Sunday, 27 November 2011

Salim Maula Abu Huzaifah


Pada suatu hari, Rasulullah saw berpesan kpd para sahabat dgn sabda baginda, bermaksud, "Ambillah oleh kamu al-Quran dari empat orang iaitu Abdullah bi Mas'ud, Salim Maula Abu Huzaifah, Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal."

Salim Maula Abu Huzaifah ra pada mulanya hanya seorang hamba. Kemudian dia diambil sebagai anak angkat oleh seorang pemimpin Islam terkemuka bernama Abu Huzaifah bin 'Utbah ra. Apabila Islam menghapuskan tradisi menasabkan anak angkat kepada bapa angkatnya, Abu Huzaifah menjadikan Salim saudara dan maulanya (hamba yang telah dimerdekakan)

Dengan kurnia dan nikmat Allah swt, Salim mencapai kedudukan yg tinggi dan terhormat di kalangan orang-orang Islam. Dia berjiwa besar, berakhlak mulia dan memiliki taqwa yang tinggi. Salim menjadi imam bagi org2 yg berhijrah dari Makkah ke Madinah pada setiap kali mereka solat di masjid Quba'. Dia menjadi tempat bertanya mengenai Kitabullah hingga Rasulullah saw memerintahkan para sahabat belajar darinya.

Rasulullah saw juga pernah bersabda kepadanya, "Segala puji bagi Allah yg menjadikan dalam golonganku seorang seperti kamu."

Pada Salim terhimpun keutamaan2 yg terdapat dalam Islam. Kelebihannya yg paling menonjol ialah dia mampu mengemukakan apa yang dianggapnya benar secara terus terang. Ini terbukti dlm peristiwa selepas pembukaan Makkah di mana Rasulullah saw menghantar beberapa rombongan ke kampung2 di sekitar Makkah utk berdakwah, bukan utk berperang. Salah satu pasukan tersebut dikepalai oleh Khalid bi Al-Walid ra. Di kalangan anak buahnya ialah Salim Maula Abu Huzaifah ra.

Semasa beroperasi, terjadilah suatu peristiwa yg menyebabkan Khalid terpaksa menggunakan senjata dan menumpahkan darah. Salim membantah keras tindakan Khalid itu. Walaupun Khalid seorang bangsawan Makkah dan Salim pula dahulunya hanya seorang hamba, dia tidak pernah merasa rendah diri kerana Islam telah menyama-tarafkan mereka! Dia juga tidak menganggap Khalid sbg seorang panglima yang kesalahannya harus dibiarkan begitu saja, tetapi baginya Khalid adalah rakan kongsi dlm kewajipan dan tanggungjawab! Dia tidak mempunyai apa-apa agenda tersembunyi, bahkan dia hanya melaksanakan peranan nasihat menasihati yg dianjurkan oleh Islam.

Rasa tidak senang Rasulullah saw atas peristiwa yg berlaku reda bila diberitahu bahawa ada org yg menegur kesalahan Khalid iaitu Salim Maula Abu Huzaifah.

Setelah Rasulullah saw kembali ke rahmatullah, Abu Bakar as-Siddiq ra terpaksa berhadapan pakatan jahat orang2 murtad. Maka berlakulah pertempuran Yamamah, satu peperangan yg sengit dan merupakan ujian berat dlm sejarah Islam. Kaum Muslimin di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid ra berangkat ke medan juang. Di antara mujahidin tersebut ialah Salim dan saudaranya, Abu Hudzaifah.

Pedang Salim bagai menari-nari menebas dan menusuk pundak orang2 murtad. Apabila Zaid bin Khattab, pembawa panji tentera Islam gugur, Salim mengambil alih tempatnya. Setelah tangan kanannya putus dipotong musuh, panji yg jatuh segera dikutipnya dgn tangan kiri dan dijulangnya tinggi-tinggi.

Tiba-tiba sekelompok org murtad mengepung dan menyerbu Salim hingga pahlawan ini jatuh. Pertempuran itu berakhir dgn terbunuhnya� Musailamah al-Kazzab. Tentera murtad menyerah kalah kpd org2 Islam.

Ketika para sahabat mencari-cari mayat rakan2 yg syahid, mereka bertemu dengan Salim yg sedang berada dlm sakaratul maut. Mendengar jawapan bahawa Abu Huzaifah telah gugur berdekatannya, senyuman terukir di bibir Salim dan dia pun pergi menemui Tuhannya dgn tenang dan sejahtera.

'Umar bin al-Khattab ra berkata, "Andai Salim masih hidup, pasti dialah yang akan menggantikanku."

petikan : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=26137

Saturday, 26 November 2011

Coretan Engr.: Hijrah dan proses transformasi

Coretan Engr.: Hijrah dan proses transformasi: Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433H . Semoga kita terus berusaha untuk istiqamah di atas segala tindakan dan amal kita kerana Allah...

Monday, 14 November 2011

Membangun Motivasi Dakwah


by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Monday, 14 November 2011 at 12:58

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Gerakan dakwah merupakan gerakan yang syumul sebagaimana karakteristik Islam itu sendiri yang bersifat ‘syumuliah’ (lengkap dan menyeluruh) sehingga memerlukan wasilah yang juga menyeluruh untuk mencapai tujuan dan meraih kemenangan.

Segala aktiviti yang menyeluruh sentiasa dilakukan oleh seorang aktivis dakwah sebagai sebahagian dari amal dakwah.

Tentu sahaja tidak hanya sekadar aktiviti semata-mata yang nampak, namun di sebalik itu mesti ada motivasi asas dan inspirasi kerohanian. Ini adalah modal yang asasi bagi tercapainya tujuan dan teraihnya kemenangan.

Motivasi dan inspirasi kerohanian ini merupakan dinamo dan kekuatan batin yang :

a. Menggerakkan.
b. Mengawal.
c. Memberinya kekuatan luar biasa.

Ianya sebagaimana gunung yang nampak di permukaan laut kerana adanya dorongan dari dalam bumi.

Tanpa adanya motivasi dalam jiwa, mustahil umat ini akan bangkit untuk merubah dirinya.

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (QS Ar Ra'd : 11)

Paling tidak ada tiga perkara yang perlu kita tanamkan pada diri kita agar membuatkan kita semakin bermotivasi dalam aktiviti dakwah.

PERTAMA : KITA MESTI MENANAMKAN PADA DIRI KITA BAHWA RISALAH YANG KITA BAWA INI ADALAH AL HAQ SEDANGKAN YANG LAIN ADALAH AL BATHIL

Ini sebagaimana Rasulullah saw menanamkan kepada para sahabatnya bahwa :

1. Risalah baginda adalah sebaik-baik risalah.
2. Manhaj baginda adalah yang paling utama.
3. Syariat yang baginda bawa adalah sistem perundangan yang paling sempurna.

"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab." (QS Al Zukhruf : 44)

KEDUA : KITA MESTI TANAMKAN DALAM HATI KITA BAHWA SELAMA KITA BERADA DALAM KEBENARAN DAN MENJADI PEMBELANYA, MAKA KITA BERADA DI ATAS JALAN YANG TERANG DAN SELAIN DARI ITU BERERTI KEGELAPAN

Untuk itulah, kita mesti bersiap sedia menjadi pemikul dan pembela kebenaran ini.

Ini sebagaimana yang Rasulullah saw tanamkan ke dalam hati para sahabat bahwa selama di tangan mereka tergenggam petunjuk dari langit untuk membimbing manusia, maka kesannya mereka perlu menjadi pemandu dan pengarah kepada umat manusia.

Mereka mestilah menjadi :

a. Pembimbing.
b. Pendidik.
c. Penunjuk jalan.
d. Penuntun manusia.

ke arah kebenaran di atas jalan yang lurus.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (QS Ali Imran : 110)

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan." (QS Al Hajj : 78)

KETIGA : KITA MESTI TANAMKAN DALAM HATI KITA BAHWA SELAMA KITA YAKIN DENGAN KEBENARAN DAN MERASA BANGGA BERPEGANG PADANYA, MAKA SELAMA ITU PULA ALLAH BERSAMA KITA DAN AKAN MENOLONG KITA

Ini sebagaimana yang Rasulullah saw tanamkan kepada para sahabat bahwa Allah pasti akan memberi petunjuk, mendukung dan memenangkan mereka di saat tiada seorang manusia pun mahu menolong, membantu dan berjuang bersama mereka.

Dia akan sentiasa bersama di mana pun mereka berada. Di saat para tentera bumi tidak ada yang mahu bangkit bersama mereka, Allah akan menurunkan bantuan dari tentera langit untuk mereka.

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (QS Al Hajj : 40)

"Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasulKu pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (QS Al Mujadilah : 21)

"...Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman..." (QS Ar Ruum : 47)

Demikianlah ketiga perkara di atas perlu kita tanamkan kepada diri kita, iaitu :

1. Iman kepada keagungan risalah Islam.
2. Bangga dalam memeluk agama Islam.
3. Yakin akan datangnya pertolongan Allah.

Ini sebagaimana yang Rasulullah saw dan para sahabat yakini sehingga memperolehi kemenangan yang dijanjikan oleh Allah swt.

Kehidupan ini adalah sebuah ujian dan tentangan.

Tanpa ada sikap optimis, agak sukar rasanya untuk kita menikmati kehidupan di mana kelemahan dan keputusasaan akan menyelimuti seluruh benak pemikiran kita.

