Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh.
Marilah kita sama-sama merafakkan pujian bagi Allah Azza Wa Jalla, Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW. Para tetamu kehormat, barisan pimpinan Majlis Syura Muslimun United Kingdom & Ireland, ahli-ahli MSM, hadirin dan hadirat sekalian,Saya dahulukan ucapan ini dengan mengajak saudara dan saudari untuk mengingati dan menginsafi betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita termasuk nik- mat-Nya yang terbesar sekali yakni iman dan Islam. Pada hari ini, kita bakal menyaksikan satu sejarah terukir dalam lipatan sejarah gerakan Islam yang diberi nama Majlis Syura Muslimun atau MSM.
MSM yang bermula di tahun 1975 dengan nama asalnya Islamic Representative Council (IRC) telah diwujudkan atas kesedaran bahawa rakyat Malaysia terutamanya para pelajar muslim yang berada di UK dan Ireland pada ketika itu perlukan satu bentuk platform untuk mereka bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah Islam. Pada tahun 1991 pula secara rasminya nama MSM telah digunapakai dan didaftarkan di bawah Malaysian Student Department, Malaysian High Commission London.
Saban tahun, MSM terus berusaha melaksanakan tanggungjawabnya membangun indi- vidu muslim di kalangan rakyat Malaysia di UK. Sebahagian besar alumni MSM telah menjadi penyumbang besar kepada pembangunan negara tercinta Malaysia dalam pelba- gai bidang termasuk pendidikan, perubatan, kejuruteraan, pentadbiran kerajaan dan lain- lain. Kami percaya dengan pembentukan individu muslim yang holistik bakal men- yediakan modal insan yang diperlukan oleh negara dan ummah Islam sejagat.
Proses penukaran nama MSM kepada nama barunya Pertubuhan IKRAM UK & Ireland (IKRAM) bermula sejak 28 August 2010. Pelbagai perbincangan tentangnya telah dijalan termasuk mendapatkan pandangan ahli-ahli MSM semasa Majlis Perwakilan Nasional pada 25 September 2010. Para perwakilan telah memberi sokongan padu kepada usul untuk menukar nama MSM kepada IKRAM. Setelah itu, saya sendiri telah mengadakan perbincangan dengan pihak Education Malaysia (atau nama lamanya MSD) dan memak- lumkan tentang pertukaran nama ini.
Pada saya, proses pertukaran nama atau "rebranding" ini adalah suatu proses tabii yang diperlukan. "Rebranding" juga memberi kesan positif antaranya "rejuvenating", "revitalising" dan "reviving". Proses ini memberi nafas baru dan diharapkan dapat meng- gerakkan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah dengan lebih lancar dan laju. Selain itu, kita juga tidak mahu ketin ggalan dengan arus perdana dakwah di Malaysia di mana tertubuhnya Pertubuhan IKRAM Malaysia pada bulan Jun yang lalu. Me- lalui beberapa sesi perbincangan bersama pimpinan IKRAM Malaysia, kami bersetuju mejalinkan hubungan yang rapat dalam pelbagai bidang terutama- nya pembangunan ahli (tarbiyyah) dan ruang amal dakwah.
Presiden
IKRAM UK & Eire
Abd Azim Ismail
No comments:
Post a Comment