipantau beberapa orang pelajar Undergrad. Majlis disudahi dengan jamuan ringan. Hadirin dijamu dengan ‘roti canai Sheffield’ dan pelbagai juadah pot luck yang dibawa oleh para peserta.
 


Disediakan oleh,
Nurul Huda Ahmad Nawawi
Biro Kerohanian dan Agama HELWA,
PMPMS 2011/2012.
 

No comments:

Post a Comment