Jangankan hendak menambah tenaga kehidupan, malah mempertahankan nilai-nilai kebaikan yang dimiliki oleh kitapun sangat sukar untuk dilakukan.
Akibatnya :
  1. Potensi sebesar manapun akan hilang diganti dengan berbagai corak rasa ketidakupayaaan.
  2. Fikiran akan terus menerawang mengelilingi halangan dan rintangan yang semakin hari semakin membesar.
  3. Tiada usaha dan tiada karya yang mampu tergilap bahkan yang ada hanyalah keluh kesah.
  4. Hari-hari dipenuhi oleh awan hitam yang menggelapkan pandangan.
Sungguh mustahil sebuah kebesaran akan lahir dari orang-orang yang bersikap penuh pesimistik.
Membangun kebaikan bagi dirinya sahaja ia tidak mampu maka bagaimana mungkin ia mampu membangun kebaikan untuk orang lain?

Oleh yang demikian, tidak ada dalam sejarah di mana sebuah kemenangan mampu diperolehi oleh orang-orang yang berputus asa.

Jika putus asa yang menghantui seseorang individu biasa sahajapun akan berakhir pada sebuah kehancuran, maka bagaimana jika ia menghantui para pemikul risalah?

Risalah dengan berbagai halangannya mesti dipikul oleh orang-orang yang memiliki sikap optimis yang tinggi.
Boleh jadi, orang awam merasa tidak yakin dengan ketinggian cita-citanya akan tetapi seorang pejuang sangat yakin akan cita-citanya.

Ketika Imam Hasan Al Banna meletakkan gagasan cita-citanya untuk menegakkan Khilafah Islamiyah’ di permulaan dakwahnya, sungguh ramai orang yang menganggapnya ia hanya sebuah mimpi.

Namun beliau mengatakan :
“Sebahagian manusia memandang cita-cita ini sebagai khayalan akan tetapi kami memandangnya sebagai sebuah kenyataan dan Allah bersama cita-cita kami yang besar ini.”

Dorongan Rabbani tentang rasa optimis begitu sedemikian kuatnya kerana dengan itulah kemenangan demi kemenangan mampu diwujudkan.

Lihatlah kisah Bani Israil di tengah-tengah tekanan hebat dan kelemahan yang amat sangat, Allah menjanjikan kemenangan bagi mereka.
Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir’aun Termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”. (QS Al Qashash : 4-5)

Bagi para pejuang yang kaya dengan jiwa optimis, tidak pernah memandang kebendaan adalah segala-galanya. Kekuatan tenaga manusia dan logistik bukanlah penentu sebuah kemenangan.

Sepanjang perjalanan kebenaran, kisah kemenangan pejuang aqidah dalam jumlah yang kecil mampu mengalahkan jumlah yang besar bukan lagi cerita kosong tanpa bukti.

Apa kurangnya kehebatan Fir’aun dan bala tenteranya?

Jumlah tentera, kekuatan dana dan persiapan logistik yang lebih dari mencukupi dan bukan itu sahaja bahkan dukungan tokoh, ahli agama dan organisasi massa pada masa itu berpihak kepada dirinya. Rasa menang tidak hanya sekadar rasa tapi sudah berubah menjadi sebuah keyakinan yang terhunjam dalam dada.

Kesombongan demi kesombongan diperlihatkan oleh Fir’aun dan kuncu-kuncunya. Perasaan besar telah membuatnya sanggup melakukan sesuatu secara sewenang-wenangnya. Fitnah, merendah-rendahkan, mencela, berlaku curang dan mahu menang sendiri menjadi aktiviti harian Fir’aun.

Sukar rasanya untuk membayangkan Fir’aun dengan keperkasaan dan siasah politiknya boleh ditumbangkan. Sikap diktatornya sudah melampaui batas hingga menguasai seluruh pelosok negara. Politik pecah belah, pelanggaran hak asasi manusia dan pembunuhan terhadap anak laki-laki menjadi suatu instrumen ‘terror’ yang menakutkan dan dapat melemahkan siapa sahaja yang dianggap lawan politiknya.

Namun Allah swt tidak membiarkan orang durhaka semakin durhaka dan orang lemah semakin lemah. Justeru dipuncak kejayaannya, Fir’aun tumbang dalam keadaan yang mengerikan iaitu tenggelam dengan seluruh kekuatan yang dibangga-banggakan dengan cara yang sukar dibayangkan.

Allah swt menghadirkan rijalud da’wah’, Nabi Musa as yang justeru dibesarkan di dalam istananya sendiri. Begitulah kuasaNya.
”dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.” (QS Yusuf : 21)
”Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.” (QS Ali Imran : 26)

Kisah Musa dan Fir’aun bukanlah kisah pertama dan terakhir dalam pentas sejarah dakwah iaitu kemenangan ‘mustadh’afin’ ke atas kekuatan ‘mujrimin’.

Kemenangan Thalut ke atas Jalut menjadi kisah penguat bagaimana kemukjizatan tentera Allah swt dimenangkan ke atas tentera kebatilan, meskipun jumlah tenaga manusia, persiapan logistik dan wasilah sangat terbatas.
Berapa banyak kelompok yang sedikit mampu mengalahkan kelompok yang banyak dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar”. (QS Al Baqarah : 249)

Benarlah apa yang dikatakan oleh Abdullah Bin Rawahah pada perang Mu’tah ketika 3000 pasukan muslimin berhadapan dengan 200,000 pasukan kafir, ketika kaum muslimin bimbang untuk mengahadapinya maka beliau berkata :
“Wahai kaumku tidaklah kita memerangi manusia dengan jumlah tenaga tenteranya juga tidak dengan kekuatan senjata dan banyaknya perbekalan, akan tetapi kita memerangi mereka dengan kemuliaan agama ini yang dengannya Allah memuliakan kita, maka majulah kerana sesungguhnya telah tersedia dua kebaikan; menang dengan kemuliaan atau syahid mendapat syurga”.

Sejarah kembali mengulangi kisah perang Ahzab yang mendebarkan di mana pasukan ‘multi nasional’ bersatu menghadapi al haq’ serta bersepakat dengan satu tekad untuk memusnahkan dan menghancurkan kaum muslimin dengan segala kekuatannya.

Suasana sungguh mencengkam di mana sepuluh ribu ‘kafirin’ dengan senjata dan logistik ynag lengkap mengepung Madinah di musim dingin dalam keadaan kekurangan makanan yang semakin menambah rasa takut. Keadaan semakin menjadi parah dengan pengkhianatan Yahudi laknatullah’. Pemikiran kaum muslimin pada hari itu diuji, di mana tidak kurang juga mereka yang berhati ‘nifaq’ menyatakan ingin mengundur diri dari jihad dengan alasan yang dibuat-buat, rasa takut telah benar-benar menguasai mereka :
“(Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan (Kerana hebatnya perasaan takut dan gentar) dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.” (QS Al Ahzab : 10-11)

Mereka membuat makar dan Allah sebaik-baik pembuat makar, kesombongan mereka Allah porak-porandakan dengan seorang ”aktivis muda” yang baru bergabung dalam dakwah iaitu Nu’aim bin Mas’ud. Sungguh tidak masuk akal perkara ini berlaku, namun begitulah kenyataannya.

Optimis terhadap kemenangan memang merupakan modal besar perjuangan yang tidak boleh dilupakan dan ia mestilah tertanam kuat dalam sanubari aktivis dakwah kerana kemenangan adalah tradisi dakwah yang diwarisi, selama mana syarat-syaratnya dipenuhi iaitu kebersamaan kita dengan Allah swt.

Tidak ada perkataan kalah dalam kamus dakwah selama mana kita bersama barisan kebenaran dan selama mana kebenaran tetap ada dalam hati-hati kita.

Goncangan-goncangan yang hebat di awal perjuangan sering mengusik hati terhadap sebuah sikap optimis.
Berat terasa bagi Khabab Al Araat ketika melihat bahwa tekanan yang dirasakan semakin dahsyat. Jangankan untuk membela diri, sekadar menghindarkan dari kesulitanpun sukar dilakukan. Tidak tahan melihat kenyataan yang dihadapi maka beliau mengadu kepada Rasulullah saw :
”Ya Rasulullah tidakkah engkau mampu berdoa kepada Allah agar Allah membinasakan orang kafir yang melampau batas?”

Namun Rasulullah saw menjawab dengan nasihat dan sikap optimis :
”Wahai Khabab, sesungguhnya orang-orang sebelum kita ada yang dikubur hidup-hidup, disikat dengan sikat besi dan dibelah menjadi dua, akan tetapi engkau tidak sabar. Ketahuilah bahwa Allah akan memenangkan agama ini hingga orang akan merasa aman ketika berjalan dari Sanaa ke Madinah dan tidak ada yang ditakuti kecuali haiwan buas.”

Dalam medan sesukar manapun, sikap optimis terhadap kemenangan tidak boleh hilang. Hilangnya sikap optimis bererti hilanglah kemenangan. Putus asa dan tidak berdaya dalam menghadapi kesukaran yang bersangantan adalah dilarang.
Firman Allah swt :
”Wahai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir“.

Kebenaran adalah modal membangun sikap optimis. Selama mana kita berada bersama barisan kebenaran maka optimis terhadap kemenangan sentiasa ada.

