Wednesday 12 January 2011

Mengubah dunia melalui dakwah


Wednesday, 12 January 2011 10:57 MS FiSab .   

LONDON – Islamic Education Research Academy (iERA) United Kingdom (UK) akan mengadakan ‘Konferens Antarabangsa Mengubah Dunia Melalui Dakwah’ pada 16 Januari 2011.

Buat julung kalinya, iERA menghidangkan satu daripada program terhebat yang menggegarkan UK sejak 10 tahun kebelakangan ini dalam keadaan dunia yang penuh pancaroba dengan penderitaan, peperangan, kepapaan dan keruntuhan institusi rumahtangga menjadi santapan harian.

Selain itu, ia bertujuan menyemai semangat perjuangan dan menyeru umat manusia agar kembali kepada Islam, sekali gus menebarkan salam dan rahmat ke serata alam.

Konferens antarabangsa bagi menimbulkan kesedaran untuk menjadikan dunia lebih baik melalui usaha-usaha dakwah ini menampilkan barisan saf penceramah yang terkenal dalam kepakaran masing-masing iaitu: 
  • Sheikh Abdullah Hakim Quick
  • Abduraheem Green
  • Sheikh Ala El Sayed
  • Sheikh Yusuf Estes (tbc)
  • Sheikh Shady Suleiman
  • Hamza Tzortzis
  • Yusuf Chambers 
Dalam pada itu, kumpulan seniman nasyid, penyair, pelakon, penulis, penulis skrip filem Ashley Chin, yang kini lebih dikenali sebagai Muslim Bilal akan diketengahkan sebagai tetamu istimewa dalam sesi persembahan.

Program ini akan berlangsung di Ibis Hotel, 47 Lillie Road, Earl’s Court, London SW6 1UD dari jam 2.30 petang hingga 9.30 malam dan sesi pendaftaran dibuka mulai jam 1.30 petang.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai program ini, sila berkunjung ke http://www.youtube.com/watch?v=w-XnDnQ-KUA&feature=channel 

No comments:

Post a Comment