Yakinlah bahwa :
Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar’.

Mempertahankan dan membela kebenaran adalah suatu yang fitrah kerana jika kita mati, akan menjadi syuhada’ dan jika kita menang, maka akan bernilai kemuliaan.

Bermodalkan kebenaran inilah para ‘salafus soleh’ memiliki keberanian luar biasa dalam dakwah. Mereka tidak segan-segan mengingatkan para penguasa tanpa ada rasa takut dan gentar.

Kita meyakini benar bahwa sesungguhnya kemenangan hanyalah datang dari sisi Allah swt.
”Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Kita juga meyakini bahwa sesungguhnya kemenangan juga atas keizinanNya :
”Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Dengan yang demikianlah kita yakin sepenuhnya bahwa kemenangan akan menjadi milik :
  1. Siapa yang dekat kepada Allah swt.
  2. Siapa yang memperolehi keizinan dariNya.
Manakala ia bukanlah bagi pemilik banyaknya tenaga manusia dan material.

Maka, tidak layak bagi para pejuang berpangku tangan dengan berbagai alasan ketika melihat kemungkaran bermaharajalela.

Adakah hati nurani ini padam ketika melihat kezaliman, kedustaan dan kedurjanaan menjajah kebenaran?

Mari kita persiapkan segala potensi yang kita miliki untuk :
  1. Menghadapi sebuah perjuangan besar.
  2. Mengatur strategi.
  3. Menguatkan kesabaran.
  4. Menghilangkan rasa gentar.
  5. Bekerja dan berjuang bahu membahu melawan kebatilan.
Ya Allah, kami bermohon dan bermunajat kepadaMu dengan penuh keikhlasan untuk meningkatkan motivasi dakwah kepada kami serta menguatkan sikap optimis terhadap kemenangan kerana kami yakin bahwa kemenangan sentiasa menjadi milik orang dekat denganMu dan yang mendapat keizinan dariMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi
20 Oktober 2011

Jalan Menuju Ma'rifatullah


by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Monday, 14 November 2011 at 17:16

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Membangun fizikal sesebuah negara tidak begitu sukar tetapi membangun peribadi manusia memang bukan mudah. Ramai orang yang makmur secara duniawi tetapi peribadinya hancur.

Apabila di negara kita terdapat ramai golongan intelektual atau para cendekiawan namun jika mereka tidak jujur kerana tidak dilengkapi dengan keyakinan kepada Allah swt, maka harapan adalah amat tipis untuk berlakunya perubahan minda bagi memartabatkan umat manusia kerana perubahan memerlukan kejujuran dan keikhlasan sebelum dilengkapi dengan profesionalisma.

Membangun bangsa yang rosak menjadi mulia dan bermartabat dalam tempoh yang cepat hanya dapat dicapai dengan meningkatkan ‘Ma'rifatullah’ (Pengenalan yang benar terhadap Allah swt).
Contohnya Jazirah Arab yang moral penghuninya termasuk yang paling rosak pada zamannya, namun setelah datangnya Rasulullah saw, hanya dalam tempoh 23 tahun telah berubah menjadi bangsa yang sangat disegani.

Ertinya : Perubahan peradaban mesti dimulai dengan kekuatan iman.

Perubahan total yang drastik tidak akan berlaku dengan tekanan wang atau ancaman tetapi boleh berlaku dengan kekuatan keyakinan kepada Allah swt. Bahkan hal itu dapat mengubah sesuatu bukan hanya dalam bilangan tahun, bulan, minggu atau hari bahkan boleh berlaku dalam bilangan saat / detik atau yang lebih cepat dari itu.

Contohnya kisah Nabi Musa as yang berhadapan dengan para tukang sihir di zaman Firaun. Setelah melihat mu'jizat Nabi Musa as, mereka tersungkur sujud dan beriman kepada Tuhan Musa. Dalam masa beberapa saat sahaja, mereka yang pada awalnya mengharapkan imbalan berupa wang daripada Firaun berubah kepada mengharapkan ampunan Allah swt.

Begitu juga mereka pada awalnya mengagungkan Firaun berubah kepada mengagungkan Allah swt walaupun diancam akan dipotong kaki dan tangan mereka secara bersilang tetapi mereka tidak gentar.
Ini adalah satu perubahan dalam tempoh yang sangat cepat.

Contoh lainnya adalah kisah Umar Ibnul Khattab yg sebelumnya begitu pemarah, keras bahkan pernah menguburkan hidup-hidup anaknya sendiri, namun setelah mendapat iman menjadi begitu pemurah hati dan penyantun.

Hanya dengan kekuatan iman :
  1. Seorang pengecut tiba-tiba menjadi pemberani.
  2. Seorang pemalas tiba-tiba menjadi bersemangat.
Sesiapapun yang menginginkan perubahan cepat dan ideal maka KUNCINYA adalah :

 “TINGKATKANLAH KEYAKINAN KEPADA ALLAH SWT.”

1. Makin kita mengenal keagungan Allah swt, maka makin kita merasakan kelemahan dan kekurangan diri kita.
2. Makin kita merasa sentiasa diperhatikan oleh Allah swt, maka makin kita terasa tidak bererti pengawasan makhluk.
3. Makin kita mengharapkan penghargaan dari Allah swt, maka makin kita merasa tidak berharga penghargaan makhluk.

4. Makin kita yakin akan sempurnanya balasan Allah swt, maka makin tidak berharapnya kita kepada balasan dari makhluk.

Ikhlas tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang mengenal Allah swt.

Ketenangan, kebahagiaan, kedamaian dan kejayaan adalah berkadar lurus dengan tingkatan keyakinan kepada Allah swt.

Oleh kerana itu, usaha untuk memburu agar kita semakin mengenal, dekat dan akrab dengan Allah swt mestilah menjadi program utama walau sebesar apapun pembiayaan, tenaga dan waktu yang perlu kita korbankan.

Struktur rumahtangga kita pun perlu dibentuk agar menjadi rumahtangga yang memburu ridha Allah swt.

Begitu juga seandainya kita mempunyai perusahaan dan perniagaan, ianya mestilah dilaksanakan untuk menjadi perusahaan dan perniagaan yang mengejar pahala Allah swt.

Untuk apa kita hidup jika kita tidak mengenal asas terpenting kemuliaan dunia dan akhirat kita???

Dalam ma'rifatullah, ada jalan-jalannya agar keyakinan kita kepadanya berada pada relnya yang tepat sehingga tidak menjadi alasan untuk membenarkan kelemahan dan kemaksiatan dari menguasai kita atau menjadi tempat menyembunyikan diri dari kemalasan dan kegigihan berikhtiar.

Awas, jangan sampai kita tertipu!!!!.

Misalnya :
  1. Jangan sampai keyakinan bahwa Allah swt Maha Kaya membuatkan kita tidak gigih mencari rezeki.
  2. Jangan sampai keyakinan bahwa Allah swt Maha Pengampun membuatkan kita berasa ringan untuk berbuat dosa.
  3. Jangan sampai keyakinan bahwa Allah swt Maha Memberi membuatkan kita lalai dari mencari nafkah.
  4. Jangan sampai beratnya ujian hidup membuatkan kita kecewa dengan perbuatannya padahal setiap ujian pasti telah diukur oleh Allah swt yang Maha Adil.
Semoga renungan-renungan di atas boleh membawa kita untuk lebih bersungguh-sungguh meluangkan waktu, tenaga dan pembiayaan untnk mencari ridha Allah swt.

Semoga kita lebih optimis menghadapi kehidupan ini sehingga berlakunya perubahan yang cepat pada diri, keluarga, negeri atau umat ini buah dari keyakinan kita kepada Allah swt.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat-zuriat kami sebagai penyejuk mata kami dan jadikan kami di kalangan pemimpin-pemimpin yang bertaqwa. Tunjukkanlah kami jalan-jalan menuju keyakinan kepadaMu sehingga kami tidak lagi bergantung kepada sesama makhluk.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi
28 Oktober 2011
Shah Alam

Ribathul Ukhuwwah

Wednesday, 9 November 2011

Bahaya Fahaman Mendahulukan Perjuangan Bangsa dari Perjuangan Kalimah" La ilaha ill-Allah"


Semenjak runtuhnya Khilafah Islamiyah” sebagai rupa bentuk kehidupan bermasyarakat dan bernegara umat Islam 87 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1924 atau 1342 Hijriyyah, bangsa-bangsa Muslim di setiap penjuru dunia mulai menjalani kehidupan sosial berlandaskan sebuah fahaman yang sesungguhnya asing bagi mereka. Fahaman itu bernama “Nasionalisma” (semangat kebangsaan).

Maka dunia menyaksikan berdirinya berbagai ‘Nation State’ atau ‘Negara Kebangsaan’. Bangsa-bangsa Muslim membangun negara di negeri mereka masing-masing dengan menjadikan nasionalisma sebagai landasan kehidupan berbangsa dan bernegara.

Suatu perubahan yang sangat signifikan dan mendasar jika dibandingkan dengan tatacara kenegaraan sebelumnya di mana ‘Khilafah Islamiyah’ menjadi sebuah sistem yang menyatukan setiap umat Islam berdasarkan kesatuan ‘Aqidah Islamiyah’ dan dengan sendirinya membawa kepada kesatuan ‘Fikrah Islamiyah’ atau ‘Ideologi Islam’.

Dalam tatacara kenegaraan sebuah Negara Kebangsaan, faktor bangsa menjadi penyebab kepada persatuan dan kesatuan sedangkan dalam sistem ‘Khilafah Islamiyah’, faktor Islam sebagai keyakinan dan ideologi menjadi sebab kepada persatuan dan kesatuan.

Maka dengan sendirinya kita menyaksikan mengapa sejak munculnya berbagai Negara Kebangsaan di tengah kehidupan bernegara umat Islam, berlakulah suatu penurunan dari segi penghayatan Islam sebagai ideologi dan peningkatan penghayatan ideologi kebangsaan di dalam diri ramai umat Islam.
Sesungguhnya Islam tidak menafikan kehadiran bangsa dalam kehidupan umat manusia di mana kehadiran berbagai jenis bangsa adalah suatu kemestian dalam realiti sosial masyarakat dunia.

Al-Qur’an mengakui kenyataan ini.
”Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS Al-Hujurat : 13)

Namun Islam tidak pernah memandang bahwa mulia atau hinanya seseorang atau sekelompok orang ditentukan oleh faktor bangsa tetapi Islam sangat mengambil kira sesuatu yang hanya berkaitan dengan urusan taqwa dan aqidah.
Bahkan Islam sangat mengambil peduli samada beriman atau tidaknya seseorang atau sekelompok orang di mana, suatu masyarakat yang terdiri dari kumpulan orang-orang yang beriman dipandang sebagai masyarakat yang mulia di sisi Allah swt sedangkan masyarakat yang ingkar atau ‘kafir’ adalah masyarakat yang hina di sisi Allah swt walaupun secara material dan teknologinya mereka merupakan masyarakat yang maju.

“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya. Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir)? Mengapa kamu (berbuat demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan?” (QS Al-Qalam : 34-36)

Ketika ‘Khilafah Islamiyyah’ masih tegak dan menaungi kehidupan sosial umat, mereka menghayati bahwa hanya aqidah Islam Laa ilaha illa Allah’ sahajalah yang menyatukan antara mereka. Hanya aqidah inilah yang menyebabkan meleburnya sahabat Abu Bakar yang berbangsa Arab dengan Salman yang berasal dari Parsi dengan Bilal yang merupakan orang Habshah dengan Shuhaib yang berasal dari bangsa Romawi.


Mereka menjalin al-ukhuwwah wal mahabbah’ (persaudaraan dan kasih sayang) yang menembusi batas-batas suku, bangsa, warna kulit, tanah air dan bahasa. Yang lebih penting lagi bahwa ikatan persatuan dan kesatuan yang mereka jalin menembusi batas dimensi waktu sehingga tidak hanya berlaku selama mana mereka masih di dunia semata-mata, melainkan jauh sampai ke kehidupan di akhirat kelak.


Mengapa ini berlaku?

Ini adalah kerana ikatan mereka berlandaskan perlumbaan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Hidup lagi Maha Abadi. Orang-orang yang beriman tidak ingin menjalin persaudaraan akrab hanya sebatas di dunia namun di akhirat kemudiannya menjadi musuh antara satu sama lain.


Oleh yang demikian, mereka tidak mahu mengorbankan aqidah mereka yang mereka yakini akan menimbulkan kasih sayang yang hakiki dan abadi. Mereka tidak akan menggadaikan aqidah mereka dengan fahaman atau ideologi selainnya walau sesaat kerana aqidah Islam merupakan penyatu yang datang dan dijamin oleh Penciptanya pasti akan mewujudkan kehidupan berjamaah sebenar dan tidak akan membawa kepada perpecahan dan bercerai-berainya jamaah tersebut.


”Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dalam jamaah, dan janganlah kamu bercerai berai.” (QS Ali-Imran : 103)

Islam mengajarkan umatnya untuk menjadikan ‘Tali Allah’ sebagai faktor pengikat antara sesama orang-orang yang beriman. Yang dimaksudkan dengan ‘Tali Allah’ ialah nilai-nilai yang bersumber dari ajaran sempurna‘Al-Islam’. Nilai-nilai Islam merupakan satu-satunya penyebab mengapa orang-orang yang beriman perlu dan selayaknya bersatu dan berjamaah.


Adalah sesuatu yang merugikan apabila kita meneriakkan slogan kesatuan umat Islam namun kita menyuruh mereka untuk mengikatkan diri kepada tali selain ‘Tali Allah’ atau ajaran Islam. Allah bahkan mengancam bahwa keadaan tercerai-berai pasti akan muncul apabila kita berpegang kepada selain ‘Tali Allah’ seperti di dalam ayat di atas.

Allah mengancam bahwa segala bentuk gagasan, gabungan, kerjasama, persahabatan, persekutuan, persaudaraan dan selainnya akan membawa kepada saling bermusuhan kelak di hari kebangkitan kecuali apabila ia menjalin persahabatan yang berlandaskan taqwa kepada Allah semata-mata. Mereka yang menjalin hubungan semata-mata berlandaskan taqwa kepada Allah akan akrab di dunia dan tetap akrab di akhirat.

”Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (QS Az-Zukhruf : 67)

Persahabatan yang berlandaskan taqwa kepada Allah seringkali disebut sebagai Al-Ukhuwwah Fillah’ (Persaudaraan kerana Allah).

Mengapa?

Ini adalah kerana mereka yang bersaudara kerana Allah adalah orang-orang yang sedar bahwa sesungguhnya Allahlah sebab kepada kesatuan yang hakiki dan abadi.

”dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS Al-Anfal : 63)

Orang-orang yang bersatu bukan berdasarkan ‘Tali Allah’ akan bersatu sebatas masih tersedianya kekayaan” yang mempersatukan mereka. Kekayaan merupakan simbol dari ”kepentingan duniawi” yang sifatnya sementara bahkan sesaat.


Apabila kepentingan tersebut telah menghilang, maka mereka akan segera tercerai berai dan hilang kesatuannya. Bahkan kadang-kadang, perpecahan serta permusuhan akan segera nampak dan terserlah semasa masih di dunia lagi tanpa menunggu datangnya hari berbangkit.

Manakala, orang-orang yang beriman tidak pernah tertipu. Mereka sangat faham dan sedar bahwa segala kepentingan dunia sifatnya adalah kesenangan sementara dan menipu. Maka mereka tidak mahu menjalin bentuk persatuan, gagasan, gabungan, persahabatan atau apapun namanya kecuali apabila jelas bahwa yang menjadi sebab dan landasan bersatu adalah Allah semata-mata.

Ini adalah kerana Allah swt adalah Zat Yang Maha Hidup. Jika kita menyatukan diri antara satu sama lain hanya kerana Allah, maka kita akan merasakan keakraban yang melampaui batas-batas ruang dan waktu sehingga sampai bila dan dimanapun, Allah tetap hadir dan mendampingi mereka yang bersatu kerana Allah sekalipun sudah sama-sama meninggal dunia, namun kelak ketika dibangkitkan di hadapan Allah mereka yang saling bercinta, bersaudara serta bersatu hanya kerana Allah akan mendapati Allah sebagai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang di hari tersebut.
Mereka tidak akan memiliki rasa takut, khuatir dan resah ketika semua orang lainnya dalam keresahan dan ketakutan di hari Kiamat. Bahkan Allah akan menjadikan mereka sebagai orang-orang istimewa yang dibanggakan dan dilimpahkan cahayaNya. Begitulah istimewanya kedudukan mereka sehingga menimbulkan kecemburuan dari para Nabi dan para Syuhada’.

“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat mereka yang bukan para Nabi mahupun para Syuhada’, namun para Nabi dan para Syuhada’ cemburu dengan mereka di hari kiamat kerana kedudukan mereka di sisi Allah.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, khabarkanlah kepada kami, siapakah mereka? “ Beliau bersabda: ”Mereka adalah kaum yang saling mencintai dengan ruh Allah, mereka tidak diikat oleh hubungan keluarga di antara mereka mahupun harta yang mereka kejar. Maka, demi Allah, sungguh wajah mereka bercahaya, dan mereka di atas cahaya. Mereka tidak takut saat manusia ketakutan. Dan mereka tidak bersedih saat manusia bersedih.” Lalu beliau membacakan ayat: ”Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah tidak merasa takut dan tidak bersedih hati.” (HR Abu Dawud)

Malah kita juga temui sebuah hadits yang mencela persatuan atau kesatuan yang sekadar berasaskan fanatik golongan’, samada golongan itu berdasarkan kesamaan bangsa, suku atau warna kulit.

“Tidaklah termasuk golongan kami barangsiapa yang menyeru kepada ashabiyyah (fanatik golongan). Dan tidaklah termasuk golongan kami barangsiapa yang berperang atas dasar ashabiyyah (fanatik golongan). Dan tidaklah termasuk golongan kami barangsiapa yang terbunuh atas nama ashabiyyah (fanatik golongan).” (HR Abu Dawud)

Khilafah Islamiyyah merupakan tatacara kehidupan bernegara umat Islam yang meyatukan setiap kaum muslimin dari hujung timur hingga hujung barat bumi Allah swt di mana penghayatan siapa yang menjadi ‘in-group’ atau ‘out-group’ umat adalah berdasarkan aqidah Islamiyah.

Sedangkan dalam kehidupan ‘Negara Kebangsaan’, maka siapa yang dianggap sebagai ‘in-group’ bangsa adalah sesiapapun, walauapapun keyakinan dan agamanya, asalkan ia sebangsa dan setanah air, maka ia dianggap sebagai saudara sebangsa manakala siapapun yang di luar negaranya dan bangsanya dianggap sebagai ‘out-group’ , walaupun mereka memiliki aqidah Islamiyyah yang serupa dengan aqidahnya.

Maka wajarlah, apabila seorang Muslim yang menerima dengan sukarela apalagi dengan sungguh-sungguh fahaman ‘Nasionalisma’ akan :
  1. Menjadi sukar untuk menampilkan ideologi Islam sebagai identiti pertama dan utamanya.
  2. Cenderung untuk menurunkan taraf identiti Islamnya demi menjaga persatuan dan kesatuan dengan sesama ”anak bangsa” yang berbagai latar belakang, keyakinan dan agama.
Jadi, orang-orang seperti ini akan sukar untuk memandang kaum muslimin di luar bangsanya sebagai saudara seiman yang mesti ia utamakan daripada saudara sebangsa dan setanah airnya.

Padahal ketika ia sudah masuk ke liang lahad, malaikat sama sekali tidak akan menanyakan soal identiti bangsa jenazah itu tetapi jelas, yang akan ditanya hanya soal identiti agamanya sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadits :

”Maka ruhnya dikembalikan ke jasadnya, datang dua malaikat bertanya:”Siapa Rabbmu?” Dia menjawab:”Rabbku Allah”, lalu :”Apa diin(agama)-mu?” Dia jawab:”Deen-ku Islam.” (HR Ahmad)

Sewaktu umat Islam hidup di dalam naungan Syariat Allah di bawah Khilafah Islamiyyah, mereka tidak pernah :
  1. Mengenal bentuk ikatan kehidupan sosial selain Al-Islam.
  2. Membangga-banggakan perbezaan suku dan bangsa antara satu sama lain.
Betapapun realiti suku dan bangsa memang tetap wujud, tetapi ia tidak pernah mengalahkan kekuatan ikatan aqidah di dalam masyarakat.

Dalam bab kedua buku Petunjuk Sepanjang Jalan, Sayyid Qutb membuat analisis mengapa Allah swt hanya membenarkan Nabi Muhammad saw mengibarkan bendera ‘La ilaha ill-Allah’bukan bendera lainnya padahal dengan mengibarkan panji Tauhid, bangsa Arab bukan sahaja enggan menerima seruan tersebut, malah mereka bahkan menentang dengan keras hingga sampai ke peringkat mengusir dan memerangi Nabi saw dan para sahabat.

Tidakkah ada pilihan strategi lain yang boleh mengurangkan risiko dan mengandungi maslahat yang lebih besar?

Contohnya, mengapa Nabi saw tidak diarahkan oleh Allah swt untuk mengibarkan panji‘Nasionalisma Arab’ yang lebih memungkinkan untuk menghasilkan penerimaan bangsa-bangsa Arab di Semenanjung Arab pada masa itu?

Perhatikanlahlah tulisan Sayyid Qutb berikut ini:
“Sehingga muncullah pertanyaan: ”Mengapa Nabi saw tidak diperintahkan untuk menempuh jalan lain dalam awal dakwahnya ketika di Makkah sebelum hijrah ke Madinah? Mengapa Nabi saw tidak dibenarkan untuk mengibarkan panji‘Nasionalisma Arab’, misalnya, sehingga bangsa Arab pasti akan segera menyambut seruan baginda dengan sukarela kerana seruan ‘Nasionalisma Arab’ tidak akan menimbulkan penentangan terhadap penyerunya, bahkan boleh jadi mereka malah akan segera menyambut seruan tersebut mengingatkan bahwa Nabi saw berasal dari suku yang dipandang mulia di Semenanjung Arab.
Kenapakah ‘La ilaha ill-Allah’ ini yang merupakan titik-mula dalam seruan ini? Kenapakah hikmah Tuhan menghendaki bahwa seruan ini dimulai dengan kesusah-payahan ini?"

Seterusnya beliau menganalisa keadaan di Semenanjung Arab pada masa awal Nabi saw diutus. Ketika itu bangsa Arab sedang terpecah. Di sebelah utara mereka dijajah oleh kekuatan barat Romawi sedangkan di selatan mereka dijajah oleh kekuatan timur Parsi. Mengingatkan akan posisi Nabi saw yang berasal dari salah satu suku Arab yang dipandang mulia dan secara peribadi sebagai orang yang terkenal, berwibawa dan mempunyai ‘track-record’ iaitu pernah dengan bijaksana mendamaikan satu pertikaian, tentulah apabila sejak hari pertama dakwahnya baginda mengibarkan panji Nasionalisma Arab niscaya bangsa Arab akan segera menyambut seruannya dan menjadi bersatu kembali.

Tentulah jika Nabi saw berhasil menyatukan bangsa Arab yang sebelumnya berpecah, maka baginda akan diberi hak memimpin dan berkuasa lalu baginda seterusnya akan berpeluang untuk memanfaatkan posisi tersebut untuk menanamkan aqidah Tauhid sesuai dengan perintah Allah swt.

Bukankah ini strategi yang lebih bijaksana daripada terus berkonfrontasi sejak hari pertama dengan bangsa sendiri?
Bukankah mengibarkan panji Nasionalisma Arab menjadi langkah yang lebih mudah dan penuh maslahat?
Apakah Allah sengaja berkehendak memberi kesusahan kepada NabiNya dan para pengikutnya dari kalangan mu’minin?
Mengapa sejak hari pertama mereka perlu menempuh jalan yang menimbulkan reaksi penentangan begitu keras dari keluarga dan bangsa senidiri?

Sebenarnya, bukan itu maksud Allah swt.

Sesungguhnya Allah swt bermaksud agar jangan sampai dakwah berkembang menjadi suatu seruan yang menyingkirkan kezaliman dari kalangan bangsa-bangsa tertentu untuk seterusnya menghadirkan kezaliman baru dari kalangan bangsa yang sebelumnya berdakwah atas nama agama Allah itu sendiri.

Padahal seruan Tauhid La ilaha ill-Allah’ justeru mengandungi makna pokok iaitu :

“Mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama hamba (sesama manusia) untuk menghamba abdikan diri hanya kepada Allah swt”.

Apabila bendera La ilaha ill-Allah’ yang dikibarkan sejak awal, maka ia bererti Nabi dan para sahabat telah menyingkirkan konsep kewarganegaraan berasaskan bangsa kepada suatu bentuk kewarganegaraan aqidah yang sahih bersumber dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sebaliknya apabila panji Nasionalism Arab yang dikibarkan sejak awal, maka tentunya akan menimbulkan kebanggaan fanatik sempit kesukuan dan kebangsaan Arab yang mendiskriminasikan bangsa-bangsa selain Arab.

Oleh kerana itu, marilah kita berwaspada terhadap berbagai logik siasah dalam menempuh jalan dakwah yang seolah-olah menawarkan lebih banyak maslahat dan sedikit mudarat namun sesungguhnya menyebabkan umat tidak menempuh jalan sunnah Nabi dan para sahabatnya.

Jalan yang seperti itu akan segera menghasilkan keterikatan bangsa dan persatuan nasional, namun tidak akan pernah mewujudkan para aktivis dakwah sejati dan umat yang hanya menghamba abdikan diri kepada Allah swt.

Begitu juga, marilah kita berwaspada terhadap logik keliru yang menyuruh para aktivis dakwah untuk berfikir untuk meraih kekuasaan dan kepimpinan terlebih dahulu dan selepasnya barulah berdakwah secara terang-terangan kepada aqidah ‘La ilaha ill-Allah’ di mana ini adalah suatu logik yang jelas-jelas ditolak oleh Nabi saw sejak hari pertama berdakwah.

Sudah tiba masanya bagi umat Islam, di manapun dan bila masapun, untuk menyedari perkara asas ini. Kita selama ini telah tertipu apabila menyangka masih ada ideologi lain yang mampu menyatukan manusia walauapapun nama ideologi tersebut.

Oleh yang demikian, marilah kita kembali meneladani sunnah Rasulullah saw dalam segala perkara, termasuk dalam hal menjalin ikatan persahabatan dan mewujudkan kesatuan.

Para penyeru Nasionalisma mengatakan bahwa ideologi Islam adalah ideologi sempit yang akan menyebabkan retaknya keutuhan dan kewujudan bangsa. Maka kita pun mengatakan kepada mereka bahwa justeru ideologi Nasionalisma itulah yang sempit.

Kenapa?

Ini adalah kerana ia hanya sibuk dengan satu bangsa sahaja dan mengabaikan bangsa-bangsa lainnya. Itupun masih boleh dipersoalkan akan ketulusan dan kesungguhannya memperhatikan nasib bangsa tersebut sedangkan Islam datang justeru untuk mempersaudarakan umat manusia dari berbagai latar belakang suku dan bangsa.

Jika hari ini kita lihat bahwa kesatuan umat Islam tidak begitu terserlah, barangkali suatu pertanyaan asas perlu diajukan iaitu :
Adakah umat Islam dewasa ini secara jujur telah menjadikan ‘Tali Allah’ semata-mata sebagai pengikat untuk mewujudkan persaudaraan dan kesatuan di antara mereka?

Ya Allah, sungguh Engkau tahu bahwa hati-hati kami telah berhimpun dalam cinta kepadaMu, bertemu dalam taat padaMu, bersatu dalam dakwah menyeruMu, saling berjanji untuk menolong Syari’atMu, maka kukuhkanlah -ya Allah- ikatannya, kekalkanlah kasih-sayang di antaranya, tunjukilah jalan-jalannya, penuhilah dengan cahayaMu yang tidak akan pernah padam, lapangkanlah dada-dadanya dengan keutamaan iman kepadaMu, keindahan tawakkal padaMu, hidupkanlah dengan Ma’rifah akan Engkau dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkau-lah sebaik-baik Pemimpin dan sebaik-baik Penolong.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Petikan dari tulisan
Wan Ahmad

Imam Abul A’la Al Maududi


Muqaddimah
  • Beliau berpengaruh dalam linkungan Jama’ah islamiyah anak benua India dan juga pergerakan islam modern di seluruh dunia.
  • Buku ini mengupas aspek-aspek kebesaran dan keunikan keperibadiannya yang membuat dirinya menempati kedudukan yang tinggi.
  • Keistimewaan beliau:
    • cerdas sejak dari kecil
    • mempunyai kepribadian dengan pelbagai bakat
    • pemahamannya yang mendalam tentang islam dan mempunyai interaksi dengan pergerakan secara sempurna
    • berani dan kuat dalam menghadapi kesulitan
    • teliti dalam memberi pandangan dlm hal-hal yang baru dari perspektif konsep islam yang shahih
Genius sejak kecil
  • Al Maududi semasa remaja mampu melakukan pekerjaan2 yg tidak mampu dilakukan oleh orang-orang seusianya. Dengan perjalanan waktu dan pertambahan usia semakin besar pekerjaan pemuda ini dan semakin nyata kelebihannya.
  • Perubahan itu menonjol dalam 2 keadaan; sebelum dan sesudah berubah…..sepertti sabda nabi:
خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الْإِسْلَامِ إِذَا فَقُهُوا
    • “Orang terbaik di antara kalian pada masa Jahiliyyah menjadi org terbaik dalam islam bilamana mereka bertafaqquh”
  • Di sekolah, Al maududi begitu menonjol, ia duduk di grade 8 padahal usianya baru sebelas tahun. Pada usia ini beliau telah menulis artikel dan menyampaikan ceramah, sehingga guru-guru dan temannya berasa kagum.
  • Pada usia 15 tahun, ia bekerja sebagai editor pada akhbar harian yang terbit di kota kecil, Pajnoor. Selepas itu berpindah utk bekerja di lembaga bantuan dan penyelamatan umat islam setelah akhbar harian ini dilarang penerbitan. www.dakwah.info 
  • Pada usia 16 tahun ia bergabung dalam pergerakan untuk menghidupkan sistem khilafah, kemudian bekerja dengan keluarga redaktur majalah mingguan At-Taj yang terbit di Jabalpoor.
  • Pada usia 19 tahun, ia menjadi pemimpin redaksi dalam harian At-Taj yang sebelumnya merupakan majalah mingguan itu. Artikel-artikel yang ia tulis pada waktu tersebut mempunyai corak warna politik yang kental, di mana ia begitu gigih membela gagasan menghidupkan kembali sistem kkilafah.
  • Kali ini artikel-artikel yang ia tulis juga menjadi penyebab akhbar harian ini ditutup dan pimpinan redaksinya diajukan ke meja hijau. Tidak lama kemudian ia berpindah ke Delhi untuk bergabung bersama ketua Himpunan Ulama’ India dalam penerbitan akhbar harian Al Muslim, dan ia pun dipilih menjadi ketua redaksinya.
  • Setelah akhbar harian Al-Muslim dilarang penerbitannya, lalu ia bekerja bersama Syeikh Ahmad Sa’id di Delhi dalam penerbitan akhbar harian dengan nama jam ‘iyyah Ulama’ Al-Hind.
  • Al-Maududi tetap memikul tugas penerbitan harian ini seorang diri sejak awal penerbitannya pada tahun 1343 hingga 1347 Hijrah.
  • Demikian Al-Maududi keluar untuk hidup sejak usia remaja sebab ayahnya menderita sakit sejak ia masih kecil dan keadaan ini memaksanya bekerja mencari penghidupan.
  • Al-Maududi melukiskan masa ini dengan mengatakan: “Hari-hari berlalu dengan perlahan, dengan membawa secerah cahaya lilin harapan, melangkah setapak demi setapak. Mulailah realiti kehidupan yang pahit membuka selubung kepahitannya.
  • Pengalaman satu tahun setengah memberikan pelajaran berharga bahwa tidak ada jalan bagi manusia selain bekerja keras, berjuang demi sesuap nasi. Allah telah mengkaruniakan kepandaian menulis kepadaku yang didapati melalui bacaan dan tela’ah.
  • Dan sini aku memutuskan untuk menjadikan pena sebagai alat mencari rezeki.
  • Bekerja mencari rezeki bukanlah tujuan utama. Sebab ia berjuang, menulis, menyampaikan ceramah, dan membela hak-hak umatnya serta mengarang buku yang semua itu ia lakukan pada saat usianya belum mencapai 20 tahun.
  • Manusia secara alamiyyah menerima hal-hal yang berlaku di dalam lingkungan masyarakatnya berupa adat-istiadat, pemikiran dan tokoh-tokoh yang ada. jika secara kebetulan terdapat seorang remaja yang mempunyai nada suara yang memukau, mempunyai fikiran yang cerdas, pendapat yang genius, dan lebih maju daripada usianya, maka orang tidak mudah menerimanya dan akan mengatakan kepadanya: “ini bukan tempatmu melainkan tempat orang yang lebih tua daripada kamu.
  • Ungkapan ini pernah juga diucapkan oleh Umar bin ‘Abdul Aziz, khalifah yang terkenal dengan keadilannya, kepada salah seorang yang muncul mewakili kaumnya untuk berbicara, lalu Amirul Mukminin Umar bin ‘Abdul Aziz berkata kepadanya: “Biarlah orang yang lebih tua daripada kamu berbicara, hai anak muda!” Lalu pemuda itupun menjawab: “]ika masalahnya adalah usia, tentu ada orang yang lebih berhak daripada engkau, wahai Amirul Mukminin!”
  • Demikian pula pandangan orang terhadap remaja Al-Maududi yang telah memimpin atau ikut menangani penerbitan lima jenis kewartawanan politik Islam pada waktu yang paling muda dalam sejarah India padahal usianya baru 20 tahun.
  • Jika pemimpin yang memegang urusan kepimpinan setelah berusia 40 tahun, maka kepemimpinannya itu akan mengangkat pengalaman-pengalaman yang telah ia lalui dalam hidupnya. Jika kehidupannya kosong dari pengalaman-pengalaman yang bermakna, maka dari manakah ia mendapatkan modal kepemimpinannya itu?
  • Bagaimana pula ia akan dapat memimpin orang lain? Jika dikaji, perjalanan hidup para tokoh Muslim pada periode-periode awal dan juga periode mutakhir, maka akan ditemui bahawa para tokoh yang mengubah perjalanan sejarah dan memimpin umat, mereka itu mempunyai keistimewaan, wawasan, dan perilaku serta kecerdasan yang menjadi penunjang kepemimpinan mereka atas orang lain tanpa harus disertai dengan harapan untuk menduduki posisi ini.
Keperibadian Dengan Pelbagai Bakat
  • Sering ditemui seseorang yang dalam kehidupannya memiliki bidang keahlian tertentu; di dalam bidang matematik atau kimia atau fisik, atau ia seorang pengacara yang ahli dalam bidang hukum, atau seorang tentara yang berani, yang tidak gentar menghadapi kematian di dalam medan pertempuran, atau seorang penceramah yang dapat memukau para pendengarnya, atau seorang penulis yang dapat mengungkapkan pemikiran dengan bahasa yang menawan secara jelas.
  • Maka ketika mereka hendak diberi gelaran, bidang yang ia kuasai itulah yang melekat pada dirinya. Ini suatu keadaan, sedangkan kepemimpinan yang diangkat oleh umatnya adalah seorang manusia yang mempunyai pelbagai bakat, yang mampu memahami realitas hidup dalam berbagai aspeknya dan kepemimpinan memerlukan itu semua.
  • Banyak kegagalan datang dari para tokoh yang muncul dan maju ke hadapan untuk melaksanakan tugas kepemimpinan akan tetapi berwawasan terbatas; jika ditanya tentang fiqh ia dapat menjawab tetapi jika ditanya tentang politik dan ekonomi, ia menjawab tidak tahu sedikitpun berkenaan masalah ini!
  • Barangkali muncul pertanyaan: Akan tetapi zaman ini adalah era pengkhususan dan era serba kepakaran. Tentu, akan tetapi bagaimana seorang pemimpin itu dapat memahami sarana para penasihatnya bila ia tidak mempunyai wawasan sama sekali tentang bidang ini dan itu.
  • Jika kita duduk bersama Necmettin Erbakan, pengasas parti berhaluan Islam, Salamat Milli di Turki, kemudian diajak berbicara tentang teknologi, maka dialah pakarnya. Jika ditanya tentang politik, ia menguasai sedemikian rupa, atau tentang ekonomi, ia memahami dengan begitu meyakinkan, dan atau tentang masalah sosial, ia adalah seorang pengamat sosial yang begitu prihatin dan tajam.
  • Pengetahuan dan wawasan adalah satu hal, sedangkan pengalaman adalah satu hal yang lain. Maka tidak tepat jika pemimpin melakukan semua bidang profesional, melainkan cukup dengan mengenali aspek-aspeknya.
  • Begitu pula halnya dengan Al-Maududi, ia adalah seorang penulis yang sangat produktif dan tajam pengungkapan kata-katanya serta padat isinya, hingga banyak ungkapan kata-katanya menjadi kata mutiara yang senantiasa berpindah dari seorang kepada seorang lain yang menyertai perjalanan masa.
  • Perhatikan ungkapan berikut ketika ia memberi komentar tentang pengumuman pemerintah menerapkan syariah Islam: “Ini adalah hujan ajaib yang diturunkan dari langit dan sebelum turun tidak tampak ada mendung dan setelah turun bumi tidak menumbuhkan apapun.”
  • Kekuatan pengungkapan bahasa yang ia gunakan mempunyai nilai yang besar pada karya-karyanya itu melalui terjemahan buku-buku yang ia tulis sebab terjemahan adalah gaya penerjemahnya. Akan tetapi pengamat yang tajam menegaskan bahwa Al-Maududi adalah seorang sastrawan yang mantap dan mampu mengolah bahasa dengan cara yang sangat mengagumkan.
  • Al-Maududi telah memberi pengaruh yang besar terhadap berbagai kalangan umat dan karya-karyanya tersebar luas di Pakistan dan negeri-negeri Muslim. Diyakini karya para penulis Muslim lainnya tidak tersebar luas seperti karya-karya Al-Maududi
  • Dalam karya-karyanya itu, pemilihan kata-katanya adalah begitu baik dengan maknanya yang mendalam. Pandangannya dalam sastra lebih tertumpu pada makna dan gagasan daripada ungkapan dan penggunaan kata-kata
  • AI-Maududi adalah salah seorang pemikir Muslim moden jika diungkapkan dengan kata-kata pendek, kiranya tidak berlebihan bahwa ia adalah pemikir pergerakan Islam modern. Para tokoh pemikiran yang ada di dunia Islam banyak mengambil pemikiran-pemikirannya dan mereka mengakui hal itu. Yang mengetahui orang besar hanyalah orang besar.
  • Al-Maududi dilahirkan pada 3 Rajab 1321 Hijrah (1903 Masehi). Ketika telah terbuka wawasannya, ia mulai terlibat dalam kegiatan penyedaran akan hak-hak umat Islam, sebab keadaan umat ketika itu berada pada puncak keterbelakangan dan kesengsaraan.
  • Negara Turki Usmani yang mewakili kepimpinan kaum Muslimin di seluruh dunia telah berubah setelah kejatuhan Sultan ‘Abdul Hamid pada tahun 1909, di mana Sultan hanya sekedar pada gelar tanpa makna.
  • Bahkan gelar tanpa arti ini dihapuskan sama sekali oleh Musthafa Kamal Artartuk pada tahun 1924.
  • Sedangkan India telah jatuh ke tangan Inggris; menghabisksn kekayaan negeri itu dan memerangi kaum Muslimin serta orang-orang Hindu dengan politik memecah-belah, menciptakan “boneka mainan” dari kalangan Muslimin dengan memberi pakaian dan hiasan Islam untuk memasarkan pemikiran-pemikirannya yang merusak Islam dan kaum Muslimin, aliran Sir Ahmad Khan, Qadainiyyah, Partai Kongres dan terakhir Partai Liga Islam (Muslim League).
  • Pada masa itu ramai di kalangan ulama’ Muslimin berada dalam tingkat kebodohan, rendah diri, dan keterasingan yang parah, karena mereka tidak memahami ilmu-ilmu yang berkembang di Barat dan penemuan-penemuan baru, maka mereka tidak mampu memberi pemecahan terhadap permasalahan dalam banyak hal yang mulai dihadapi oleh umat Islam, menutup mata, dan tidak mau tahu kemudian menolak mentah-mentah.
  • Di sini penjajah menemui peluang keemasan, lalu memasarkan ucapan sinisnya bahawa agama bertentangan dengan ilmu pengetahuan, kemajuan dan peradaban. Jika bangsa-bangsa Muslimin ingin meraih kemajuan maka tidak ada jalan lain selain menempuh jalan yang dilalui oleh Barat, yaitu mencampakkan agama dan mengangkat sekularisme: “Agama untuk Tuhan dan negara untuk semua”
  • Banyak kaum terpelajar yang tergiur dengan ajakan penjajah ini, lalu memandang Islam dengan pandangan sempit, jumud dan tidak relevan dengan realita kehidupan, bahkan sebahagian mereka menganggap bahwa agama? adalah penyebab utama kepada kemunduran.
  • Pada waktu yang mengelirukan dalam kehidupan umat ini, wawasan Al-Maududi terbuka. la menuntut ilmu dengan modal dasar pendidikan yang diperoleh dari orang tuanya di rumah. terutama ilmu-ilmu Islam dan sejarah Islam agar anaknya kelak menjadi seorang ulama yang mampu menyambungkan masa lalu dengan masa kini,
  • Sebab Al-Maududi lahir dari keluarga terpelajar dan terhormat. Ia menemukan kebesaran risalah Islam, dan hanya Islam yang memiliki ajaran sempurna yang dapat membahagiakan manusia dalam menghadapi kehidupan.
  • Sedangkan ilmu dan teknologi yang telah diraih secara gemilang oleh Barat hanyalah ilmu-ilmu alat yang tidak dapat memahami tujuan hidup manusia dan realitas yang hakiki; sehingga ia justru memberi peluang bagi manusia untuk terperangkap pada peperangan setiap kali dihadapkan pada permasalahan manusia atau peradabannya. AI-Maududi ingin mcnjelaskan ini pada umatnya dan mengajak orang-orang yang tergiur di antara kaum muslimin untuk kembali kepada Islam.
  • Al-Maududi memerangi faham nasionalisme di India, sebab faham ini telah tersebar di kalangan kaum Muslimin yang menyerukan untuk bergabung dengan warga Hindu sebangsa dan setanah air dalam satu perjuangan untuk mengusir penjajah dari bumi India.
  • Al-Maududi menjelaskan bahaya faham ini sebab orang-orang Hindu dan Inggris menurutnya sama saja. Kedua-duanya memerangi Islam dan bekerja untuk menghancurkan kaum Muslimin. la juga menjelaskan bahwa slogan mereka yang mengatakan baawa bangsa berdiri di atas asas kesamaan tanah air, hanyalah salah satu cara untuk menundukkan umat Islam agar dapat jatuh di bawah kaki penganut Hindu
  • Dalam mengemukakan paradigma ini Al-Maududi menunjukkan prinsip-prinsip Islam yang menolak fahaman nasionalisme atau kebangsaan ini. Sedangkan konsep “ummah lslamiyyah” berdiri hanya di atas asas aqidah Islam.
  • Al-Maududi membuka selubung kepalsuan peradaban Barat dan kelemahan ideologinya serta membicarakan teori Darwin yang memperlecehkan manusia iaitu bahawa manusia berasal dari kera dan penerusan hidup hanyalah bagi yang lebih kuat. Darwin berpendapat bahawa secara alamiyyah yang berhak hidup adalah yang dapat menunjukkan kekuatan penerusan hidupnya.
  • Dalam sistem kejam ini yang lemah akan binasa kerana ia lemah bahkan ia harus musnah, bahawa yang bertahan hidup, akan hidup kerana ia kuat, oleh karena itu ia harus tetap hidup.
  • Di sini timbul pertanyaan: Apa yang akan terjadi bilamana konsep tentang manusia atau alam seperti ini melekat pada akal fikiran manusia dan manusia memandang pada peraturan tabiat dengan kacamata Darwin. Bagaimana sikap manusia terhadap manusia? Adakah cinta kasih dalam kehidupan yang dibawa oleh falsafah aneh ini? Bagaimanakah dengan keadilan, amanah, rasa beragama, kejujuran dan keikhlasan dalam hidup seperti ini?
  • AI-Maududi berbicara tentang pentafsiran materialistik berkenaan sejarah dengan mengatakan bahawa Hegel mengetengahkan dunia sebagai medan pertikaian sedangkan Darwin mengetengahkan alam ini dan naluri dasarnya mengharuskan untuk memerangi sesamanya untuk mencapai tujuan.
  • Maka manusia terbahagi menjadi berbagai kelas sesuai dengan keegoannya dan hasrat peribadinya. Kemudian muncul pertikaian dan persaingan di antara kelas-kelas masyarakat ini karena alasan kepentingan pribadi dan keegoannya.
  • Kemajuan sejarah umat manusia mencapai kesempurnaan melalui pertikaian kelas ini yang bersumber dari keegoan dan untuk mencapai kepentingan pribadi serta konflik antara bangsa-bangsa adalah merupakan konflik antara individu- individu dalam bangsa itu sendiri.
  • Sesuai dengan konsep dasar ini dapat dilihat bahwa hubungan antara manusia – jika di sana ada hubungan – hanyalah berdasarkan pada asas manfaat belaka (pragmatisme).
  • Manfaat inilah satu-satunya ikatan yang menghubungkan mereka untuk melawan kelompok atau individu yang menentang kepentingan masing-masing, baik mereka itu sebagian dari bangsanya sendiri dan penganut agama yang sama maupun bukan. Jadi pertikaian seperti ini dipandang sebagai fenomena yang dibenarkan, bahkan tidak melakukan prinsip ini dipandang sebagai menyalahi tabiat dasar.
  • Para penganut Marxisme memandang bahwa segala bentuk agama, atau moralitas, atau undang-undang yang ada pada periode sejarah tertentu hanyalah untuk menyelaraskan langkah dengan sistem ekonomi masa itu.
  • Mereka juga memandang bahwa prinsip-prinsip dan undang-undang, serta moralitas ini dibuat untuk melindungi sistem ekonomi masa itu.
  • Oleh sebab itu, slogannya adalah keharusan untuk mengubah agama, hukum, tata cara kehidupan dan keperluan kehidupan serta pemungutan hasilnya demi keperluan hidup manusia. Siapakah yang dapat membuktikan bahwa orang yang mempercayai teori Marxisme ini percaya dengan suatu ajaran agamanya, atau peraturan moral yang telah sampai kepada kehancuran sejak berabad-abad.
  • AI-Maududi memerangi kelompok pengagum peradaban Barat. Ia mencurahkan perhatian besar pada pembahasan mengenai nilai-nilai peradaban Barat dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, lalu menjelaskan bagaimana keunggulan Islam dari berbagai sudutnya agar dapat mengembalikan kepercayaan diri kaum Muslimin pada agama mereka secara mempunyai rasa bangga pada identitas yang mereka miliki serta dapat mengambil manfaat dari segi positif peradaban Barat dan membuang yang negatif.
  • Al-Maududi memerangi kejumudan yang ada pada sebahagian ulama dan sikap ekstrim Serta berlebihan pada sebahagian lainnya.
  • AI-Maududi seorang pendakwaj yang menekuni dakwah secara awal kehidupannya melalui tulisan dan lisan untuk membuka kebatilan, menjelaskan aspek-aspek Islam sebagai satu sistem hidup yang utuh kepada khalayak agar terbuka wawasan mereka
  • Sehingga diharapkan akan menjauhi fahaman nasionalisme sempit yang semakin dipropagandakan, kemudian mendekati ajaran dan identiti islam
  • Dan pada akhirnya, AI-Maududi telah mendirikan Jama’ah islamiyah sebagai satu organisasi Islam di mana ia menjadi ketuanya. Dia mengalami apa yang juga dialami para da’i lainnya dalam melaksanakan misinya; penjara, pengusiran, tekanan penguasa, fitnah dan persekongkoIan dari musuh-musuh Islam, serta tuduhan keji dari kalangan kaum Muslimin yang tidak memahami misinya.

Petikan dari:
9/11/2011 | 12 Dhul-Hijjah 1432 H
Oleh: Al-Ikhwan.net

Friday, 4 November 2011

Agar Bisa Menikmati Indahnya Dakwah

Oleh : Cahyadi Takariawan
 
Engkau hanya memerlukan kesadaran, bahwa yang engkau lakukan seluruhnya dalam dakwah ini adalah untuk Allah. Kerjamu untuk Allah. Keringatmu untuk Allah. Waktu yang engkau habiskan untuk Allah. Harta yang engkau alokasikan dalam dakwah adalah untuk Allah. Pikiran yang engkau curahkan untuk Allah. Tenaga yang engkau sumbangkan untuk Allah.
 

Berjalanmu dalam melakukan semua kegiatan, berangkat dan pulangnya, untuk Allah. Dudukmu dalam mengikuti rapat dan koordinasi, untuk Allah. Suaramu saat engkau menyampaikan pendapat dan pandangan, untuk Allah. Mengawali dan mengakhiri rapat dan semua pertemuanmu, untuk Allah.
 
Program kerja yang engkau tunaikan, untuk Allah. Berlelah-lelahmu untuk Allah. Berpagi-pagimu untuk Allah. Bermalam-malammu untuk Allah.
 
Engkau hanya memerlukan kesetiaan, bahwa segala yang engkau pikirkan adalah untuk Allah. Segala yang engkau kerjakan adalah untuk Allah. Segala yang engkau rancang adalah untuk Allah. Segala yang engkau inginkan adalah ridha Allah.
 
Engkau tidak perlu memusingkan dirimu akan mendapatkan apa dalam jalan dakwah ini, karena itu urusan Allah.
 
Engkau tidak perlu merisaukan posisimu seperti apa dalam organisasi dakwah karena telah diatur oleh Allah. Mungkin saja engkau mengetahui ada sebagian orang yang hasad kepadamu, kepada posisimu, kepada kedudukanmu, namun engkau telah menyerahkan semuanya kepada Allah.
 
Engkau tidak perlu menyimpan rasa iri dengki atas posisi, kedudukan, jabatan, dan harta benda yang dimiliki saudaramu di jalan dakwah, karena engkau lebih menginginkan kedudukan mulia di sisi Allah.
 
Engkau tidak perlu resah memikirkan omongan dan sikap orang kepadamu, selama engkau selalu bersandar kepada Allah.
 
Engkau tidak perlu menyibukkan diri untuk berharap-harap jabatan, posisi, kedudukan, kekuasaan tertentu dalam perjalanan dakwah, karena telah dikelola oleh Allah.
 
Engkau tidak perlu menyibukkan diri untuk mencari-cari gemerlapnya pujian dalam mengemban amanah dakwah, karena segala puji hanyalah milik Allah.
 
Engkau hanya perlu menyibukkan diri untuk selalu membawa kesadaran Rabbaniyah dalam segala langkah.
 
Engkau hanya perlu menyibukkan diri untuk selalu mengingat Allah dalam segala kegiatan.
 
Engkau hanya perlu menyibukkan diri untuk memberikan kontribusi terbaik di jalan dakwah, dengan segala potensi dan kemampuan yang engkau miliki, karena Allah.
 
Engkau hanya perlu menyadari bahwa kemuliaan itu hanya milik Allah. Bukan pada jabatan, posisi, kedudukan, harta dan materi duniawi.
 
Engkau hanya perlu memupuk dan menguatkan kecintaan kepada Allah, karena pada sisi Allah terdapat segala kekuatan dan kesempurnaan. Tidak ada orang terhina selama dia mendekat kepada Allah. Tidak ada orang mulia dalam menjauhi Allah.
 
Maka, resapilah setiap hari setiap saat, betapa nikmat berada di jalan dakwah ini. Karena proposalmu adalah kepada Allah, bukan kepada manusia.
 
Proposalmu adalah kerja di jalanNya, bukan untuk posisi dunia.
 
Selamat menempuh jalan dakwah yang begitu nikmat, setiap waktu setiap saat.

Thursday, 3 November 2011

Rayuan Tabung Projek Masjid Hiroshima


Bantuan untuk Musibah di Turki

 
Assalamualaikum

Untuk makluman umum, satu gempa bumi berukuran 7.2 kala ritcher telah melanda Ercis, Tenggara Turki, pada hari Sabtu yang lepas. Angka kematian semakin meningkat dan kira-kira 300 kematian dilaporkan. Menurut satu sumber, angka tersebut akan mencecah kira - kira 1000 orang. Sila klik http://news.yahoo.com/magnitude-7-6-earthquake-hits-eastern-turkey-usgs-105909849.html

Gempa bumi...
tersebut dilaporkan merupakan antara yang terkuat pernah dicatatkan di Turki dalam jangka masa sedekad ini. Ia telah meruntuhkan 80 buah bangunan dengan 40 orang terperangkap dalam setiap satunya.
Lebih daripada 100 gempa susulan dilaporkan pada hari Ahad lepas mengakibatkan sumber makanan dan keperluan harian semakin berkurangan.

Sehubungan itu, Ikram Relief & Care UK/EIre dengan rendah hati menadah tangan menjemput saudara/saudari sekalian menghulurkan bantuan kewangan untuk disampaikan kepada sahabat-sahabat kita yang kurang bernasib baik di Turki. Diharapkankan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa-mangsa.

Untuk menderma seikhlasnya, anda boleh menggunakan nombor akaun di bawah:

Akaun: Ikram Care
Sortcode: 40-28-06
Acc no: 64254414
Bank: Hsbc
Reference : Turki

Diharapkan sepahit apapun getir yang dirasa, sesakit manapun yang menderita, mangsa-mangsa di Turki dapat bersabar dengan ketentuan Ilahi ini. Semoga dengan sumbanga ikhlas kita ini dapat membantu dan memulihkan negara Turki yang ditimpa musibah ini.Nabi Muhammad besabda ,"Tiada keletihan, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau bencana menimpa seorang yang beriman di dunia ini, tidak satu duri yang tercucuknya, kecuali Allah swt mengampunkan sebahagian daripada dosanya." (Sahih Bukhari dan Muslim)

Moga kita mengambil pengaran dan iktibar dari peristiwa ini

Jazakallahukhairan

Assalamualaikum

IKRAM CARE & RELIEF UK EIRE

http://ikramuke.org/v3/